Connect with us

Antarabangsa

Platform X paling banyak kandungan berita palsu – Kajian

Platform X yang sebelum ini dikenali sebagai Twitter dikenal pasti mengandungi sejumlah besar berita palsu berbanding enam rangkaian sosial utama yang lain, demikian menurut kajian Suruhanjaya Eropah seperti dilaporkan Badan Penyiaran British (BBC) kelmarin.

Wartawan TMT

Published

on

Platform X paling banyak kandungan berita palsu - Kajian
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Platform X yang sebelum ini dikenali Twitter mengandungi sejumlah besar berita palsu berbanding enam rangkaian sosial utama yang lain, demikian menurut kajian Suruhanjaya Eropah seperti dilaporkan Badan Penyiaran British (BBC) kelmarin.
  • Suruhanjaya itu meneliti lebih 6,000 hantaran media sosial unik di Facebook, Instagram, LinkedIn, TikTok, X dan YouTube. Ia menganalisis kandungan di tiga buah negara yang dianggap berisiko terhadap berita palsu iaitu Sepanyol, Poland dan Slovakia.
  • “Mesej saya untuk X adalah anda perlu mematuhi undang-undang yang ketat. Kami akan memantau apa yang anda lakukan,” kata Pesuruhjaya Nilai dan Ketelusan Kesatuan Eropah (EU), Vera Jourova.

BRUSSELS, Belgium – Platform X yang sebelum ini dikenali sebagai Twitter dikenal pasti mengandungi sejumlah besar berita palsu berbanding enam rangkaian sosial utama yang lain, demikian menurut kajian Suruhanjaya Eropah seperti dilaporkan Badan Penyiaran British (BBC) kelmarin.

Suruhanjaya itu meneliti lebih 6,000 hantaran media sosial unik di Facebook, Instagram, LinkedIn, TikTok, X dan YouTube. Ia menganalisis kandungan di tiga buah negara yang dianggap berisiko terhadap berita palsu iaitu Sepanyol, Poland dan Slovakia.

“Mesej saya untuk X adalah anda perlu mematuhi undang-undang yang ketat. Kami akan memantau apa yang anda lakukan,” kata Pesuruhjaya Nilai dan Ketelusan Kesatuan Eropah (EU), Vera Jourova.

Kajian mengenai berita palsu itu merangkumi isu seperti pilihan raya atau perang di Ukraine.

Sebelum ini, X ketika dikenali sebagai Twitter bersama-sama rangkaian sosial lain mendaftar untuk menyertai kod sukarela pada 2018. Namun, ia menarik diri daripada kod tersebut selepas berada di bawah kepimpinan pemilik baharunya, Elon Musk.

“Musk tahu bahawa beliau tidak terlepas daripada kod amalan kerana kini kami mempunyai Akta Perkhidmatan Digital yang dikuatkuasakan sepenuhnya,” kata Jourova.

Syarikat-syarikat yang gagal mematuhi akta itu boleh dikenakan denda sehingga enam peratus daripada perolehan globalnya. 

Sumber: Kosmo

Author

Antarabangsa

(VIDEO) Jordan, Palestin dan Israel ‘bersama di langit’ untuk saya – Narendra Modi

Perdana Menteri India, Narendra Modi mendakwa Jordan, Palestin dan Israel mempunyai perbezaan ketara tetapi negara itu “bersama di langit” untuk dirinya.

A.R. Khan

Published

on

Foto: Perdana Menteri India, Narendra Modi.

Perdana Menteri India, Narendra Modi mendakwa Jordan, Palestin dan Israel mempunyai perbezaan ketara tetapi negara itu “bersama di langit” untuk dirinya.

Modi berkata demikian dalam temubual eksklusif “The Biggest Interview Of 2024” bersama India Today disiarkan hari ini di platform Youtube.

“Raja Jordan dapat tahu saya akan ke Palestin, dia jalur keturunan (Nabi) Muhammad, dia (Raja Jordan) berkata, “En Modi kamu tidak boleh ke sana begini, kamu tetamu saya. Kamu akan naik helikopter saya dan makan di rumah saya.”

“Saya pergi ke rumahnya, kami makan dan berbual. (Dengan) Helikopter Jordan, destinasi Palestin dan iringan jet Israel. Dunia (adalah) berbeza buat tiga negara ini, tetapi untuk Modi, semuanya bersama di langit,” dakwa Perdana Menteri India itu.

Dalam wawancara itu, Modi turut berkongsi usahanya untuk menghentikan pertempuran di Gaza pada Ramadan dan Israel cuba untuk akur yang akhirnya menyebabkan mereka hanya bertempur dua atau tiga hari sahaja.

“Di Gaza ketika Ramadan, saya hantar perutusan khas ke Israel. Dia berjumpa dengan Perdana Menteri Israel dan memberitahunya bahawa tidak sepatutnya Gaza dibom ketika Ramadan.

“Beliau (Israel) cuba akur. Mereka hanya bertempur dua tiga hari di bulan Ramadan. Tetapi saya telah menghantar utusan khas.

“Di sini (India) kamu menuduh saya bermain politik terhadap Muslim. Tapi Modi berusaha untuk hentikan pengeboman di Gaza. Saya tidak mahu publisiti untuk hal ini,” kata Modi.

India kini berdepan pilihanraya umum dan kenyataan Modi dipercayai bertujuan untuk memancing pengundi Muslim di negara majoriti Hindu itu. – The Merdeka Times

Sokong TMT media berani, benar & bebas di https://support.themerdekatimes.com/

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending