Connect with us

Terkini

Nahas UPSI: KPT terima syor elak perjalanan malam

Published

on

Foto: Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir
  • Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) menerima pelbagai pandangan dan cadangan
    penambahbaikan daripada pihak berkaitan bagi mengelakkan tragedi seperti kemalangan yang meragut nyawa 15 pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) awal pagi Isnin, berulang.
  • Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata antara syor yang diterima termasuklah cadangan supaya perjalanan melibatkan pelajar universiti diadakan hanya pada waktu siang.

PUTRAJAYA — Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) menerima pelbagai pandangan dan cadangan penambahbaikan daripada pihak berkaitan bagi mengelakkan tragedi seperti kemalangan yang meragut nyawa 15 pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) awal pagi Isnin, berulang.

Menteri berkenaan Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata antara syor yang diterima termasuklah cadangan supaya perjalanan melibatkan pelajar universiti diadakan hanya pada waktu siang.

“Ada yang mengesyorkan supaya perjalanan bagi pelajar-pelajar universiti dan mahasiswa sekarang ini perlu dibuat pada waktu siang dan tidak lagi pada waktu malam,” katanya kepada media selepas sesi Makan Tengah Hari Bersama Pengarang Media bersempena dengan Program Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 KPT di sini semalam.

Mengulas kejadian berasingan, Zambry berkata beliau turut dimaklumkan mengenai kemalangan membabitkan sebuah bas ekspres yang dinaiki pelajar Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) awal pagi semalam.

“Saya baru dapat maklumat mengenai nahas itu pagi tadi, tetapi tiada kecederaan,” katanya.

Dalam kejadian awal pagi Isnin, 15 penuntut UPSI maut apabila bas yang dinaiki mereka terbalik dalam kemalangan di KM53, Jalan Raya Timur-Barat (JRTB), berhampiran Tasik Banding, Gerik.

Media semalam turut melaporkan sebanyak 28 penumpang termasuk 13 pelajar UMPSA terselamat selepas bas yang dinaiki mereka melanggar belakang sebuah treler di Kilometer 161.5 Lebuhraya Pantai Timur (LPT), arah timur pada tengah malam Isnin. — BERNAMA

Please follow and like us:
error20
fb-share-icon0
Tweet 20
fb-share-icon20

Author