Connect with us

Terkini

Tiada hasrat mansuh SOSMA

Kerajaan tidak berhasrat memansuhkan atau mengkaji semula Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 atau SOSMA, penahanan terhadap individu tanpa bicara dan tanpa ikat jamin yang didakwa melanggar hak asasi manusia.

Wartawan TMT

Published

on

Tiada hasrat mansuh SOSMA
Foto: Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.
  • Kerajaan tidak berhasrat memansuhkan atau mengkaji semula Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 atau SOSMA, penahanan terhadap individu tanpa bicara dan tanpa ikat jamin yang didakwa melanggar hak asasi manusia.
  • Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, berkata undang-undang keselamatan berada di bawah tanggungjawab kementerian termasuk SOSMA masih relevan dan penting memelihara ketenteraman awam dan keselamatan negara.
  • Beliau berkata SOSMA adalah undang-undang berbentuk prosedur digunakan untuk kesalahan-kesalahan keselamatan spesifik dan ada diperincikan dalam Jadual Pertama SOSMA 2012.
  • Polis Diraja Malaysia (PDRM) masih memerlukan undang-undang itu agar tindakan segera boleh diambil bagi mengelakkan sebarang kegentaran awam dan ancaman kepada kedaulatan negara dan kesejahteraan rakyat.

KUALA LUMPUR: Kerajaan tidak berhasrat memansuhkan atau mengkaji semula Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 atau SOSMA, penahanan terhadap individu tanpa bicara dan tanpa ikat jamin yang didakwa melanggar hak asasi manusia.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, berkata undang-undang keselamatan yang berada di bawah tanggungjawab kementerian termasuk SOSMA masih relevan dan penting bagi memelihara ketenteraman awam dan keselamatan negara.

Beliau berkata SOSMA adalah undang-undang berbentuk prosedur yang digunakan untuk kesalahan-kesalahan keselamatan spesifik dan ada diperincikan dalam Jadual Pertama SOSMA 2012.

Katanya, Polis Diraja Malaysia (PDRM) masih memerlukan undang-undang berkenaan agar tindakan segera boleh diambil untuk mengelakkan sebarang kegentaran awam dan ancaman kepada kedaulatan negara dan kesejahteraan rakyat.

“Walaupun begitu, kementerian komited menambah baik undang-undang itu bagi memastikan keamanan dan keselamatan negara sentiasa terpelihara, namun ia harus diimbangi dengan hak masyarakat serta kepentingan dan ketenteraman negara.

“Dalam melaksanakan penambahbaikan terhadap undang-undang itu, pihak kementerian mengadakan perbincangan dan bengkel dalaman untuk melihat cadangan penambahbaikan.

“Pihak berkepentingan termasuklah pertubuhan bukan kerajaan, pakar akademik, komuniti dan sebagainya akan dilibatkan dalam sesi pengumpulan maklum balas terhadap cadangan penambahbaikan berkenaan,” katanya dalam jawapan bertulis kepada soalan P Prabakaran (PH-Batu).

Prabakaran meminta Menteri Dalam Negeri menyatakan apakah kerajaan berhasrat untuk memansuhkan atau mengkaji semula akta SOSMA iaitu penahanan terhadap individu tanpa bicara dan tanpa ikat jamin kerana ia telah melanggar hak asasi manusia.

Menjawab sama ada kerajaan berhasrat mengkaji semula hukuman bagi sesuatu kesalahan sama yang melalui prosiding mahkamah pada waktu sama tetapi hukuman yang dijatuhkan berjalan berasingan, Saifuddin Nasution berkata setakat ini tiada sebarang ketetapan dasar atau arahan yang diterima berhubung perkara berkenaan.

Beliau berkata oleh itu, tiada sebarang kajian atau hasrat untuk mengkaji semula hukuman berkenaan.

“Kajian secara menyeluruh hanya akan dilaksanakan dengan mengambil kira pandangan semua pihak dan perlu diterajui oleh kementerian/agensi yang diberikan mandat dan kuasa berkaitan perkara ini,” katanya.

Sementara itu menjawab soalan bertulis Lim Lip Eng (PH-Kepong) mengenai status penubuhan Suruhanjaya Bebas Aduan Dan Salah Laku Polis (IPCMC), Saifuddin Nasution berkata Akta Suruhanjaya Bebas Tatakelakuan Polis (IPCC) (Akta 839) akan mula berkuat kuasa mulai 1 Julai depan.

Beliau berkata pada masa ini, kementerian sedang menunggu kelulusan perjawatan dan peruntukan daripada agensi pusat bagi penubuhan suruhanjaya berkenaan.

Mengenai status anggota PDRM dilengkapi peralatan kamera badan serta perbelanjaan untuk itu, beliau berkata kerajaan telah meluluskan peruntukan sebanyak RM30 juta untuk perolehan Body Worn Camera (BWC) di bawah Rolling Plan Pertama (RP1) Tahun 2021 Rancangan Malaysia Kedua Belas (RMK-12) bagi kegunaan penugasan harian anggota PDRM.

Katanya, BWC akan digunakan oleh anggota PDRM yang bertugas di lapangan terutama bagi Unit Kereta Peronda Polis (MPV) dan Unit Rondaan Bermotosikal Polis (URB) serta rondaan jalanan polis di 157 buah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) seluruh negara.

“Sejumlah 7,648 unit BWC dirancang untuk diperolehi dengan anggaran harga di antara RM2,000 hingga RM2,500 seunit,” katanya.

Sumber: Berita Harian

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Antarabangsa

Penyanyi pro-zionis, Bruno Mars bakal adakan konsert di Malaysia

Penyanyi terkenal yang juga merupakan pro zionis, Bruno Mars, bakal kembali mengadakan konsert solonya di Kuala Lumpur pada 17 September ini.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Penyanyi terkenal yang juga merupakan pro zionis, Bruno Mars.
  • Penyanyi terkenal yang juga merupakan pro zionis, Bruno Mars, bakal kembali mengadakan konsert solonya di Kuala Lumpur pada 17 September ini.
  • Times Israel sebelum ini melaporkan bintang pop itu menyatakan cintanya kepada Tel Aviv dalam persembahan pertama kalinya di Israel dengan menyanyikan ‘I love you’ dalam bahasa Ibrani.
  • “Tel Aviv, saya mahu berkahwin dengan kamu!”, jerit Bruno Mars dan disahut peminat zionisnya.
  • Dilaporkan, Bruno Mars menerima tekanan hebat agar membatalkan konsertnya di wilayah jajahan haram tersebut.
  • Antara organisasi yang menggesa pembatalan konsert tersebut adalah pergerakan Boycott Divestment and Sanctions (BDS), termasuk kumpulan advokasinya Jewish Voice for Peace (JVP).

KUALA LUMPUR – Penyanyi terkenal yang juga merupakan pro zionis, Bruno Mars, bakal kembali mengadakan konsert solonya di Kuala Lumpur pada 17 September ini.

Berita itu dikongsi penganjur, Live Nation Malaysia, menerusi platform media sosial memaklumkan jualan tiket untuk konsert di Stadium Nasional Bukit Jalil itu akan dibuka pada Jumaat hadapan.

“Bruno Mars akan datang ke Kuala Lumpur September ini.

“Tidak sabar mahu berkongsi pengalaman persembahan lagu 24K Magic secara langsung,” tulis mereka menerusi platform X.

Times Israel sebelum ini melaporkan bintang pop itu menyatakan cintanya kepada Tel Aviv dalam persembahan pertama kalinya di Israel dengan menyanyikan ‘I love you’ dalam bahasa Ibrani.

“Tel Aviv, saya mahu berkahwin dengan kamu!”, jerit Bruno Mars dan disambut peminat zionisnya.

Dilaporkan, Bruno Mars menerima tekanan hebat agar membatalkan konsertnya di wilayah jajahan haram tersebut.

Antara organisasi yang menggesa pembatalan konsert tersebut adalah pergerakan Boycott Divestment and Sanctions (BDS), termasuk kumpulan advokasinya Jewish Voice for Peace (JVP).

Pemilik Bluestone Group’s Live Nation Israel, Guy Beser dan Shay Mor Yosef bagaimanapun berjaya membawa bintang itu ke Israel Oktober lalu.

JVP, sebuah organisasi progresif anti-zionis dalam surat terbukanya menyeru Bruno membatalkan konsertnya di negara aparteid tersebut sehingga rakyat Palestin mempunyai kesaksamaan, kebebasan dan keadilan sepenuhnya di tanah asal mereka.

“Kami amat bimbang dengan pengumuman mengenai persembahan anda yang akan datang di Tel Aviv, Israel di Yarkon Park, yang dibina di atas tanah perkampungan Palestin Al-Shaykh Muwannis yang berdepan pembersihan etnik oleh zionis.

“Kami menggesa anda membatalkan persembahan di Israel yang mengamalkan aparteid, sama seperti yang dilakukan semua artis yang beretika di Afrika Selatan semasa aparteid,” tegas JVP.

Bapa Bruno dikatakan berketurunan Yahudi manakala ibunya dari Filipina dan nenek moyangnya pula berketurunan Yahudi Hungary dan Ukraine. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending