Terkini
HIMP 2030 kukuhkan Malaysia sebagai pemimpin industri halal
Malaysia berupaya mengekalkan kedudukannya sebagai pemimpin utama pengeluaran produk dan perkhidmatan halal berkualiti tinggi di peringkat global.
- Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, berkata Malaysia mempunyai ekosistem yang menyeluruh dalam pembangunan halal termasuk perdagangan dan pelaburan.
- Pendekatan berterusan kerajaan dalam majukan industri halal seperti pelancaran Pelan Induk Industri Halal 2030 (HIMP 2030) akan bantu jadikan Malaysia sebagai peneraju halal global.
- HIMP 2030, telah menetapkan tindakan jelas bagi merancang bagaimana Malaysia boleh memanfaatkan secara strategik pertumbuhan permintaan global untuk produk dan perkhidmatan halal.
- Ia juga mengukuhkan peranan kepimpinan Malaysia dengan memanfaatkan ekosistem industri halal diiktiraf dunia dan kepakaran sedia ada.
- “Malaysia pernah sekali lagi disenaraikan ekonomi halal terkemuka di dunia untuk tahun kesembilan berturut-turut. HIMP 2030 akan membantu mengukuhkan kedudukan Malaysia sebagai pemimpin global yang tidak boleh dipertikaikan dalam industri halal.”
KUALA LUMPUR: Malaysia berupaya mengekalkan kedudukannya sebagai pemimpin utama pengeluaran produk dan perkhidmatan halal berkualiti tinggi di peringkat global.
Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, berkata Malaysia mempunyai ekosistem yang menyeluruh dalam pembangunan halal termasuk perdagangan dan pelaburan.
Beliau berkata, pendekatan berterusan kerajaan dalam memajukan industri halal seperti pelancaran Pelan Induk Industri Halal 2030 (HIMP 2030) akan membantu menjadikan Malaysia sebagai peneraju halal global.
HIMP 2030, katanya telah menetapkan tindakan yang jelas bagi merancang bagaimana Malaysia boleh memanfaatkan secara strategik pertumbuhan permintaan global untuk produk dan perkhidmatan halal.
Katanya, ia juga mengukuhkan peranan kepimpinan Malaysia dengan memanfaatkan ekosistem industri halal yang diiktiraf dunia dan kepakaran sedia ada.
“Malaysia pernah sekali lagi disenaraikan sebagai ekonomi halal terkemuka di dunia untuk tahun kesembilan berturut-turut. HIMP 2030 akan membantu mengukuhkan kedudukan Malaysia sebagai pemimpin global yang tidak boleh dipertikaikan dalam industri halal.
“Melalui HIMP 2030, kami mengunjurkan bahawa industri halal kita akan berkembang kepada AS$113.2 billion menjelang 2030, dengan sumbangan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sebanyak 8.1 peratus menjelang 2025,” katanya ketika melancarkan Pameran Halal Antarabangsa Malaysia (MIHAS 2023) di sini, hari ini.
Tengku Zafrul berkata, data daripada Frost & Sullivan menunjukkan ekonomi halal pasca pandemik akan mencapai AS$5 trilion menjelang 2030.
Beliau berkata, populasi Muslim global kini melebihi 1.9 billion orang dan akan terus berkembang, sekali gus menyediakan prospek pertumbuhan yang cerah dan memberikan lebih banyak peluang untuk negara.
Malah, katanya eksport halal Malaysia meningkat dengan memberangsangkan sebanyak 63.8 peratus kepada RM59.46 bilion pada 2022, memberi makna industri halal menjadi semakin penting untuk perniagaan termasuk perusahaan kecil dan sederhana (PKS).
“Kerajaan yakin dapat mencapai matlamat sebagai peneraju halal berdasarkan kepada pelaburan yang telah dilaksanakan dalam meningkatkan ekosistem halal termasuk mempromosikan R&D halal dan memupuk infrastruktur yang membolehkan menyokong pengeluaran dan pengedaran halal.
“Ia juga akan menjana pendapatan dan pekerjaan, kunci kepada pembangunan ekonomi di samping mewujudkan limpahan positif kepada kehidupan rakyat,” katanya.
Sementara itu, Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) menyasar mencapai jualan bernilai RM2.1 bilion semasa MIHAS 2023 ke-19 yang akan berlangsung dari 12 hingga 15 September depan.
Ketua Pegawai Eksekutif MATRADE, Datuk Mohd Mustafa Abdul Aziz, berkata jumlah itu mampu dicapai dengan pembukaan semula sempadan China yang memberi manfaat positif memandangkan negara itu adalah rakan dagang utama Malaysia.
Beliau berkata, kedudukan Malaysia dalam industri halal global juga menjadi pemangkin untuk merekodkan jualan dan jalinan kerjasama membabitkan semua kluster utama dalam pameran itu.
Katanya, MIHAS 2022 yang diadakan tahun lalu mencapai jualan memberangsangkan melebihi sasaran kepada RM2.3 billion.
“MIHAS adalah pameran halal terbesar global serta peranan yang terus dimainkan Malaysia dalam industri halal menjadikan kita sebagai antara peserta halal utama global.
“Justeru, MIHAS 2023 dijangka akan menjadi penganjuran terbesar sejak pandemik dengan penyertaan 1,500 reruai membabitkan 13 kluster utama serta pavilion dari 40 negara,” katanya.
Sumber: Berita Harian
Terkini
Pelajar atau kadet laut China? – Mas Ermieyati persoal Fadhlina
Ahli Parlimen Masjid Tanah, Datuk Mas Ermieyati Samsudin hari ini mempersoal kenyataan Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek yang mempertahankan kehadiran 165 kadet kapal Tentera Laut Republik Rakyat China (RRC) di Air Itam, Pulau Pinang beberapa hari lalu.
- Ahli Parlimen Masjid Tanah, Datuk Mas Ermieyati Samsudin hari ini mempersoal kenyataan Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek yang mempertahankan kehadiran 165 kadet kapal Tentera Laut Republik Rakyat China (RRC) di Air Itam, Pulau Pinang beberapa hari lalu.
- Mas Ermieyati mendakwa penjelasan menteri itu bahawa mereka yang hadir itu adalah pelajar dan pensyarah bagi program pertukaran budaya antara pelajar adalah tidak benar.
- Beliau menyangkal kenyataan Fadhlina yang mendakwa lawatan itu hanyalah aktiviti pertukaran budaya antara dua kumpulan pelajar dari China’s University of Naval Engineering Academy dengan pelajar Sekolah Menengah Swasta Chung Ling sempena sambutan 50 tahun hubungan diplomatik Malaysia-China.
- “Kenyataan ini tidak benar, kerana 165 orang kadet PLAN dari kapal Qi Jiguang (kapal latihan) ini adalah mereka yang dalam proses dan tempoh peralihan untuk menjadi kelasi penuh tentera laut PLAN China dan bukanlah pelajar universiti seperti yang dinyatakan oleh YB Fadhlina.
- “Ianya seakan sama seperti anak-anak kapal KD Pelandok Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang menjalani latihan untuk menjadi kelasi penuh TLDM,” kata Mas Ermieyati dalam kenyataan media di akaun Facebook beliau hari ini.
- Terdahulu, Pengerusi Biro Antarabangsa BERSATU yang juga bekas Menteri Luar, Datuk Seri Saifuddin Abdullah dilaporkan berkata sambutan meriah terhadap dua kapal tentera laut China yang berlabuh di Pelabuhan Pulau Pinang itu disifatkan ‘tidak masuk akal’, terutama ketika terdapat dakwaan perairan Malaysia di Sabah dan Sarawak dicerobohi aset republik itu.
- Kehadiran dua kapal China itu turut mendapat reaksi pelbagai dari netizen susulan visual majlis sambutan kelompok terbabit yang tular di media sosial.
Ahli Parlimen Masjid Tanah, Datuk Mas Ermieyati Samsudin hari ini mempersoal kenyataan Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek yang mempertahankan kehadiran 165 kadet kapal Tentera Laut Republik Rakyat China (RRC) di Air Itam, Pulau Pinang beberapa hari lalu.
Mas Ermieyati mendakwa penjelasan menteri itu bahawa mereka yang hadir itu adalah pelajar dan pensyarah bagi program pertukaran budaya antara pelajar adalah tidak benar.
Beliau menyangkal kenyataan Fadhlina yang mendakwa lawatan itu hanyalah aktiviti pertukaran budaya antara dua kumpulan pelajar dari China’s University of Naval Engineering Academy dengan pelajar Sekolah Menengah Swasta Chung Ling sempena sambutan 50 tahun hubungan diplomatik Malaysia-China.
“Kenyataan ini tidak benar, kerana 165 orang kadet PLAN dari kapal Qi Jiguang (kapal latihan) ini adalah mereka yang dalam proses dan tempoh peralihan untuk menjadi kelasi penuh tentera laut PLAN China dan bukanlah pelajar universiti seperti yang dinyatakan oleh YB Fadhlina.
“Ianya seakan sama seperti anak-anak kapal KD Pelandok Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang menjalani latihan untuk menjadi kelasi penuh TLDM,” kata Mas Ermieyati dalam kenyataan media di akaun Facebook beliau hari ini.
Beliau turut memuat naik tangkap layar liputan Harian Metro bertajuk “Bukan tentera China tetapi penuntut dan pensyarah – Fadhlina” dalam hantaran Facebook itu.
Terdahulu, Pengerusi Biro Antarabangsa BERSATU yang juga bekas Menteri Luar, Datuk Seri Saifuddin Abdullah dilaporkan berkata sambutan meriah terhadap dua kapal tentera laut China yang berlabuh di Pelabuhan Pulau Pinang itu disifatkan ‘tidak masuk akal’, terutama ketika terdapat dakwaan perairan Malaysia di Sabah dan Sarawak dicerobohi aset republik itu.
Kehadiran dua kapal China itu turut mendapat reaksi pelbagai dari netizen susulan visual majlis sambutan kelompok terbabit yang tular di media sosial.
Mengulas lanjut, Mas Ermieyati berkata sambutan hubungan diplomatik 50 tahun Malaysia-China disambut pada 31 Mei 2024, manakala sambutan kejayaan revolusi Komunis China di sambut pada 1 Oktober 2024.
“Apakah lawatan ini dibuat sempena sambutan hubungan diplomatik 50 tahun Malaysia dan China atau sempena sambutan revolusi Komunis China sekaligus meraikan penubuhan RRC?,” katanya.
Beliau menyifatkan sambutan luar biasa Kerajaan Negeri Pulau Pinang kepada pihak terbabit sebagai tidak sensitif.
“Tindakan Kerajaan Negeri Pulau Pinang dan Sekolah Menengah Swasta Chung Ling membuat sambutan besar-besaran menerima kunjungan kadet dan kelasi kapal Qi Jiguang dan Jinggang Shan ini adalah bukti kecuaian pihak Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang tidak sensitif terhadap situasi integriti kedaulatan maritim dan tuntutan bertindih yang dibuat oleh RRC di Luconia Shoals atau gugusan Beting Patinggi Ali (BPA) yang terletak 84 batu nautika dari pesisir pantai Sarawak,” katanya. – The Merdeka Times
-
Terkini3 days ago
Hapuskan tunggakan cukai, denda UTAR: Tindakan PM betul, malah tidak cukup – Apek Cina
-
Terkini3 days ago
Netizen Cina minta kaedah pendidikan Cina, SMPC disemak semula
-
Terkini2 days ago
Pelajar atau kadet laut China? – Mas Ermieyati persoal Fadhlina
-
Antarabangsa2 days ago
Turkiye sekat akses Discord