Antarabangsa
Rakyat Palestin saman Setiausaha Negara AS
- Sekumpulan lima rakyat Palestin yang menetap di Amerika Syarikat (AS) memfailkan saman terhadap Setiausaha Negara AS, Anthony Blinken atas dakwaan Washington tidak mematuhi undang-undang yang sepatutnya mengehadkan bantuan ketenteraan Amerika kepada Israel, yang melanggar hak asasi manusia dalam perang Gaza.
- The Middle East Eye melaporkan saman itu difailkan dengan bantuan kumpulan hak asasi manusia ‘Democracy for the Arab World Now’, berfokus kepada Undang-Undang ‘Leahy’, yang menyekat AS daripada menyediakan senjata atau bantuan ketenteraan kepada tentera asing yang melanggar hak asasi manusia.
- Menurut plaintif dan beberapa bekas pegawai Kementerian Luar AS yang menyokong saman ini, aduan tersebut menerangkan bagaimana pentadbiran Presiden AS, Joe Biden mencipta kelompangan yang membenarkan Israel untuk terus melakukan pelanggaran hak asasi manusia tanpa penggantungan bantuan dari Washington.
Sekumpulan lima rakyat Palestin yang menetap di Amerika Syarikat (AS) memfailkan saman terhadap Setiausaha Negara AS, Anthony Blinken atas dakwaan Washington tidak mematuhi undang-undang yang sepatutnya mengehadkan bantuan ketenteraan Amerika kepada Israel, yang melanggar hak asasi manusia dalam perang Gaza.
The Middle East Eye melaporkan saman itu difailkan dengan bantuan kumpulan hak asasi manusia ‘Democracy for the Arab World Now’, berfokus kepada Undang-Undang ‘Leahy’, yang menyekat AS daripada menyediakan senjata atau bantuan ketenteraan kepada tentera asing yang melanggar hak asasi manusia.
Menurut plaintif dan beberapa bekas pegawai Kementerian Luar AS yang menyokong saman ini, aduan tersebut menerangkan bagaimana pentadbiran Presiden AS, Joe Biden mencipta kelompangan yang membenarkan Israel untuk terus melakukan pelanggaran hak asasi manusia tanpa penggantungan bantuan dari Washington.
Salah satu kelompangan adalah, penubuhan ‘Israel Leahy Vetting Forum’ oleh Kementerian Luar Negeri yang menurut saman itu direka bentuk untuk menghalang sebarang penentuan yang cepat dan berkesan bahawa unit-unit Israel telah melakukan pelanggaran hak asasi manusia serius.
“Saya pernah duduk sebagai sebahagian daripada ‘Israel Leahy Vetting Forum’ dan melihat berulang kali kes pelanggaran hak asasi manusia yang besar dibawa ke hadapan dan pegawai kanan enggan bertindak ke atasnya kerana takut akan akibat politik,” kata bekas pegawai Kementerian Luar Negeri, Josh Paul dalam sidang media mengenai saman itu pada Selasa. — The Merdeka Times