Connect with us

Terkini

Keselamatan negara terancam jika tahanan Sosma dibebaskan – penganalisis keselamatan

Pembebasan tahanan Sosma secara serta merta boleh mendatangkan bahaya dan mengancam keselamatan serta kedaulatan negara, kata penganalisis keselamatan.

Wartawan TMT

Published

on

Keselamatan negara terancam jika tahanan Sosma dibebaskan - penganalisis keselamatan
Foto: Mizan Mohammad Aslam.
  • Pembebasan tahanan Sosma serta merta boleh mendatangkan bahaya dan mengancam keselamatan dan kedaulatan negara, kata penganalisis keselamatan, Mizan Mohammad Aslam.
  • Menurutnya, cadangan Ahli Parlimen Jelutong RSN Rayer supaya tahanan Sosma dibebaskan serta-merta sementara menunggu sesi libat urus berhubung penambahbaikan akta itu selesai,cadangan wakil rakyat DAP itu tidak mencerminkan patriotisme.
  • “Rayer tidak melihat kepentingan negara mengatasi kepentingan peribadi. Tahanan Sosma terbabit dengan pelbagai kesalahan serius termasuk pengintipan, pengkhianatan, jenayah terancang, keganasan dan segala bentuk perbuatan subversif yang boleh mendatangkan bahaya dan mengancam keselamatan serta kedaulatan negara,”- Pakar kajian hubungan antarabangsa, keselamatan dan undang-undang UPNM,  Mizan Mohammad Aslam.

PETALING JAYA: Pembebasan tahanan Sosma secara serta merta boleh mendatangkan bahaya dan mengancam keselamatan serta kedaulatan negara, kata penganalisis keselamatan.

Pakar kajian hubungan antarabangsa, keselamatan dan undang-undang di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia Mizan Mohammad Aslam berkata, tahanan Sosma terbabit dengan pelbagai kesalahan serius seperti pengintipan, jenayah terancang dan keganasan.

Katanya, penggunaan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Sosma) penting untuk negara kerana ia bertujuan mengekang jenayah berbahaya.

Mengulas mengenai cadangan Ahli Parlimen Jelutong RSN Rayer supaya tahanan Sosma dibebaskan serta-merta sementara menunggu sesi libat urus berhubung penambahbaikan akta itu selesai, Mizan berkata, cadangan wakil rakyat DAP itu tidak mencerminkan patriotisme.

Rayer tidak melihat kepentingan negara mengatasi kepentingan peribadi. Tahanan Sosma terbabit dengan pelbagai kesalahan serius termasuk pengintipan, pengkhianatan, jenayah terancang, keganasan dan segala bentuk perbuatan subversif yang boleh mendatangkan bahaya dan mengancam keselamatan serta kedaulatan negara,” katanya kepada FMT.

Mizan berkata, cadangan Rayer supaya tahanan Sosma dibebaskan akan meletakkan negara dalam keadaan berisiko walaupun negara mempunyai undang-undang lain.

“Rayer harus faham bahawa kesalahan bawah Sosma adalah serius dan cukup bahaya. Kita belajar daripada apa yang berlaku selepas Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dibatalkan.

“Selepas ISA dibatalkan, negara mengalami peningkatan kes jenayah, keselamatan negara terancam dan lain-lain lagi sehingga memaksa kerajaan, dalam kadar yang segera, melaksanakan undang-undang alternatif dengan memperkenalkan Sosma pada 2012,” katanya.

Tambahnya, mana-mana pihak tidak perlu bimbang berlakunya penyalahgunaan kuasa oleh polis bawah Sosma kerana ia boleh ditangani melalui Akta Suruhanjaya Bebas Tatakelakuan Polis (IPCC) yang akan dilaksanakan tidak lama lagi.

“IPCC akan memantau dan mengambil tindakan ke atas mana-mana anggota polis yang menyalahgunakan kuasa dalam melaksanakan tanggungjawab yang termaktub dalam perlembagaan.

“Malah Menteri Dalam Negeri Saifuddin Nasution Ismail sendiri bersetuju bahawa IPCC akan dilaksanakan mulai Jun 2023. Penubuhan IPCC juga adalah hasil perjuangan pelbagai pihak, termasuk Rayer sendiri,” katanya.

Tambahnya, jika kerajaan bersetuju membebaskan juga tahanan Sosma, ia tidak boleh dilakukan secara automatik dan perlu diteliti berdasarkan kes dan darjah penglibatan mereka dalam sesuatu jenayah.

“Sementara menunggu sesi libat urus tersebut selesai, penubuhan satu jawatankuasa untuk meneliti setiap kes mungkin boleh dipertimbangkan,” katanya.

Semalam, Rayer menggesa agar Sosma tidak digunakan lagi dan tahanan dibebaskan serta-merta sehingga sesi libat urus antara kerajaan dan pihak berkepentingan diadakan.

Desakan Rayer itu menyusuli kenyataan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) Ramkarpal Singh pada 23 Dis yang memaklumkan Saifuddin bersetuju untuk mengkaji dan mengadakan perbincangan mengenai peruntukan Sosma.

Sumber: Free Malaysia Today  

 

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Terkini

Kenyataan ekonomi terjejas akibat gerakan boikot tidak tepat — Pengerusi BDS Malaysia

Pengerusi Boycott Divestment Sanctions (BDS) Malaysia menyifatkan dakwaan mengatakan ekonomi akan terjejas berikutan gerakan boikot dijalankan ketika ini adalah tidak tepat.

Hidayah Sani

Published

on

Foto: Pengerusi Boycott Divestment Sanctions (BDS) Malaysia, Profesor Dr Mohd Nazari Ismail.
  • Pengerusi BDS Malaysia, Profesor Dr Mohd Nazari Ismail berkata kenyataan itu tidak tepat kerana mereka yang tidak membeli minuman dan makanan di kedai diboikot akan membuat perbelanjaan di kedai lain serta peluang pekerjaan juga akan bertambah di syarikat lain yang tidak terbabit secara langsung dengan Israel, atau ia mengutuk kezaliman Israel secara terbuka.
  • Mohd Nazari tidak menafikan dalam jangka pendek pekerja di syarikat diboikot akan terjejas susulan gerakan itu, namun ia hanya masalah bersifat sementara kerana dalam jangka panjang kelompok berkenaan boleh bekerja di syarikat pilihan baru pengguna yang akan berkembang.
  • Katanya, terdapat banyak restoran tempatan dimaklumkan kepada beliau sedang berkembang dan menjadi lebih maju, susulan boikot ke atas syarikat francais asing seperti McDonald’s dan Starbucks.
  • “Jika pengurusan syarikat terbabit ingin pastikan perniagaan mereka tidak diboikot dan nasib pekerja mereka tidak terjejas, senang sahaja… jangan ada apa-apa kaitan langsung dengan Israel,” katanya kepada The Merdeka Times di sini hari ini.
  • Beliau berkata demikian ketika mengulas ciapan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming di platform X pada Khamis yang menyatakan pekerja tempatan sedang menanggung sengsara akibat boikot dimainkan pihak tidak bertanggungjawab.

KUALA LUMPUR — Pengerusi Boycott Divestment Sanctions (BDS) Malaysia menyifatkan dakwaan mengatakan ekonomi akan terjejas berikutan gerakan boikot dijalankan ketika ini adalah tidak tepat.

Pengerusinya, Profesor Dr Mohd Nazari Ismail berkata ia tidak tepat kerana mereka yang tidak membeli minuman dan makanan di kedai diboikot akan membuat perbelanjaan di kedai lain.

Selain itu, peluang pekerjaan juga akan bertambah di syarikat lain yang tidak terbabit secara langsung dengan Israel, atau ia mengutuk kezaliman Israel secara terbuka.

“Bukan susah untuk kutuk kezaliman Israel. Saya pun hairan kenapa ada syarikat yang masih enggan lakukan benda yang baik ini.

“Jika mereka kutuk kezaliman Israel secara jelas dan terbuka, saya yakin pengguna akan pergi balik ke kedai mereka,” katanya kepada The Merdeka Times di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika mengulas ciapan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming di platform X pada Khamis yang menyatakan pekerja tempatan sedang menanggung sengsara akibat boikot dimainkan pihak tidak bertanggungjawab.

Kor Ming yang juga Naib Pengerusi DAP turut memuat naik tangkap layar artikel berita Cina bertajuk, ‘Gelombang boikot menyebabkan pekerja KFC dipotong gaji, pendapatan bulanan pasangan RM600 untuk menyara 3 anak’.

Foto: Tangkap layar ciapan Nga Kor Ming.

Mengulas lanjut, Mohd Nazari tidak menafikan dalam jangka pendek pekerja di syarikat diboikot akan terjejas susulan gerakan itu, namun ia hanya masalah bersifat sementara kerana dalam jangka panjang kelompok berkenaan boleh bekerja di syarikat pilihan baru pengguna yang akan berkembang.

Malah, katanya terdapat banyak restoran tempatan dimaklumkan kepada beliau sedang berkembang dan menjadi lebih maju, susulan boikot ke atas syarikat francais asing seperti McDonald’s dan Starbucks.

“Jika pengurusan syarikat terbabit ingin pastikan perniagaan mereka tidak diboikot dan nasib pekerja mereka tidak terjejas, senang sahaja… jangan ada apa-apa kaitan langsung dengan Israel. 

“Keluar dari Israel. Atau keluarkan kenyataan mengutuk kezaliman Israel di Gaza,” kata pengerusi BDS Malaysia. — The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending