Connect with us

Terkini

SOSMA perlu ditambah baik bukan dihapus – Bekas KPN

Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas 2012 (SOSMA) tidak wajar dihapuskan kerana masih diperlu bagi menjaga keselamatan negara daripada keganasan oleh penjenayah berkumpulan atau individu.

Wartawan TMT

Published

on

SOSMA perlu ditambah baik bukan dihapus - Bekas KPN
Foto: Tan Sri Musa Hassan.
  • Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas 2012 (SOSMA) tidak wajar dihapuskan kerana masih diperlu untuk jaga keselamatan negara daripada keganasan daripada penjenayah berkumpulan atau individu.
  • Kerajaan perlu menambah baik dan mengkaji semula peruntukan dalam SOSMA.
  • “SOSMA masih diperlukan untuk menjaga keselamatan negara daripada jenayah keganasan yang digerakkan secara berkumpulan dan individu.” – Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan.

BANGI, 3 Jamadilakhir 1444H, Selasa – Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas 2012 (SOSMA) tidak wajar dihapuskan kerana masih diperlu bagi menjaga keselamatan negara daripada keganasan oleh penjenayah berkumpulan atau individu.

Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan yang mengetuai Polis Diraja Malaysia (PDRM) pada 2006 hingga 2010 berkata, kerajaan perlu menambah baik dan mengkaji semula peruntukan dalam SOSMA.

“SOSMA masih diperlukan untuk menjaga keselamatan negara daripada jenayah keganasan yang digerakkan secara berkumpulan dan individu.

“Saya menganggap SOSMA patut dikekalkan, kaji semula untuk memperbaiki perlu kalau nak, bukan kaji semula untuk dihapuskan.

“Sebab kalau hapuskan kita tidak akan ada undang-undang menjaga keselamatan negara,” katanya seperti dipetik media tempatan, hari ini.

Mengulas lanjut beliau menjelaskan, kerajaan Amerika Syarikat (AS) juga turut memiliki undang-undang menyerupai SOSMA bagi membolehkan pihak berkuasa menjaga keselamatan negara.

“AS pun ada undang-undang seumpama SOSMA, polis negara berkenaan boleh tahan sesiapa di mana-mana negara jadi kenapa kita tidak boleh guna SOSMA untuk jaga negara sendiri?,” katanya.

Mengulas lanjut Musa berkata, kuasa polis untuk menahan tertuduh selama 28 hari merupakan peruntukan dalam SOSMA yang wajar dikekalkan kerana tempoh berkenaan akan digunakan oleh pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan.

“Selalunya penjenayah keganasan ada ketua, ada orang-orang bawah, jadi untuk melumpuhkan kumpulan tersebut, polis perlu masa yang panjang untuk menyiasat.

“Itu sebab dalam SOSMA, pihak polis boleh menahan tertuduh 28 hari untuk siasatan dijalankan.

“Selepas itu polis boleh tuduh di mahkamah, kerana ada yang kata sudah ada prosedur jenayah di mana polis boleh menahan individu selama 14 hari. Tempoh ini tidak cukup untuk polis siasat,” jelasnya.

Beliau pada masa sama menjelaskan, undang-undang seperti SOSMA tidak sama dengan Akta keselamatan Dalam Negeri (ISA) kerana kuasa polis untuk menahan suspek adalah selama 60 hari.

“Kemudiannya 30 hari lagi menunggu keputusan Menteri (Dalam Negeri), selepas itu ditahan di pusat tahanan tanpa dibicara di mahkamah.

“Tetapi berbeza dengan SOSMA, (Individu yang ditahan mengikut akta) SOSMA perlu dituduh di mahkamah, kalau tidak dia kena bebaskan,” katanya.

Pada 23 Disember lalu, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, bersetuju untuk mengkaji dan mengadakan perbincangan mengenai peruntukan dalam SOSMA.

Sumber: Ismaweb

 

 

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Terkini

Kenyataan ekonomi terjejas akibat gerakan boikot tidak tepat — Pengerusi BDS Malaysia

Pengerusi Boycott Divestment Sanctions (BDS) Malaysia menyifatkan dakwaan mengatakan ekonomi akan terjejas berikutan gerakan boikot dijalankan ketika ini adalah tidak tepat.

