Connect with us

Antarabangsa

Kebebasan bersuara seluruh dunia bertambah baik – Laporan

Burkina Faso yang mengalami dua insiden rampasan kuasa pada 2022 pula dikategorikan sebagai ‘tidak bebas’.

Wartawan TMT

Published

on

Kebebasan bersuara seluruh dunia bertambah baik – Laporan
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Satu laporan tahunan mengenai kebebasan bersuara di seluruh dunia mendapati 84 daripada 195 negara kini dikategorikan sebagai ‘bebas’, meningkat berbanding 44 daripada 148 ketika edisi pertama diterbitkan pada 1973.
  • Meskipun skor bagi 35 negara menurun, 34 buah negara lain bagaimanapun menunjukkan tahap kebebasan bersuara lebih baik.
  • Peru dan Burkina Faso jadi negara paling banyak mengalami kemerosotan dari segi kebebasan bersuara tahun lalu namun, sebilangan negara menunjukkan prestasi lebih baik dalam memerangi autoritarianisme  menurut laporan Freedom House.
  • Freedom House turut menyenaraikan penambahbaikan dari segi kebebasan bersuara di negara-negara termasuk Slovenia, Kosovo, Kenya, Malaysia, Filipina dan Zambia.
  • Satu dari trend yang berlaku dalam kajian global itu adalah rampasan kuasa dan cubaan merampas kuasa boleh membawa kepada kemerosotan (kebebasan bersuara) untuk jangka masa panjang. – Pengarang bersama laporan itu, Amy Slipowitz.

WASHINGTON – Satu laporan tahunan mengenai kebebasan bersuara di seluruh dunia mendapati 84 daripada 195 negara kini dikategorikan sebagai ‘bebas’, meningkat berbanding 44 daripada 148 ketika edisi pertama diterbitkan pada 1973.

Meskipun skor bagi 35 negara menurun, 34 buah negara lain bagaimanapun menunjukkan tahap kebebasan bersuara yang lebih baik.

Peru dan Burkina Faso menjadi negara yang paling banyak mengalami kemerosotan dari segi kebebasan bersuara tahun lalu namun, sebilangan negara menunjukkan prestasi lebih baik dalam memerangi autoritarianisme, demikian menurut laporan Freedom House.

Laporan edisi ke-50 kumpulan kajian demokrasi yang berpangkalan di Amerika Syarikat itu menurunkan penarafan Peru dan Burkina Faso dalam indeks senarainya di samping Russia, Nicaragua, El Salvador dan Hungary.

Peru, yang bergelut dengan krisis politik pada tahun lalu susulan pemecatan beka presiden Pedro Castillo selepas beliau cuba membubarkan dewan Kongres dan memerintah menerusi dekri, telah diturun taraf daripada ‘bebas’ kepada ‘sebahagian bebas’.

Sementara itu, Burkina Faso yang mengalami dua insiden rampasan kuasa pada 2022 pula dikategorikan sebagai ‘tidak bebas’.

Selain itu, beberapa negara merekodkan keadaan lebih baik seperti Colombia dan Lesotho yang kedua-duanya dinaik taraf kepada ‘bebas’ berbanding ‘sebahagian bebas’ sebelum ini.

Freedom House turut menyenaraikan penambahbaikan dari segi kebebasan bersuara di negara-negara termasuk Slovenia, Kosovo, Kenya, Malaysia, Filipina dan Zambia.

Colombia menyaksikan pemilihan presiden sayap kirinya yang pertama, Gustavo Pedro, yang telah berikrar untuk meningkatkan penyertaan demokratik.

Lesotho pula memilih taikun berlian, Sam Matekane atas platform ketelusan dan reformasi ekonomi di negara Afrika yang terasing itu.

Malaysia pula dilaporkan turut mengalami proses pertukaran kuasa secara aman dalam pilihan raya umum yang penuh perbalahan.

“Laporan 2022 mendedahkan kesinambungan arah trend yang membimbangkan, namun ia turut memberi harapan bahawa kelemahan dalam kebebasan bersuara bagi tempoh 17 tahun lepas mungkin akan berubah,” kata Presiden Freedom House, Michael Abramowitz.

Sementara itu, pengarang bersama laporan tersebut, Amy Slipowitz berkata, satu daripada trend yang berlaku dalam kajian global itu adalah rampasan kuasa dan cubaan merampas kuasa boleh membawa kepada kemerosotan (kebebasan bersuara) untuk jangka masa panjang.

Beliau merujuk kepada kesan daripada rampasan kuasa tentera yang berlaku di Thailand pada 2016 serta cubaan menggulingkan Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan.

Dalam pada itu, Freedom House turut menyenaraikan Ukraine yang kini sedang berperang dengan Russia sebagai ‘sebahagian bebas’.

Meskipun percaya negara itu akan menjalani pilihan raya yang demokratik, Freedom House menyuarakan kebimbangan terhadap amalan rasuah dan usaha Presiden, Volodymyr Zelenskyy untuk mengawal kandungan media bagi menentang propaganda Russia. – AFP 

Sumber: Kosmo

 

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Antarabangsa

Oklahoma arah semua sekolah awam ajar Bible

Pegawai pendidikan tertinggi Oklahoma, Amerika Syarikat (AS) pada Khamis mengarahkan semua sekolah awam di negeri itu untuk memasukkan Bible (Kitab Injil) ke dalam pelajaran bagi pelajar gred 5 hingga 12.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Pegawai pendidikan tertinggi Oklahoma, Amerika Syarikat (AS) pada Khamis mengarahkan semua sekolah awam di negeri itu untuk memasukkan Bible (Kitab Injil) ke dalam pelajaran bagi pelajar gred 5 hingga 12.
  • Arahan kepada supritendan pendidikan di seluruh negeri oleh Superintendan Republikan, Ryan Walters menyatakan pematuhan kepada arahan itu adalah wajib dan “pematuhan segera dan ketat dijangka”.
  • “Setiap guru, setiap bilik darjah di negeri ini akan mempunyai Bible di dalam bilik darjah, dan akan mengajar daripada Bible,” kata Walters dalam klip video disiarkan di akaun X rasminya dipetik CBS News. 
  • Arahan itu dilihat sebagai usaha terbaharu negeri diperintah pihak konservatif untuk menyasarkan sekolah awam di mana sebelum ini Louisiana menetapkan penyiaran Sepuluh Perintah (Ten Commandments) di dalam bilik darjah dan arahan itu memerlukan paparan bersaiz poster Sepuluh Perintah dalam “font besar dan mudah dibaca” dalam semua bilik darjah awam, dari tadika hingga universiti yang dibiayai kerajaan. 

Pegawai pendidikan tertinggi Oklahoma, Amerika Syarikat (AS) pada Khamis mengarahkan semua sekolah awam di negeri itu untuk memasukkan Bible (Kitab Injil) ke dalam pelajaran bagi pelajar gred 5 hingga 12.

Arahan kepada supritendan pendidikan di seluruh negeri oleh Superintendan Republikan, Ryan Walters menyatakan pematuhan kepada arahan itu adalah wajib dan “pematuhan segera dan ketat dijangka”.

“Bible adalah dokumen sejarah yang diperlukan untuk mengajar anak-anak kita tentang negara ini,” kata Walters dalam klip video disiarkan di akaun X rasminya dipetik CBS News. 

Beliau berkata beberapa tokoh menggunakan Bible sebagai asas untuk dokumen asas dan pergerakan di negara ini. 

“Setiap guru, setiap bilik darjah di negeri ini akan mempunyai Bible di dalam bilik darjah, dan akan mengajar daripada Bible,” kata Walters.

Arahan itu dilihat sebagai usaha terbaharu negeri diperintah pihak konservatif untuk menyasarkan sekolah awam di mana sebelum ini Louisiana menetapkan penyiaran Sepuluh Perintah (Ten Commandments) di dalam bilik darjah dan arahan itu memerlukan paparan bersaiz poster Sepuluh Perintah dalam “font besar dan mudah dibaca” dalam semua bilik darjah awam, dari tadika hingga universiti yang dibiayai kerajaan. 

Kumpulan kebebasan awam dilaporkan memfailkan tuntutan mahkamah beberapa hari selepas arahan itu dikeluarkan dengan mengatakan undang-undang terbabit melanggar pemisahan gereja dan negeri, dan paparan itu akan mengasingkan pelajar, terutama mereka yang bukan beragama Kristian. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending