Connect with us

Terkini

KPN: Malaysia bukan negara pengeksport, pengeluar dadah

Polis Diraja Malaysia (PDRM) menafikan Malaysia merupakan negara pengeksport dan pengeluar dadah berikutan jumlah makmal pemprosesan yang berjaya dibongkar setakat ini adalah kecil.

Wartawan TMT

Published

on

KPN: Malaysia bukan negara pengeksport, pengeluar dadah
Foto: Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain.
  • Beliau bagaimanapun berkata pihaknya tidak menolak bahawa negara ini menjadi hab transit pengedaran dadah dengan bekalan dipercayai diperolehi daripada kawasan segi tiga emas iaitu sempadan Thailand, Laos dan Myanmar sebelum diedarkan ke negara seperti Australia dan New Zealand.
  • ‘…itu saya mengaku, pasal itu memang berlaku tetapi kita sebagai pengeksport dan seolah-olah kita ini pengeluar dadah, tidak sama sekali, itu bukan kita,” katanya.

JOHOR BAHRU –  Polis Diraja Malaysia (PDRM) menafikan Malaysia merupakan negara pengeksport dan pengeluar dadah berikutan jumlah makmal pemprosesan yang berjaya dibongkar setakat ini adalah kecil.

Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain berkata tidak sampai 20 makmal dadah berjaya dibongkar tahun lalu yang hanya memproses dadah untuk skala kecil.

“Tahun lepas, tangkapan (bongkar) makmal tidak sampai 20 dan makmal kita ialah makmal kecil, yang mana bahan boleh dapat dari kilang iaitu bahan yang terhad dan terlarang atau berdaftar, baharu boleh beli, ini yang diambil untuk membuat dadah.

“Jadi kalau kita cakap seolah-olah kita negara pembuat dadah, saya tidak setuju pasal makmal yang kita tangkap (bongkar) ini pun, kadang-kadang dalam masa enam bulan kita berjaya tangkap dan jumlah (dadah) yang dibuat memang kita tahu sangat sedikit dan untuk kegunaan tempatan sahaja,” katanya pada sidang media selepas Majlis Penerimaan Rasmi Police Strike Craft Rigid Hull Assault Boat (RHAB) Pasukan Polis Marin (PPM) di sini hari ini.

Turut hadir Ketua Polis Johor CP M Kumar dan Komander PPM SAC Norzaid Mohamad Said.

Razarudin berkata demikian ketika diminta mengulas sama ada Malaysia merupakan negara pengeksport dadah.

Beliau bagaimanapun berkata pihaknya tidak menolak bahawa negara ini menjadi hab transit pengedaran dadah dengan bekalan dipercayai diperolehi daripada kawasan segi tiga emas iaitu sempadan Thailand, Laos dan Myanmar sebelum diedarkan ke negara seperti Australia dan New Zealand.

“Saya tidak tolak bahawa negara kita dijadikan sebagai hab (transit) dan ia datang daripada segi tiga emas dan barang ini sampai ke sempadan Thailand, masuk daripada selatan Kedah, Perlis sampai ke Kuala Lumpur, Johor atau Selangor dan ada juga pengedar yang edar dadah ini ke Australia, New Zealand.

‘…itu saya mengaku, pasal itu memang berlaku tetapi kita sebagai pengeksport dan seolah-olah kita ini pengeluar dadah, tidak sama sekali, itu bukan kita,” katanya.

Beliau berkata pihaknya tidak akan berkompromi dan akan mengambil tindakan terhadap kartel dadah atau anggotanya serta mana-mana penjawat awam yang terlibat dengan pengedaran bahan terlarang itu.

Menjawab soalan pemberita, Razarudin berkata dadah jenis fentanyl belum memasuki pasaran negara dan menegaskan bahawa pihaknya giat membanteras aktiviti pengedaran bagi mencegah negara ini daripada menjadi lambakan sebarang jenis dadah. – The Merdeka Times

Author

Terkini

Syarikat arak sumbang derma, Dong Jiao Zong mahu kerajaan berfikiran terbuka

Gabungan Persekutuan Pertubuhan Lembaga Sekolah-Sekolah Cina Malaysia (Dong Jiao Zong) meminta kerajaan berfikiran terbuka dalam menerima sumbangan sebarang syarikat, termasuk syarikat minuman keras untuk membantu perkembangan pendidikan.

Hidayah Sani

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • “Selagi syarikat terlibat menjalankan perniagaan sah dan (derma) tanpa sebarang syarat sampingan, masyarakat sepatutnya menyambut baik sumbangan sosial syarikat, membantu perkembangan sekolah vernakular.
  • “Kerajaan juga seharusnya bersikap terbuka serta menggalakkan syarikat untuk berbakti kepada masyarakat,” kata Dong Jiao Zong menerusi kenyataan berbahasa Mandarin disiarkan di laman webnya pada Isnin.
  • Difahamkan, Dong Jiao Zong berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Ketua Pemuda PAS Selangor, Mohamed Sukri Omar yang sebelum ini mengkritik konsert amal dianjurkan di SJK (C) Tche Min di Sungai Pelek, Sepang kerana dicemari dengan penajaan syarikat gergasi minuman keras yang didakwa beliau secara terang-terangan sedang menormalisasi arak di sekolah. 
  • KPM juga mengambil perhatian serius isu berkenaan penganjuran program amal itu dan mengatakan siasatan lanjut sedang dijalankan pihaknya.
  • “Kami berpendapat Kementerian Pendidikan perlu memberikan penjelasan yang jelas mengenai perkara ini bagi mengelakkan halangan kepada pengumpulan dana sekolah rendah Cina,” kata Dong Jiao Zong.

KUALA LUMPUR — Gabungan Persekutuan Pertubuhan Lembaga Sekolah-Sekolah Cina Malaysia (Dong Jiao Zong) meminta kerajaan berfikiran terbuka dalam menerima sumbangan sebarang syarikat, termasuk syarikat minuman keras untuk membantu perkembangan pendidikan.

Dong Jiao Zong berkata selagi syarikat terbabit menjalankan perniagaan sah dan menyalurkan sumbangan atau derma tanpa sebarang syarat sampingan, masyarakat sepatutnya menyambut baik sumbangan sosial syarikat itu dan membantu perkembangan sekolah vernakular.

“Sokongan masyarakat terhadap perkembangan pendidikan dan syarikat memainkan tanggungjawab sosial mereka akan menjadikan pengumpulan sumber lebih efektif. 

“Selagi syarikat terlibat menjalankan perniagaan sah dan (derma) tanpa sebarang syarat sampingan, masyarakat sepatutnya menyambut baik sumbangan sosial syarikat, membantu perkembangan sekolah vernakular.

“Kerajaan juga seharusnya bersikap terbuka serta menggalakkan syarikat untuk berbakti kepada masyarakat,” kata Dong Jiao Zong menerusi kenyataan berbahasa Mandarin disiarkan di laman webnya pada Isnin.

Difahamkan, Dong Jiao Zong berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Ketua Pemuda PAS Selangor, Mohamed Sukri Omar yang sebelum ini mengkritik konsert amal dianjurkan di SJK (C) Tche Min di Sungai Pelek, Sepang kerana dicemari dengan penajaan syarikat gergasi minuman keras yang didakwa beliau secara terang-terangan sedang menormalisasi arak di sekolah.

Foto: Tangkap layar hantaran Ketua Pemuda PAS Selangor di Facebooknya.

Isu itu juga mendapat perhatian Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) yang menjelaskan sumbangan melibatkan hasil aktiviti perjudian, rokok, dadah, minuman keras dan seumpamanya yang boleh menjejaskan perkembangan potensi murid dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani adalah dilarang.

KPM berkata larangan itu adalah berdasarkan Surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan 3 Tahun 2018, justeru pentadbir di institusi pendidikan KPM diingatkan supaya mematuhi garis panduan sedia ada berkaitan penganjuran program dan penerimaan sumbangan.

KPM juga mengambil perhatian serius isu berkenaan penganjuran program amal itu dan mengatakan siasatan lanjut sedang dijalankan pihaknya.

Mengulas kenyataan KPM, Dong Jiao Zong mengingatkan pihak berkuasa untuk mengekalkan penilaian profesional dan rasional serta tidak terpengaruh dengan bahasa politik. 

“Kami berpendapat Kementerian Pendidikan perlu memberikan penjelasan yang jelas mengenai perkara ini bagi mengelakkan halangan kepada pengumpulan dana sekolah rendah Cina.

“Perlu diketahui, sekolah Cina telah lama menghadapi masalah seperti bangunan yang uzur, kekurangan infrastruktur dan dana yang tidak mencukupi. 

“Selama 30 tahun lalu, syarikat alkohol TIGER bersama-sama individu prihatin telah aktif mengumpul dana untuk sekolah Cina, dengan berjaya mengumpul ratusan juta ringgit untuk beratus-ratus sekolah Cina di seluruh negara. 

“Sumbangan ini yang menguntungkan ramai pelajar sepatutnya dipuji, namun kini telah diputarbelitkan dengan tujuan mencetuskan konflik perkauman, merosakkan keharmonian masyarakat,” kata kumpulan pendidikan Cina itu. — The Merdeka Times

Sokong TMT media berani, benar & bebas di https://support.themerdekatimes.com/

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending