Connect with us

Terkini

Malaysia bakal raih potensi pelaburan industri halal bernilai RM4 bilion dari China – Ahmad Zahid

Malaysia bakal meraih manfaat potensi pelaburan baharu dari China dalam industri halal bernilai kira-kira RM4 bilion, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
  • Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata potensi pelaburan besar itu dicapai hasil pertemuan delegasi Malaysia bersama pemain industri halal dari China sempena Forum Perniagaan Halal Malaysia-China anjuran Halal Development Corporation (HDC) di Shanghai, China.
  • “Terdapat 40 syarikat (dari China) yang sangat serius untuk melabur di Malaysia, iaitu menurut perkiraan kita, ia bernilai RM4 bilion.
  • “Tentunya barang keluaran mereka menjadi keutamaan termasuklah makanan dan minuman. Terdapat juga (permintaan pelaburan berkaitan) farmaseutikal, kosmetik, vaksin serta bahan perubatan herba,” katanya kepada media Malaysia, pada Selasa.

SHANGHAI — Malaysia bakal meraih manfaat potensi pelaburan baharu dari China dalam industri halal bernilai kira-kira RM4 bilion, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau berkata potensi pelaburan besar itu dicapai hasil pertemuan delegasi Malaysia bersama pemain industri halal dari China sempena Forum Perniagaan Halal Malaysia-China anjuran Halal Development Corporation (HDC) di sini.

Ahmad Zahid yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah berkata pelaburan berkenaan merangkumi pelbagai sektor, termasuk perubatan herba, makanan dan minuman, vaksin, kosmetik dan farmaseutikal.

“Terdapat 40 syarikat (dari China) yang sangat serius untuk melabur di Malaysia, iaitu menurut perkiraan kita, ia bernilai RM4 bilion.

“Tentunya barang keluaran mereka menjadi keutamaan termasuklah makanan dan minuman. Terdapat juga (permintaan pelaburan berkaitan) farmaseutikal, kosmetik, vaksin serta bahan perubatan herba,” katanya kepada media Malaysia, pada Selasa.

Ahmad Zahid berada di sini sempena lawatan kerja selama lima hari ke China sehingga 12 Sept.

Beliau berkata para pelabur juga menunjukkan minat melabur dalam bidang perubatan herba di Malaysia dan berhasrat menjalin kerjasama dengan universiti tempatan dan Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) berhubung perkara itu.

Menurutnya, terdapat kawasan seluas 5,787 hektar yang dikhususkan untuk industri halal di Malaysia dan yang paling besar terletak di Tanjung Mas, Sarawak, seluas 9,900 ekar.

Selain itu, katanya, terdapat beberapa syarikat halal dari China yang berminat untuk membuka kilang produk mereka di Malaysia, antaranya di Pahang dan Perak.

Justeru, Timbalan Perdana Menteri berkata kerajaan negeri diharap dapat mempermudahkan urusan pelabur, khususnya berkaitan penyediaan infrastruktur, termasuk bekalan air dan elektrik, di samping insentif seperti pengecualian cukai.

“Apa yang kita perlu adalah pelabur, dan China pula mahu memasarkan barangan halal mereka dari Malaysia. Untuk itu, mereka bercadang mendirikan kilang di Malaysia dan mendapatkan sijil halal JAKIM yang membolehkan mereka eksport ke luar negara,” katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata semasa pertemuan tersebut juga Asian Development Investment Bank dari China menyatakan kesediaan untuk menawarkan pendanaan pelaburan di peringkat awal berjumlah US$500 juta (RM2.17 bilion).

Sementara itu, menerusi ucapan khasnya pada forum tersebut Ahmad Zahid berkata lokasi Malaysia yang strategik di Asia Tenggara menjadikan negara sebagai hab ideal untuk perdagangan halal.

Beliau berkata Malaysia komited untuk menjadi hab halal bukan sahaja di ASEAN malahan di persada global dan bagi tujuan itu negara mencadangkan penubuhan Koridor Perdagangan Halal Malaysia-China.

“Inisiatif ini akan meningkatkan perdagangan Halal secara strategik dalam rangka inisiatif One Belt One Road (Satu Jalu Satu Jalan).

“la akan membolehkan kami memenuhi keperluan Halal negara BRICS, ASEAN dan Selatan Global sambil menyelaraskan perdagangan antara China dan Malaysia untuk rantaian bekalan yang lebih cekap,” katanya.

Beliau berkata melalui koridor ini, sebuah lebuh raya perdagangan khusus yang menampilkan Bi-Nation Halal One-Stop Centre akan dibina.

Menurutnya, pusat ini akan membantu proses import dan eskport, menyediakan protokol yang jelas, menawarkan logistik halal khusus, dan memastikan akses lancar ke tempatan pasaran untuk kedua-dua negara.– BERNAMA

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Terkini

Pelajar atau kadet laut China? – Mas Ermieyati persoal Fadhlina

Ahli Parlimen Masjid Tanah, Datuk Mas Ermieyati Samsudin hari ini mempersoal kenyataan Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek yang mempertahankan kehadiran 165 kadet kapal Tentera Laut Republik Rakyat China (RRC) di Air Itam, Pulau Pinang beberapa hari lalu.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Ahli Parlimen Masjid Tanah, Datuk Mas Ermieyati Samsudin.
  • Ahli Parlimen Masjid Tanah, Datuk Mas Ermieyati Samsudin hari ini mempersoal kenyataan Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek yang mempertahankan kehadiran 165 kadet kapal Tentera Laut Republik Rakyat China (RRC) di Air Itam, Pulau Pinang beberapa hari lalu.
  • Mas Ermieyati mendakwa penjelasan menteri itu bahawa mereka yang hadir itu adalah pelajar dan pensyarah bagi program pertukaran budaya antara pelajar adalah tidak benar.
  • Beliau menyangkal kenyataan Fadhlina yang mendakwa lawatan itu hanyalah aktiviti pertukaran budaya antara dua kumpulan pelajar dari China’s University of Naval Engineering Academy dengan pelajar Sekolah Menengah Swasta Chung Ling sempena sambutan 50 tahun hubungan diplomatik Malaysia-China.
  • “Kenyataan ini tidak benar, kerana 165 orang kadet PLAN dari kapal Qi Jiguang (kapal latihan) ini adalah mereka yang dalam proses dan tempoh peralihan untuk menjadi kelasi penuh tentera laut PLAN China dan bukanlah pelajar universiti seperti yang dinyatakan oleh YB Fadhlina.
  • “Ianya seakan sama seperti anak-anak kapal KD Pelandok Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang menjalani latihan untuk menjadi kelasi penuh TLDM,” kata Mas Ermieyati dalam kenyataan media di akaun Facebook beliau hari ini.
  • Terdahulu, Pengerusi Biro Antarabangsa BERSATU yang juga bekas Menteri Luar, Datuk Seri Saifuddin Abdullah dilaporkan berkata sambutan meriah terhadap dua kapal tentera laut China yang berlabuh di Pelabuhan Pulau Pinang itu disifatkan ‘tidak masuk akal’, terutama ketika terdapat dakwaan perairan Malaysia di Sabah dan Sarawak dicerobohi aset republik itu.
  • Kehadiran dua kapal China itu turut mendapat reaksi pelbagai dari netizen susulan visual majlis sambutan kelompok terbabit yang tular di media sosial.

Ahli Parlimen Masjid Tanah, Datuk Mas Ermieyati Samsudin hari ini mempersoal kenyataan Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek yang mempertahankan kehadiran 165 kadet kapal Tentera Laut Republik Rakyat China (RRC) di Air Itam, Pulau Pinang beberapa hari lalu.

Mas Ermieyati mendakwa penjelasan menteri itu bahawa mereka yang hadir itu adalah pelajar dan pensyarah bagi program pertukaran budaya antara pelajar adalah tidak benar.

Beliau menyangkal kenyataan Fadhlina yang mendakwa lawatan itu hanyalah aktiviti pertukaran budaya antara dua kumpulan pelajar dari China’s University of Naval Engineering Academy dengan pelajar Sekolah Menengah Swasta Chung Ling sempena sambutan 50 tahun hubungan diplomatik Malaysia-China.

“Kenyataan ini tidak benar, kerana 165 orang kadet PLAN dari kapal Qi Jiguang (kapal latihan) ini adalah mereka yang dalam proses dan tempoh peralihan untuk menjadi kelasi penuh tentera laut PLAN China dan bukanlah pelajar universiti seperti yang dinyatakan oleh YB Fadhlina.

“Ianya seakan sama seperti anak-anak kapal KD Pelandok Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang menjalani latihan untuk menjadi kelasi penuh TLDM,” kata Mas Ermieyati dalam kenyataan media di akaun Facebook beliau hari ini.

Beliau turut memuat naik tangkap layar liputan Harian Metro bertajuk “Bukan tentera China tetapi penuntut dan pensyarah – Fadhlina” dalam hantaran Facebook itu.

Terdahulu, Pengerusi Biro Antarabangsa BERSATU yang juga bekas Menteri Luar, Datuk Seri Saifuddin Abdullah dilaporkan berkata sambutan meriah terhadap dua kapal tentera laut China yang berlabuh di Pelabuhan Pulau Pinang itu disifatkan ‘tidak masuk akal’, terutama ketika terdapat dakwaan perairan Malaysia di Sabah dan Sarawak dicerobohi aset republik itu.

Kehadiran dua kapal China itu turut mendapat reaksi pelbagai dari netizen susulan visual majlis sambutan kelompok terbabit yang tular di media sosial.

Mengulas lanjut, Mas Ermieyati berkata sambutan hubungan diplomatik 50 tahun Malaysia-China disambut pada 31 Mei 2024, manakala sambutan kejayaan revolusi Komunis China di sambut pada 1 Oktober 2024.

“Apakah lawatan ini dibuat sempena sambutan hubungan diplomatik 50 tahun Malaysia dan China atau sempena sambutan revolusi Komunis China sekaligus meraikan penubuhan RRC?,” katanya.

Beliau menyifatkan sambutan luar biasa Kerajaan Negeri Pulau Pinang kepada pihak terbabit sebagai tidak sensitif.

“Tindakan Kerajaan Negeri Pulau Pinang dan Sekolah Menengah Swasta Chung Ling membuat sambutan besar-besaran menerima kunjungan kadet dan kelasi kapal Qi Jiguang dan Jinggang Shan ini adalah bukti kecuaian pihak Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang tidak sensitif terhadap situasi integriti kedaulatan maritim dan tuntutan bertindih yang dibuat oleh RRC di Luconia Shoals atau gugusan Beting Patinggi Ali (BPA) yang terletak 84 batu nautika dari pesisir pantai Sarawak,” katanya. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending