Connect with us

Terkini

‘SOSMA boleh dipinda cuma bukan sekarang,’ – Saifuddin Nasution

“Semua undang-undang yang digubal Parlimen bersifat dinamik dan ini termasuk Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 atau SOSMA.”

Wartawan TMT

Published

on

‘SOSMA boleh dipinda cuma bukan sekarang,’ - Saifuddin Nasution
Foto: Saifuddin Nasution
  • “Semua undang-undang yang digubal Parlimen bersifat dinamik dan ini termasuk Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 atau SOSMA.’’
  • Menteri Dalam Negeri beri bayangan awal bahawa akta tersebut juga mungkin boleh sahaja dipinda.
  • “Cuma, kalau ditanya oleh pihak wartawan apakah (SOSMA akan dipinda) sekarang, maka, saya jawab tidaklah ia beri maksud begitu,”- Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.

 

PUTRAJAYA: “Semua undang-undang yang digubal Parlimen bersifat dinamik dan ini termasuk Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 atau SOSMA.”

Demikian jawatan tersirat Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail sambil memberi bayangan awal bahawa akta tersebut juga mungkin boleh sahaja dipinda.

Bagaimanapun dalam nada nada berlapik, beliau yang baru dilantik memegang jawatan itu pada 3 Disember lalu menjelaskan, ia bukanlah bermaksud dikaji balik masa sekarang.

“Cuma, kalau ditanya oleh pihak wartawan apakah (SOSMA akan dipinda) sekarang, maka, saya jawab tidaklah ia beri maksud begitu,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Terdahulu, beliau melakukan lawatan buat julung kali ke Ibu Pejabat Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) dengan turut diiringi oleh Ketua Pengarahnya, Datuk Yahya Sulaiman.

Semalam, Ahli Parlimen Damansara, Gobind Singh Deo meminta Saifuddin agar dapat mempertimbangkan balik pendiriannya mengenai SOSMA yang disifatkan terlalu keras.

Ini termasuk Seksyen 4 akta tersebut yang membenarkan penahanan suspek sehingga 28 hari tanpa bicara di mahkamah kerana mengakibatkan tiada semak dan imbang kuasa.

Ia susulan kenyataan Saifuddin sehari sebelum itu mengakui pihak polis mematuhi segala proses penguatkuasaan SOSMA, malah, digunakan demi menjamin keselamatan rakyat.

Pandangan Setiausaha Agung Pakatan Harapan (PH) itu dikritik penyokong blok tersebut kerana bercanggah dengan pendirian mereka sebelum ini mahu SOSMA dikaji semula.

Undang-undang keras itu mula digubal pada 2012 bagi menggantikan Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 atau ISA yang boleh dihukum mati mandatori jika sabit kesalahan.

Mengulas lanjut, beliau mengakui ada menerima panggilan telefon daripada Gobind dan menegaskan bahawa prinsipnya bahawa semua undang-undang tidak kekal selamanya.

“SOSMA pun begitu dan ia bersifat dinamik yang boleh dipinda pada bila-bila mengikut keperluan kerana setiap akta digubal selama ini bukanlah sempurna langsung,” jelasnya.

Justeru, beliau meminta masyarakat agar tidak salah faham dengan kenyataannya yang pernah mengakui bahawa SOSMA adalah lebih baik berbanding ISA dan Ordinan Darurat.

Sebaliknya, beliau mengulangi kenyataan ketika diwawancara stesen RTM malam tadi mengenai SOSMA yang membolehkan pihak polis membanteras jenayah terancang.

Namun, pada masa sama, Saifuddin menjelaskan bahawa setakat ini secara umum ada juga beberapa peruntukan dalam akta itu yang perlu dinilai semula untuk dibuat pindaan. –UTUSAN

 

Sumber: Utusan 

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Terkini

Susu formula, makanan bayi ikut piawaian makanan tempatan dan dunia – Nestle Malaysia

Produk susu formula dan makanan bayi Nestle Malaysia mematuhi piawaian antarabangsa dan peraturan makanan tempatan.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Produk susu formula dan makanan bayi Nestle Malaysia mematuhi piawaian antarabangsa dan peraturan makanan tempatan.
  • Nestle Malaysia berkata ia termasuk keperluan pelabelan khusus dalam produk mereka yang mengikut had ambang untuk karbohidrat dan gula tambahan.
  • Katanya, susu formula bayi Nestle dan Wyeth menggunakan laktosa sebagai sumber tunggal karbohidrat. 
  • “Begitu juga bijirin bayi Nestle mematuhi kedua-dua piawaian antarabangsa dan peraturan makanan Malaysia.
  • “Di mana sahaja produk kami dijual, profil pemakanannya mematuhi semua peraturan tempatan yang terpakai,” kata Nestle Malaysia dalam kenyataan yang dipetik New Straits Times semalam.
  • Kenyataan itu mengulas mengenai kajian Public Eye dan International Baby Food Action Network (IBFAN) yang mendapati tahap gula tambahan yang tinggi dalam produk Nestle menyasarkan bayi di Asia, Afrika dan Amerika Latin.

KUALA LUMPUR – Produk susu formula dan makanan bayi Nestle Malaysia mematuhi piawaian antarabangsa dan peraturan makanan tempatan.

Nestle Malaysia berkata ia termasuk keperluan pelabelan khusus dalam produk mereka yang mengikut had ambang untuk karbohidrat dan gula tambahan.

Katanya, susu formula bayi Nestle dan Wyeth menggunakan laktosa sebagai sumber tunggal karbohidrat. 

“Laktosa juga sumber utama karbohidrat dalam susu tumbesaran Nestle dan Wyeth.

“Begitu juga bijirin bayi Nestle mematuhi kedua-dua piawaian antarabangsa dan peraturan makanan Malaysia.

“Di mana sahaja produk kami dijual, profil pemakanannya mematuhi semua peraturan tempatan yang terpakai,” kata Nestle Malaysia dalam kenyataan yang dipetik New Straits Times semalam.

Nestle Malaysia bagaimanapun berkata sedikit variasi dalam resipi merentas negara akan bergantung kepada beberapa faktor, termasuk memenuhi keperluan peraturan tempatan dan ketersediaan bahan tempatan.

Kajian Public Eye dan International Baby Food Action Network (IBFAN) sebelum ini mendapati tahap gula tambahan yang tinggi dalam produk Nestle menyasarkan bayi di Asia, Afrika dan Amerika Latin.

Kajian dikongsikan Al Jazeera Plus (AJ+) dalam Instagram semalam mendapati bijirin berasaskan gandum, Cerelac untuk bayi berusia enam bulan mempunyai 6 gram (g) gula tambahan di Thailand, 5.2g gula tambahan di Ethiopia dan 4g gula tambahan di Afrika Selatan.

Sedangkan produk sama yang dijual di United Kingdom (UK) dan Jerman tidak mengandungi sebarang gula tambahan. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending