Connect with us

Terkini

Walau dikritik, Saifuddin Nasution pertahankan undang-undang ‘SOSMA’

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail mengulangi pendiriannya berhubung keperluan pelaksanaan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA).

Wartawan TMT

Published

on

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail mengulangi pendiriannya berhubung keperluan pelaksanaan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA).
Foto: Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.
  • Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail mengulangi pendiriannya berhubung keperluan pelaksanaan Akta Kesalahan Keselamatan 2012 (SOSMA).
  • Disebabkan peruntukan itu membolehkan pihak berkuasa membanteras kegiatan jenayah terancang, terutama tangkapan ahli sindiket yang ramai.
  • Ujarnya, pelaksanaan SOSMA lebih baik dari Akta Keselamatan Dalam Negeri dan Ordinan Darurat kerana membenarkan prosedur perundangan dibuat susulan.

KUALA LUMPUR: Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail mengulangi pendiriannya berhubung keperluan pelaksanaan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA).

Ini kerana, katanya, peruntukan itu akan membolehkan pihak berkuasa membanteras kegiatan jenayah terancang, terutama membabitkan tangkapan ahli sindiket terbabit dalam jumlah yang ramai.

Beliau antara lain mengakui pelaksanaan SOSMA adalah lebih baik, berbanding Akta Keselamatan Dalam Negeri dan Ordinan Darurat kerana ia membenarkan prosedur perundangan dibuat susulan penangkapan suspek kes terbabit.

“Perkara penting untuk dijadikan ukuran adalah prinsip keadilan sejagat. Individu ditahan, dinyatakan pertuduhan ke atasnya, diadili di hadapan hakim dan diberi peluang mengambil peguam serta memfailkan rayuan bagi sabitan dan hukuman.

“Di sisi lain ketika berdepan jenayah terancang, kalau berlaku tangkapan antara 50 hingga lebih 100 orang misalnya. Kalau ikut saluran biasa, ditahan 24 jam, dibawa ke mahkamah dan dapat reman sehingga dua minggu.

“Bagi menguruskan jumlah besar dan jenayah berat, hal ini memerlukan undang-undang yang tanpa mengorbankan prinsip keadilan sejagat,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sesi temu bual Naratif Khas bertajuk ‘Jaminan Keselamatan dan Perpaduan’ terbitan Berita RTM di Angkasapuri, malam ini.

Sementara itu, beliau mengakui berdepan pelbagai kritikan berhubung pendiriannya, termasuk daripada Ahli Parlimen Damansara, Gobind Singh Deo yang memintanya mengkaji semula SOSMA.

“Di peringkat awal, saya nyatakan mahu mencapai keseimbangan dan terbuka untuk menerima pandangan serta teguran, selain akan melaksanakan kewajipan mengikut keperluan dan bidang kuasa sebagai menteri.

“Debat di luar (mengenai SOSMA) sudah berlaku sekian lama, selain kritikan terhadap perundangan, termasuk kenyataan mengenai pendirian terkini saya berbeza berbanding dulu.

“Ini negara demokrasi, kita kena biarkan ‘iklim’ ini terus bergerak dengan subur, selain saya sentiasa menghargai pandangan semua pihak,” katanya.

Sumber : Berita Harian

 

 

 

 

 

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Terkini

Susu formula, makanan bayi ikut piawaian makanan tempatan dan dunia – Nestle Malaysia

Produk susu formula dan makanan bayi Nestle Malaysia mematuhi piawaian antarabangsa dan peraturan makanan tempatan.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Produk susu formula dan makanan bayi Nestle Malaysia mematuhi piawaian antarabangsa dan peraturan makanan tempatan.
  • Nestle Malaysia berkata ia termasuk keperluan pelabelan khusus dalam produk mereka yang mengikut had ambang untuk karbohidrat dan gula tambahan.
  • Katanya, susu formula bayi Nestle dan Wyeth menggunakan laktosa sebagai sumber tunggal karbohidrat. 
  • “Begitu juga bijirin bayi Nestle mematuhi kedua-dua piawaian antarabangsa dan peraturan makanan Malaysia.
  • “Di mana sahaja produk kami dijual, profil pemakanannya mematuhi semua peraturan tempatan yang terpakai,” kata Nestle Malaysia dalam kenyataan yang dipetik New Straits Times semalam.
  • Kenyataan itu mengulas mengenai kajian Public Eye dan International Baby Food Action Network (IBFAN) yang mendapati tahap gula tambahan yang tinggi dalam produk Nestle menyasarkan bayi di Asia, Afrika dan Amerika Latin.

KUALA LUMPUR – Produk susu formula dan makanan bayi Nestle Malaysia mematuhi piawaian antarabangsa dan peraturan makanan tempatan.

Nestle Malaysia berkata ia termasuk keperluan pelabelan khusus dalam produk mereka yang mengikut had ambang untuk karbohidrat dan gula tambahan.

Katanya, susu formula bayi Nestle dan Wyeth menggunakan laktosa sebagai sumber tunggal karbohidrat. 

“Laktosa juga sumber utama karbohidrat dalam susu tumbesaran Nestle dan Wyeth.

“Begitu juga bijirin bayi Nestle mematuhi kedua-dua piawaian antarabangsa dan peraturan makanan Malaysia.

“Di mana sahaja produk kami dijual, profil pemakanannya mematuhi semua peraturan tempatan yang terpakai,” kata Nestle Malaysia dalam kenyataan yang dipetik New Straits Times semalam.

Nestle Malaysia bagaimanapun berkata sedikit variasi dalam resipi merentas negara akan bergantung kepada beberapa faktor, termasuk memenuhi keperluan peraturan tempatan dan ketersediaan bahan tempatan.

Kajian Public Eye dan International Baby Food Action Network (IBFAN) sebelum ini mendapati tahap gula tambahan yang tinggi dalam produk Nestle menyasarkan bayi di Asia, Afrika dan Amerika Latin.

Kajian dikongsikan Al Jazeera Plus (AJ+) dalam Instagram semalam mendapati bijirin berasaskan gandum, Cerelac untuk bayi berusia enam bulan mempunyai 6 gram (g) gula tambahan di Thailand, 5.2g gula tambahan di Ethiopia dan 4g gula tambahan di Afrika Selatan.

Sedangkan produk sama yang dijual di United Kingdom (UK) dan Jerman tidak mengandungi sebarang gula tambahan. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending