Connect with us

Antarabangsa

Tingkatkan cukai alkohol, minuman manis galakkan gaya hidup sihat – WHO

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), semalam, sarankan kerajaan meningkatkan cukai alkohol dan minuman manis kerana terlalu sedikit negara menggunakan insentif itu bagi menggalakkan gaya hidup sihat.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), semalam, sarankan kerajaan tingkatkan cukai alkohol dan minuman manis kerana terlalu sedikit negara menggunakan insentif itu bagi menggalakkan gaya hidup sihat.
  • Menurut kajian badan dunia itu terhadap percukaian, purata kadar itu secara global ke atas produk tidak sihat sedemikian adalah rendah, dan peningkatan cukai boleh menghasilkan penduduk yang lebih sihat.
  • Menurut WHO, seramai 2.6 juta orang setahun mati akibat pengambilan minuman beralkohol, manakala lebih lapan juta mati akibat diet tidak sihat.
  • “Melaksanakan cukai ke atas alkohol dan SSB akan mengurangkan kadar kematian ini,” katanya.

GENEVA: Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), semalam, sarankan kerajaan meningkatkan cukai alkohol dan minuman manis kerana terlalu sedikit negara menggunakan insentif itu bagi menggalakkan gaya hidup sihat.

Menurut kajian badan dunia itu terhadap percukaian, purata kadar itu secara global ke atas produk tidak sihat sedemikian adalah rendah, dan peningkatan cukai boleh menghasilkan penduduk yang lebih sihat.

“WHO mengesyorkan cukai eksais, yang menyasarkan produk atau perkhidmatan tertentu, perlu dikenakan kepada semua minuman manis bergula (SSB) dan minuman beralkohol,” menurut WHO dalam kenyataan.

Pada masa sama, menurut WHO, seramai 2.6 juta orang setahun mati akibat pengambilan minuman beralkohol, manakala lebih lapan juta mati akibat diet tidak sihat.

“Melaksanakan cukai ke atas alkohol dan SSB akan mengurangkan kadar kematian ini,” katanya.

WHO memaklumkan, peningkatan cukai bukan sahaja membantu mengurangkan penggunaan produk berkenaan tetapi turut memberi insentif kepada syarikat untuk membuat produk yang lebih sihat.

Katanya, walaupun 108 negara mengenakan beberapa cukai ke atas SSB, secara global, cukai eksais secara purata mewakili hanya 6.6 peratus daripada harga minuman soda.

“Separuh daripada negara itu juga mengenakan cukai air, sesuatu yang kami tidak syorkan,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Promosi Kesihatan WHO, Rudiger Krech, berkata peningkatan cukai terhadap produk tidak sihat mewujudkan penduduk yang lebih sihat.

“Ia mempunyai kesan positif merentasi masyarakat iaitu kurang penyakit dan kecacatan serta hasil untuk kerajaan bagi perkhidmatan awam.

“Dalam kes alkohol, cukai juga membantu mencegah keganasan dan kecederaan akibat kemalangan jalan raya,” katanya.

WHO yang berpangkalan di Geneva, semalam mengeluarkan garis panduan mengenai dasar dan pentadbiran cukai alkohol untuk 194 negara anggotanya.

Katanya, harga minimum yang digabungkan dengan peningkatan cukai, boleh mengekang jualan minuman keras tidak berkualiti dan mengurangkan kemasukan ke hospital berkaitan minuman, kematian, kemalangan dan jenayah.

“Sebuah badan penyelidikan yang penting menunjukkan bahawa orang ketagih cenderung untuk meminum minuman beralkohol yang paling murah,” katanya.

Menurut WHO, kira-kira 148 negara mengenakan cukai eksais ke atas minuman beralkohol.

“Namun wain dikecualikan daripada cukai eksais di sekurang-kurangnya 22 negara, kebanyakannya di rantau Eropah,” katanya.

WHO mendakwa, pada peringkat global, secara purata cukai eksais dalam harga jenama bir paling banyak dijual ialah 17.2 peratus, manakala bagi jenama minuman keras paling banyak dijual adalah 26.5 peratus.

Penolong Ketua Pengarah WHO, Ailan Li, berkata kebimbangan yang mendesak ialah minuman beralkohol, kerana ia dari masa ke masa, secara konsisten menjadi lebih mampu milik.

“Namun, peningkatan kemampuan ini boleh dibendung menggunakan dasar cukai dan harga alkohol yang ditetapkan dengan baik,” katanya. – AFP

Sumber: Berita Harian

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Antarabangsa

Penyanyi pro-zionis, Bruno Mars bakal adakan konsert di Malaysia

Penyanyi terkenal yang juga merupakan pro zionis, Bruno Mars, bakal kembali mengadakan konsert solonya di Kuala Lumpur pada 17 September ini.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Penyanyi terkenal yang juga merupakan pro zionis, Bruno Mars.
  • Penyanyi terkenal yang juga merupakan pro zionis, Bruno Mars, bakal kembali mengadakan konsert solonya di Kuala Lumpur pada 17 September ini.
  • Times Israel sebelum ini melaporkan bintang pop itu menyatakan cintanya kepada Tel Aviv dalam persembahan pertama kalinya di Israel dengan menyanyikan ‘I love you’ dalam bahasa Ibrani.
  • “Tel Aviv, saya mahu berkahwin dengan kamu!”, jerit Bruno Mars dan disahut peminat zionisnya.
  • Dilaporkan, Bruno Mars menerima tekanan hebat agar membatalkan konsertnya di wilayah jajahan haram tersebut.
  • Antara organisasi yang menggesa pembatalan konsert tersebut adalah pergerakan Boycott Divestment and Sanctions (BDS), termasuk kumpulan advokasinya Jewish Voice for Peace (JVP).

KUALA LUMPUR – Penyanyi terkenal yang juga merupakan pro zionis, Bruno Mars, bakal kembali mengadakan konsert solonya di Kuala Lumpur pada 17 September ini.

Berita itu dikongsi penganjur, Live Nation Malaysia, menerusi platform media sosial memaklumkan jualan tiket untuk konsert di Stadium Nasional Bukit Jalil itu akan dibuka pada Jumaat hadapan.

“Bruno Mars akan datang ke Kuala Lumpur September ini.

“Tidak sabar mahu berkongsi pengalaman persembahan lagu 24K Magic secara langsung,” tulis mereka menerusi platform X.

Times Israel sebelum ini melaporkan bintang pop itu menyatakan cintanya kepada Tel Aviv dalam persembahan pertama kalinya di Israel dengan menyanyikan ‘I love you’ dalam bahasa Ibrani.

“Tel Aviv, saya mahu berkahwin dengan kamu!”, jerit Bruno Mars dan disambut peminat zionisnya.

Dilaporkan, Bruno Mars menerima tekanan hebat agar membatalkan konsertnya di wilayah jajahan haram tersebut.

Antara organisasi yang menggesa pembatalan konsert tersebut adalah pergerakan Boycott Divestment and Sanctions (BDS), termasuk kumpulan advokasinya Jewish Voice for Peace (JVP).

Pemilik Bluestone Group’s Live Nation Israel, Guy Beser dan Shay Mor Yosef bagaimanapun berjaya membawa bintang itu ke Israel Oktober lalu.

JVP, sebuah organisasi progresif anti-zionis dalam surat terbukanya menyeru Bruno membatalkan konsertnya di negara aparteid tersebut sehingga rakyat Palestin mempunyai kesaksamaan, kebebasan dan keadilan sepenuhnya di tanah asal mereka.

“Kami amat bimbang dengan pengumuman mengenai persembahan anda yang akan datang di Tel Aviv, Israel di Yarkon Park, yang dibina di atas tanah perkampungan Palestin Al-Shaykh Muwannis yang berdepan pembersihan etnik oleh zionis.

“Kami menggesa anda membatalkan persembahan di Israel yang mengamalkan aparteid, sama seperti yang dilakukan semua artis yang beretika di Afrika Selatan semasa aparteid,” tegas JVP.

Bapa Bruno dikatakan berketurunan Yahudi manakala ibunya dari Filipina dan nenek moyangnya pula berketurunan Yahudi Hungary dan Ukraine. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending