Connect with us

Terkini

Menu Rahmah hanya fasad politik tutup kebenaran harga sebenar makanan – MUDA

Inisiatif Menu Rahmah disifatkan sebagai penyelesaian jangka pendek untuk mengatasi krisis ekonomi utama iaitu kos harga makanan yang meningkat.

Wartawan TMT

Published

on

Menu Rahmah hanya fasad politik tutup kebenaran harga sebenar makanan - MUDA
Foto: Datuk Seri Salahuddin Ayub (tengah).
  • Inisiatif Menu Rahmah disifatkan sebagai penyelesaian jangka pendek untuk atasi krisis ekonomi utama iaitu kos harga makanan yang meningkat.
  • Menu Rahmah masih mempunyai kelemahan sendiri kerana ia hanya memberi fokus kepada sesetengah peniaga. – Ketua Penerangan MUDA Wilayah Persekutuan, Shah Fariq Aizal Shah Ghazni
  • Katanya, peniaga mempunyai perniagaan lebih stabil dalam menyediakan juadah selaras dengan inisiatif dilancarkan kerajaan itu, mendapat manfaat berbanding peniaga yang kais pagi makan pagi, kais petang makan petang.
  • “Kesannya, peniaga yang ingin menawarkan Menu Rahmah hanya sedikit. Ini membuktikan Menu Rahmah yang diuar uarkan hanya satu lagi fasad politik yang menutup kebenaran sebenar kos harga makanan yang semakin meruncing sekaligus membebankan lagi rakyat yang tidak mampu untuk membeli makanan pada harga yang rendah dan berpatutan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

KUALA LUMPUR: Inisiatif Menu Rahmah disifatkan sebagai penyelesaian jangka pendek untuk mengatasi krisis ekonomi utama iaitu kos harga makanan yang meningkat.

Ketua Penerangan MUDA Wilayah Persekutuan, Shah Fariq Aizal Shah Ghazni, berkata Menu Rahmah masih mempunyai kelemahan sendiri kerana ia hanya memberi fokus kepada sesetengah peniaga.

Katanya, peniaga yang mempunyai perniagaan lebih stabil dalam menyediakan juadah selaras dengan inisiatif dilancarkan kerajaan itu, mendapat manfaat berbanding peniaga yang kais pagi makan pagi, kais petang makan petang.

“Kesannya, peniaga yang ingin menawarkan Menu Rahmah hanya sedikit. Ini membuktikan Menu Rahmah yang diuar uarkan hanya satu lagi fasad politik yang menutup kebenaran sebenar kos harga makanan yang semakin meruncing sekaligus membebankan lagi rakyat yang tidak mampu untuk membeli makanan pada harga yang rendah dan berpatutan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Shah Fariq Aizal berkata, kegusaran rakyat mengenai tahap kebersihan dan kualiti makanan yang dihasilkan dalam Menu Rahmah juga salah satu asbab mengapa inisiatif ini dipertikaikan.

Beliau berkata, umum sedia maklum bahawa penghasilan makanan yang bersih dan berkualiti memerlukan kos yang tinggi.

Katanya, ini menunjukkan Menu Rahmah adalah terbatas dari segi pemilihan makanan untuk rakyat nikmati dan juga buat para peniaga untuk menawarkan juadah yang berkhasiat.

“Oleh itu, bagi memastikan kesejahteraan rakyat kekal terjamin, kerajaan perlu memastikan kesedaran mengenai krisis ekonomi difahami.

“Selain itu, usaha untuk memperhalusi inisiatif-inisiatif lain juga dapat membantu meringankan beban rakyat sekaligus mencapai matlamat Malaysia Madani.

“Diharapkan dengan adanya pelaksanaan program kesedaran yang betul seperti bertemu dengan rakyat setempat untuk memahami keresahan mereka dapat dilaksanakan sekaligus meningkatkan keupayaan masyarakat untuk meneruskan kehidupan seharian selain daripada mengharapkan satu inisiatif begini sahaja,” katanya.

Sumber: Berita Harian

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Terkini

Susu formula, makanan bayi ikut piawaian makanan tempatan dan dunia – Nestle Malaysia

Produk susu formula dan makanan bayi Nestle Malaysia mematuhi piawaian antarabangsa dan peraturan makanan tempatan.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Produk susu formula dan makanan bayi Nestle Malaysia mematuhi piawaian antarabangsa dan peraturan makanan tempatan.
  • Nestle Malaysia berkata ia termasuk keperluan pelabelan khusus dalam produk mereka yang mengikut had ambang untuk karbohidrat dan gula tambahan.
  • Katanya, susu formula bayi Nestle dan Wyeth menggunakan laktosa sebagai sumber tunggal karbohidrat. 
  • “Begitu juga bijirin bayi Nestle mematuhi kedua-dua piawaian antarabangsa dan peraturan makanan Malaysia.
  • “Di mana sahaja produk kami dijual, profil pemakanannya mematuhi semua peraturan tempatan yang terpakai,” kata Nestle Malaysia dalam kenyataan yang dipetik New Straits Times semalam.
  • Kenyataan itu mengulas mengenai kajian Public Eye dan International Baby Food Action Network (IBFAN) yang mendapati tahap gula tambahan yang tinggi dalam produk Nestle menyasarkan bayi di Asia, Afrika dan Amerika Latin.

KUALA LUMPUR – Produk susu formula dan makanan bayi Nestle Malaysia mematuhi piawaian antarabangsa dan peraturan makanan tempatan.

Nestle Malaysia berkata ia termasuk keperluan pelabelan khusus dalam produk mereka yang mengikut had ambang untuk karbohidrat dan gula tambahan.

Katanya, susu formula bayi Nestle dan Wyeth menggunakan laktosa sebagai sumber tunggal karbohidrat. 

“Laktosa juga sumber utama karbohidrat dalam susu tumbesaran Nestle dan Wyeth.

“Begitu juga bijirin bayi Nestle mematuhi kedua-dua piawaian antarabangsa dan peraturan makanan Malaysia.

“Di mana sahaja produk kami dijual, profil pemakanannya mematuhi semua peraturan tempatan yang terpakai,” kata Nestle Malaysia dalam kenyataan yang dipetik New Straits Times semalam.

Nestle Malaysia bagaimanapun berkata sedikit variasi dalam resipi merentas negara akan bergantung kepada beberapa faktor, termasuk memenuhi keperluan peraturan tempatan dan ketersediaan bahan tempatan.

Kajian Public Eye dan International Baby Food Action Network (IBFAN) sebelum ini mendapati tahap gula tambahan yang tinggi dalam produk Nestle menyasarkan bayi di Asia, Afrika dan Amerika Latin.

Kajian dikongsikan Al Jazeera Plus (AJ+) dalam Instagram semalam mendapati bijirin berasaskan gandum, Cerelac untuk bayi berusia enam bulan mempunyai 6 gram (g) gula tambahan di Thailand, 5.2g gula tambahan di Ethiopia dan 4g gula tambahan di Afrika Selatan.

Sedangkan produk sama yang dijual di United Kingdom (UK) dan Jerman tidak mengandungi sebarang gula tambahan. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending