Connect with us

Terkini

Hapuskan SOSMA, bicara tahanan di bawah Kanun Keseksaan – P Ramasamy

Timbalan Ketua Menteri II, P Ramasamy menggesa kerajaan menghapuskan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA)..

Wartawan TMT

Published

on

Hapuskan SOSMA, bicara tahanan di bawah Kanun Keseksaan - P Ramasamy
Foto: Timbalan Ketua Menteri II, P Ramasamy
  • Timbalan Ketua Menteri II, P Ramasamy gesa kerajaan menghapuskan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) sekiranya tidak mampu untuk memfailkan kesemua kes di bawah akta tersebut di mahkamah.
  • “Jika kerajaan tidak mahu tuduh tahanan SOSMA ini di mahkamah, lepaskan mereka. Saya tidak kata semua yang ditahan di bawah SOSMA tidak bersalah, tetapi kenapa ditahan di bawah SOSMA? Kenapa tidak dituduh di bawah Kanun Keseksaan sahaja?
  • “Selain itu, saya lihat SOSMA ini sebagai akta yang tidak berperikemanusiaan. Oleh itu, saya gesa agar Kerajaan Perpaduan di bawah Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memansuhkan SOSMA di negara ini,” katanya.

GEORGETOWN – Timbalan Ketua Menteri II, P Ramasamy menggesa kerajaan menghapuskan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) sekiranya tidak mampu untuk memfailkan kesemua kes di bawah akta tersebut di mahkamah.

Beliau berkata, akta tersebut dilihat bersifat kejam kerana tahanan tidak boleh diadili mengikut proses undang-undang selain tahanan tidak boleh diikat jamin.

Menurutnya, SOSMA juga boleh disalah guna bagi tujuan politik walaupun akta berkenaan menyarankan bahawa tiada individu boleh ditangkap dan ditahan di bawah seksyen itu semata-mata atas kepercayaan politik atau aktiviti politiknya.

“Jika kerajaan tidak mahu tuduh tahanan SOSMA ini di mahkamah, lepaskan mereka. Saya tidak kata semua yang ditahan di bawah SOSMA tidak bersalah, tetapi kenapa ditahan di bawah SOSMA? Kenapa tidak dituduh di bawah Kanun Keseksaan sahaja?

“Selain itu, saya lihat SOSMA ini sebagai akta yang tidak berperikemanusiaan. Oleh itu, saya gesa agar Kerajaan Perpaduan di bawah Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memansuhkan SOSMA di negara ini,” katanya pada sidang akhbar di Komtar di sini pada Jumaat.

Ramasamy turut menggesa Anwar supaya melepaskan kira-kira 100 tahanan di bawah SOSMA di seluruh negara dan menuduh mereka di bawah kanun keseksaan segera.

“Selain itu, di bawah akta ini juga, pihak berkuasa boleh menahan sesiapa sahaja tanpa waran yang mana, ia dibuat hanya dengan mempercayai atau mengesyaki bahawa individu tersebut terlibat dalam kesalahan keselamatan.

“Oleh demikian, saya mendesak Kerajaan Perpaduan agar menghapuskan SOSMA sama seperti kerajaan dahulu yang menghapuskan Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 (ISA),” katanya.

Beliau menambah, tahanan SOSMA telah melalui pelbagai masalah kesihatan, isu kebersihan dan impak negatif psikologi semasa berada dalam penjara.

“Kebanyakkan tahanan SOSMA ini berusia 40 tahun ke bawah dan mereka ini daripada keluarga berpendapatan rendah selain merupakan ketua keluarga yang menyara ahli keluarga yang lain,” katanya.

Ramasamy sebelum itu bertemu dengan ahli keluarga kepada 33 individu dari Kedah yang ditahan di bawah SOSMA sejak 2020.

Kata beliau, kesemua ahli keluarga tersebut bertemu dengannya adalah untuk meminta bantuan supaya tahanan yang ditahan diadili secara perundangan.

“Mereka ini mempunyai ahli keluarga yang ditahan atas pertuduhan yang berbeza di bawah SOSMA, tahanan sekarang berada di Alor Setar, Kedah. Seramai 14 daripada mereka mempunyai masalah kesihatan dan ada yang menghidap penyakit kronik.

“Mereka merayu agar kes difailkan supaya dapat membantu tahanan-tahanan tersebut secara perundangan selain membolehkan tahanan dibicarakan secara sah di mahkamah,” katanya.

Sumber: Sinar Harian

 

 

 

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Terkini

ADUN DAP bidas gesaan PERKASA supaya boikot PETRONAS

Gesaan PERKASA supaya PETRONAS diboikot susulan langkah gergasi minyak dan gas itu melantik syarikat bukan bumiputera, Solarvest Energy Sdn Bhd untuk kontrak pemasangan panel solar dikritik Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Astaka dari DAP.

Hidayah Sani

Published

on

Foto: Presiden PERKASA, Syed Hassan Syed Ali (kiri) & Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Astaka dari DAP, Jason Ng Thien Yeong (kanan).
  • Gesaan PERKASA supaya PETRONAS diboikot berikutan melantik syarikat bukan bumiputera,  Solarvest Energy Sdn Bhd untuk kontrak pemasangan panel solar dikritik Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Astaka dari DAP.
  • Jason Ng Thien Yeong berkata ugutan bahawa PETRONAS perlu memberi 50 peratus daripada projek pemasangan sistem tenaga solar kepada syarikat Melayu dan bumiputera atau berdepan boikot selama seminggu itu adalah berasaskan sentimen kaum, bukan berasaskan kemampuan sesebuah syarikat.
  • “Jika cadangan keterlaluan dan regresif PERKASA itu diterima, maka syarikat dan pelabur asing akan hilang keyakinan terhadap pasaran Malaysia.
  • “Ugutan Perkasa untuk memboikot Petronas selama seminggu adalah cubaan untuk mencari populariti dan mengaut ‘political mileage’ mengikut trend “boikot” yang semakin serius di negara kita. 
  • “Mujurlah cadangan ini telah ditolak oleh Petronas dan kebanyakan rakyat Malaysia yang lain,” katanya  menerusi hantaran di Facebook di sini hari ini.
  • Sebuah portal media sebelum ini, melaporkan Presiden PERKASA, Syed Hassan Syed Ali kesal dengan keputusan PETRONAS yang didakwa tidak mengutamakan kontraktor bumiputera dalam pemberian kontrak pemasangan panel solar di 300 stesen minyaknya.
  • Katanya, demi mengenang nasib kontraktor bumiputera beliau berharap pengguna minyak PETRONAS berkorban selama seminggu untuk ‘menjauhi’ stesen minyak berkenaan dan berharap PETRONAS dapat mengubah kontrak dinyatakan sebelum ini.

KUALA LUMPUR — Gesaan PERKASA supaya PETRONAS diboikot susulan langkah gergasi minyak dan gas itu melantik syarikat bukan bumiputera, Solarvest Energy Sdn Bhd untuk kontrak pemasangan panel solar dikritik Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Astaka dari DAP.

Jason Ng Thien Yeong berkata ugutan bahawa PETRONAS perlu memberi 50 peratus daripada projek pemasangan sistem tenaga solar kepada syarikat Melayu dan bumiputera atau berdepan boikot selama seminggu itu adalah berasaskan sentimen kaum, bukan berasaskan kemampuan sesebuah syarikat.

“Jika cadangan keterlaluan dan regresif PERKASA itu diterima, maka syarikat dan pelabur asing akan hilang keyakinan terhadap pasaran Malaysia.

“Ugutan Perkasa untuk memboikot Petronas selama seminggu adalah cubaan untuk mencari populariti dan mengaut ‘political mileage’ mengikut trend “boikot” yang semakin serius di negara kita. 

“Mujurlah cadangan ini telah ditolak oleh Petronas dan kebanyakan rakyat Malaysia yang lain,” katanya  menerusi hantaran di Facebook di sini hari ini.

Ng Thien Yeong berkata beliau menghargai tindakan PETRONAS yang mengeluarkan kenyataan tegas dengan menyatakan pemberian kontrak itu berdasarkan merit dan tidak akur dengan ugutan PERKASA.

Beliau mendakwa majoriti rakyat Malaysia turut menolak cadangan itu yang sekali gus membuktikan amalan perkauman ekstrim masih ditolak di negara ini.

“Saya menggesa kerajaan mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak yang menghasut hubungan kaum bagi mengelakkan masyarakat majmuk Malaysia yang asalnya harmoni dan aman dimusnahkan oleh golongan ekstrem ini,” katanya.

Sebelum ini, sebuah portal media melaporkan Presiden PERKASA, Syed Hassan Syed Ali kesal dengan keputusan PETRONAS yang didakwa tidak mengutamakan kontraktor bumiputera dalam pemberian kontrak pemasangan panel solar di 300 stesen minyaknya.

Menurut Syed Hassan, orang Melayu dikatakan majoriti pengisi minyak PETRONAS sehubungan itu beliau menggesa kumpulan itu supaya mengkaji semula kontrak berkenaan.

Katanya, demi mengenang nasib kontraktor bumiputera beliau berharap pengguna minyak PETRONAS berkorban selama seminggu untuk ‘menjauhi’ stesen minyak berkenaan dan berharap PETRONAS dapat mengubah kontrak dinyatakan sebelum ini.

Mengulas lanjut, Ng Thien Yeong berkata Solarvest yang diberi kontrak pemasangan sistem solar PETRONAS itu adalah syarikat awam tersenarai mempunyai kepakaran dalam pembangunan tenaga baharu. 

“Kepakaran mereka bukan sahaja membolehkan mereka mendapat kontrak daripada Petronas, tetapi juga mempunyai projek-projek penjanaan tenaga solar yang lain termasuk dengan Tenaga Nasional Berhad,” katanya. — The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending