Terkini
Industri halal bersifat menyeluruh, Mampu melengkapi ekonomi Islam – PM Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata industri halal yang bersifat menyeluruh mampu melengkapi ekonomi Islam terutamanya dalam aspek perdagangan.
- PM berkata industri halal akan meliputi setiap kumpulan masyarakat termasuk petani, nelayan, perusahaan kecil dan sederhana (PKS) malah kedai runcit yang memastikan penyertaan lebih luas.
- Anwar turut menyatakan penghargaan kepada pemimpin luar, terutamanya dari negara-negara yang beliau lawati baru-baru ini atas sokongan padu mereka terhadap industri halal dan pengiktirafan mereka terhadap usaha Malaysia dalam mempromosikannya.
- “Ini adalah pencapaian luar biasa yang dicapai oleh MATRADE dan kerajaan berikutan ia membolehkan kita mengkaji lebih lanjut mengenai kepentingan halal dan sebab Islam menekankan kepentingannya dalam pelbagai sektor, termasuk produk makanan, kosmetik dan industri lain yang berkaitan,” – PM Anwar
KUALA LUMPUR – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata industri halal yang bersifat menyeluruh mampu melengkapi ekonomi Islam terutamanya dalam aspek perdagangan.
Beliau berkata industri halal akan meliputi setiap kumpulan masyarakat termasuk petani, nelayan, perusahaan kecil dan sederhana (PKS) malah kedai runcit yang memastikan penyertaan lebih luas.
“Dalam mencapai maksud Ekonomi MADANI dan semangat Maqasid Syariah, ia mesti merangkumi hampir keseluruhan rakyat”, kata beliau pada Pameran Halal Antarabangsa Malaysia (MIHAS) 2024 di sini hari ini.
Dalam ucapan, Anwar turut menyatakan penghargaan kepada pemimpin luar, terutamanya dari negara-negara yang beliau lawati baru-baru ini atas sokongan padu mereka terhadap industri halal dan pengiktirafan mereka terhadap usaha Malaysia dalam mempromosikannya.
Beliau berkata mereka telah menunjukkan minat yang tinggi terhadap industri halal serta mengiktiraf peranan kerajaan dan pihak berkuasa Malaysia dalam memacu pertumbuhannya.
Mereka juga mahu menjalin kerjasama dengan Malaysia untuk meningkatkan perdagangan dan pelaburan, termasuk dalam sektor berkaitan halal, kata beliau.
“Ini adalah pencapaian luar biasa yang dicapai oleh MATRADE dan kerajaan berikutan ia membolehkan kita mengkaji lebih lanjut mengenai kepentingan halal dan sebab Islam menekankan kepentingannya dalam pelbagai sektor, termasuk produk makanan, kosmetik dan industri lain yang berkaitan,” kata beliau.
Pada majlis itu, Anwar menyampaikan Anugerah Khas Kecemerlangan Pembangunan Halal Negara kepada bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi sebagai mengiktiraf sumbangan beliau dalam industri halal.
Anugerah itu diterima oleh anak beliau, Tan Sri Kamaluddin Abdullah.
Abdullah dipilih sebagai penerima pertama anugerah itu berikutan MIHAS yang pertama pada 2004 dan penubuhan Halal Development Corporation pada 2006 dalam tempoh beliau sebagai Perdana Menteri.
MIHAS 2024 merupakan anjuran bersama Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) serta Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI).
Bertemakan ‘Globalising Halal Innovations’ pameran selama empat hari itu bermula hari ini dan berakhir pada 20 September. — BERNAMA
Terkini
Pelajar atau kadet laut China? – Mas Ermieyati persoal Fadhlina
Ahli Parlimen Masjid Tanah, Datuk Mas Ermieyati Samsudin hari ini mempersoal kenyataan Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek yang mempertahankan kehadiran 165 kadet kapal Tentera Laut Republik Rakyat China (RRC) di Air Itam, Pulau Pinang beberapa hari lalu.
- Ahli Parlimen Masjid Tanah, Datuk Mas Ermieyati Samsudin hari ini mempersoal kenyataan Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek yang mempertahankan kehadiran 165 kadet kapal Tentera Laut Republik Rakyat China (RRC) di Air Itam, Pulau Pinang beberapa hari lalu.
- Mas Ermieyati mendakwa penjelasan menteri itu bahawa mereka yang hadir itu adalah pelajar dan pensyarah bagi program pertukaran budaya antara pelajar adalah tidak benar.
- Beliau menyangkal kenyataan Fadhlina yang mendakwa lawatan itu hanyalah aktiviti pertukaran budaya antara dua kumpulan pelajar dari China’s University of Naval Engineering Academy dengan pelajar Sekolah Menengah Swasta Chung Ling sempena sambutan 50 tahun hubungan diplomatik Malaysia-China.
- “Kenyataan ini tidak benar, kerana 165 orang kadet PLAN dari kapal Qi Jiguang (kapal latihan) ini adalah mereka yang dalam proses dan tempoh peralihan untuk menjadi kelasi penuh tentera laut PLAN China dan bukanlah pelajar universiti seperti yang dinyatakan oleh YB Fadhlina.
- “Ianya seakan sama seperti anak-anak kapal KD Pelandok Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang menjalani latihan untuk menjadi kelasi penuh TLDM,” kata Mas Ermieyati dalam kenyataan media di akaun Facebook beliau hari ini.
- Terdahulu, Pengerusi Biro Antarabangsa BERSATU yang juga bekas Menteri Luar, Datuk Seri Saifuddin Abdullah dilaporkan berkata sambutan meriah terhadap dua kapal tentera laut China yang berlabuh di Pelabuhan Pulau Pinang itu disifatkan ‘tidak masuk akal’, terutama ketika terdapat dakwaan perairan Malaysia di Sabah dan Sarawak dicerobohi aset republik itu.
- Kehadiran dua kapal China itu turut mendapat reaksi pelbagai dari netizen susulan visual majlis sambutan kelompok terbabit yang tular di media sosial.
Ahli Parlimen Masjid Tanah, Datuk Mas Ermieyati Samsudin hari ini mempersoal kenyataan Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek yang mempertahankan kehadiran 165 kadet kapal Tentera Laut Republik Rakyat China (RRC) di Air Itam, Pulau Pinang beberapa hari lalu.
Mas Ermieyati mendakwa penjelasan menteri itu bahawa mereka yang hadir itu adalah pelajar dan pensyarah bagi program pertukaran budaya antara pelajar adalah tidak benar.
Beliau menyangkal kenyataan Fadhlina yang mendakwa lawatan itu hanyalah aktiviti pertukaran budaya antara dua kumpulan pelajar dari China’s University of Naval Engineering Academy dengan pelajar Sekolah Menengah Swasta Chung Ling sempena sambutan 50 tahun hubungan diplomatik Malaysia-China.
“Kenyataan ini tidak benar, kerana 165 orang kadet PLAN dari kapal Qi Jiguang (kapal latihan) ini adalah mereka yang dalam proses dan tempoh peralihan untuk menjadi kelasi penuh tentera laut PLAN China dan bukanlah pelajar universiti seperti yang dinyatakan oleh YB Fadhlina.
“Ianya seakan sama seperti anak-anak kapal KD Pelandok Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang menjalani latihan untuk menjadi kelasi penuh TLDM,” kata Mas Ermieyati dalam kenyataan media di akaun Facebook beliau hari ini.
Beliau turut memuat naik tangkap layar liputan Harian Metro bertajuk “Bukan tentera China tetapi penuntut dan pensyarah – Fadhlina” dalam hantaran Facebook itu.
Terdahulu, Pengerusi Biro Antarabangsa BERSATU yang juga bekas Menteri Luar, Datuk Seri Saifuddin Abdullah dilaporkan berkata sambutan meriah terhadap dua kapal tentera laut China yang berlabuh di Pelabuhan Pulau Pinang itu disifatkan ‘tidak masuk akal’, terutama ketika terdapat dakwaan perairan Malaysia di Sabah dan Sarawak dicerobohi aset republik itu.
Kehadiran dua kapal China itu turut mendapat reaksi pelbagai dari netizen susulan visual majlis sambutan kelompok terbabit yang tular di media sosial.
Mengulas lanjut, Mas Ermieyati berkata sambutan hubungan diplomatik 50 tahun Malaysia-China disambut pada 31 Mei 2024, manakala sambutan kejayaan revolusi Komunis China di sambut pada 1 Oktober 2024.
“Apakah lawatan ini dibuat sempena sambutan hubungan diplomatik 50 tahun Malaysia dan China atau sempena sambutan revolusi Komunis China sekaligus meraikan penubuhan RRC?,” katanya.
Beliau menyifatkan sambutan luar biasa Kerajaan Negeri Pulau Pinang kepada pihak terbabit sebagai tidak sensitif.
“Tindakan Kerajaan Negeri Pulau Pinang dan Sekolah Menengah Swasta Chung Ling membuat sambutan besar-besaran menerima kunjungan kadet dan kelasi kapal Qi Jiguang dan Jinggang Shan ini adalah bukti kecuaian pihak Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang tidak sensitif terhadap situasi integriti kedaulatan maritim dan tuntutan bertindih yang dibuat oleh RRC di Luconia Shoals atau gugusan Beting Patinggi Ali (BPA) yang terletak 84 batu nautika dari pesisir pantai Sarawak,” katanya. – The Merdeka Times
-
Terkini4 days ago
Hapuskan tunggakan cukai, denda UTAR: Tindakan PM betul, malah tidak cukup – Apek Cina
-
Terkini3 days ago
Netizen Cina minta kaedah pendidikan Cina, SMPC disemak semula
-
Terkini2 days ago
Pelajar atau kadet laut China? – Mas Ermieyati persoal Fadhlina
-
Antarabangsa3 days ago
Turkiye sekat akses Discord