Hidayah Sani

Published

on

Foto: Pengerusi Boycott Divestment Sanctions (BDS) Malaysia, Profesor Dr Mohd Nazari Ismail.
  • Pengerusi BDS Malaysia, Profesor Dr Mohd Nazari Ismail berkata kenyataan itu tidak tepat kerana mereka yang tidak membeli minuman dan makanan di kedai diboikot akan membuat perbelanjaan di kedai lain serta peluang pekerjaan juga akan bertambah di syarikat lain yang tidak terbabit secara langsung dengan Israel, atau ia mengutuk kezaliman Israel secara terbuka.
  • Mohd Nazari tidak menafikan dalam jangka pendek pekerja di syarikat diboikot akan terjejas susulan gerakan itu, namun ia hanya masalah bersifat sementara kerana dalam jangka panjang kelompok berkenaan boleh bekerja di syarikat pilihan baru pengguna yang akan berkembang.
  • Katanya, terdapat banyak restoran tempatan dimaklumkan kepada beliau sedang berkembang dan menjadi lebih maju, susulan boikot ke atas syarikat francais asing seperti McDonald’s dan Starbucks.
  • “Jika pengurusan syarikat terbabit ingin pastikan perniagaan mereka tidak diboikot dan nasib pekerja mereka tidak terjejas, senang sahaja… jangan ada apa-apa kaitan langsung dengan Israel,” katanya kepada The Merdeka Times di sini hari ini.
  • Beliau berkata demikian ketika mengulas ciapan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming di platform X pada Khamis yang menyatakan pekerja tempatan sedang menanggung sengsara akibat boikot dimainkan pihak tidak bertanggungjawab.

KUALA LUMPUR — Pengerusi Boycott Divestment Sanctions (BDS) Malaysia menyifatkan dakwaan mengatakan ekonomi akan terjejas berikutan gerakan boikot dijalankan ketika ini adalah tidak tepat.

Pengerusinya, Profesor Dr Mohd Nazari Ismail berkata ia tidak tepat kerana mereka yang tidak membeli minuman dan makanan di kedai diboikot akan membuat perbelanjaan di kedai lain.

Selain itu, peluang pekerjaan juga akan bertambah di syarikat lain yang tidak terbabit secara langsung dengan Israel, atau ia mengutuk kezaliman Israel secara terbuka.

“Bukan susah untuk kutuk kezaliman Israel. Saya pun hairan kenapa ada syarikat yang masih enggan lakukan benda yang baik ini.

“Jika mereka kutuk kezaliman Israel secara jelas dan terbuka, saya yakin pengguna akan pergi balik ke kedai mereka,” katanya kepada The Merdeka Times di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika mengulas ciapan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming di platform X pada Khamis yang menyatakan pekerja tempatan sedang menanggung sengsara akibat boikot dimainkan pihak tidak bertanggungjawab.

Kor Ming yang juga Naib Pengerusi DAP turut memuat naik tangkap layar artikel berita Cina bertajuk, ‘Gelombang boikot menyebabkan pekerja KFC dipotong gaji, pendapatan bulanan pasangan RM600 untuk menyara 3 anak’.

Foto: Tangkap layar ciapan Nga Kor Ming.

Mengulas lanjut, Mohd Nazari tidak menafikan dalam jangka pendek pekerja di syarikat diboikot akan terjejas susulan gerakan itu, namun ia hanya masalah bersifat sementara kerana dalam jangka panjang kelompok berkenaan boleh bekerja di syarikat pilihan baru pengguna yang akan berkembang.

Malah, katanya terdapat banyak restoran tempatan dimaklumkan kepada beliau sedang berkembang dan menjadi lebih maju, susulan boikot ke atas syarikat francais asing seperti McDonald’s dan Starbucks.

“Jika pengurusan syarikat terbabit ingin pastikan perniagaan mereka tidak diboikot dan nasib pekerja mereka tidak terjejas, senang sahaja… jangan ada apa-apa kaitan langsung dengan Israel. 

“Keluar dari Israel. Atau keluarkan kenyataan mengutuk kezaliman Israel di Gaza,” kata pengerusi BDS Malaysia. — The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending