Terkini
“Apa khabar sifar miskin 2023?” – MUDA tuntut penjelasan janji Anwar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dituntut menjelaskan perkembangan berkenaan janji beliau yang sudah berusia setahun untuk menamatkan kemiskinan tegar di negara ini.

- Ahli Jawatankuasa Eksekutif MUDA Selangor, Rain Abdullah berkata tuntutan itu dibuat susulan Anwar pada ucapan Belanjawan 2023 menyatakan hasrat untuk “menoktahkan kemiskinan tegar”, dalam erti kata lain memastikan tiada lagi golongan miskin tegar di negara ini.
- “Ucapan berdegar-degar ini telahpun melepasi usia 365 hari, yang bersaksikan ratusan Ahli Parlimen beserta jutaan rakyat yang menontonnya. Namun di mana janji untuk menoktahkan kemiskinan tegar? Adakah ucapan itu sekadar retorik semata-mata?,” katanya menerusi satu kenyataan hari ini.
- Rain berkata berdasarkan data pendaftaran menerusi sistem eKasih pada Oktober 2023, didapati 102,887 Ketua Isi Rumah (KIR) miskin tegar dan 324,764 Ketua Isi Rumah miskin direkodkan, di mana pecahan itu melibatkan 427,652 KIR di seluruh negara.
- “Maka MUDA ingin bertanya “Apa Khabar Sifar Miskin 2023?” Berikan jawapan yang jelas serta perkembangan terkini mengenai Inisiatif Sifar Kemiskinan yang lalu.
- “Apakah hasil dapatan kejayaan Program Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR)? Adakah peserta berjaya meraih pendapatan antara RM2,000 sehingga RM2,500 sebulan seperti yang digembar-gemburkan Kerajaan Perpaduan?” katanya.
KUALA LUMPUR — Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dituntut menjelaskan perkembangan berkenaan janji beliau yang sudah berusia setahun untuk menamatkan kemiskinan tegar di negara ini.
Ahli Jawatankuasa Eksekutif MUDA Selangor, Rain Abdullah berkata tuntutan itu dibuat susulan Anwar pada ucapan Belanjawan 2023 menyatakan hasrat untuk “menoktahkan kemiskinan tegar”, dalam erti kata lain memastikan tiada lagi golongan miskin tegar di negara ini.
“Ucapan berdegar-degar ini telahpun melepasi usia 365 hari, yang bersaksikan ratusan Ahli Parlimen beserta jutaan rakyat yang menontonnya. Namun di mana janji untuk menoktahkan kemiskinan tegar? Adakah ucapan itu sekadar retorik semata-mata?,” katanya menerusi satu kenyataan hari ini.
Rain berkata berdasarkan data pendaftaran menerusi sistem eKasih pada Oktober 2023, didapati 102,887 Ketua Isi Rumah (KIR) miskin tegar dan 324,764 Ketua Isi Rumah miskin direkodkan, di mana pecahan itu melibatkan 427,652 KIR di seluruh negara.
“Cubalah turun ke kawasan gelandangan di Kuala Lumpur dan saksikan dengan sendiri betapa isu kemiskinan tegar masih bermaharajalela di tempat-tempat seperti di Pasar Seni dan Masjid Jamek.
“Masih ramai gelandangan tidur di kaki lima dan laluan pejalan kaki menjadi tempat mereka beralaskan kotak dan berselimutkan debu-debu kota.
“Maka MUDA ingin bertanya “Apa Khabar Sifar Miskin 2023?” Berikan jawapan yang jelas serta perkembangan terkini mengenai Inisiatif Sifar Kemiskinan yang lalu.
“Apakah hasil dapatan kejayaan Program Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR)? Adakah peserta berjaya meraih pendapatan antara RM2,000 sehingga RM2,500 sebulan seperti yang digembar-gemburkan Kerajaan Perpaduan?” katanya.
Rain turut mempersoalkan apakah benar secara realitinya usaha membasmi kemiskinan tegar di Kuala Lumpur, Melaka dan Negeri Sembilan sudah mencapai status 100 peratus sebagaimana dimaklumkan Anwar pada minggu lalu.
Beliau juga menuntut penjelasan berkenaan perkara itu membabitkan negeri-negeri di Wilayah Borneo, Utara dan Pantai Timur, terutama di Kelantan di mana data terkini eKasih menunjukkan penambahan KIR miskin tegar meningkat daripada 9,000 kepada 14,111.
“Setahun sudah pengumuman “noktah miskin tegar” dilaungkan Dato Seri Anwar Ibrahim. Kini tiba masanya untuk beliau menjawab,” kata Rain. — The Merdeka Times
