Video
[VIDEO] “Saya ingin ketuai UMNO dan jadi PM namun bukan sekarang,” – KJ
Calon BN Parlimen Sungai Buloh, Khairy Jamaluddin Abu Bakar menyatakan hasrat untuk memimpin UMNO dan seterusnya menjadi Perdana Menteri satu hari nanti.
- Ketika program ceramah di Taman Saujana Utama, Sungai Buloh malam tadi, calon BN Parlimen Sungai Buloh, Khairy Jamaluddin Abu Bakar menyatakan hasratnya untuk mengetuai UMNO dan seterusnya menjadi Perdana Menteri satu hari nanti.
- Menurutnya, pencalonan di Parlimen Sungai Buloh itu bukan bertujuan ‘membunuh’ dirinya, sebaliknya ia adalah satu cabaran yang sedang dipikulnya.
- “Saya bawa orang Sungai Buloh satu hari nanti kita pimpin negara Malaysia, insya-ALLAH,” demikian kata KJ.
- Bagaimanapun ujarnya, beliau tidak berhasrat untuk menjadi PM dalam tempoh terdekat ini, sebaliknya tetap akan kekal mengangkat Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai PM ke-10.
- “Kalau orang di sini sokong saya, saya boleh maklumkan kepada parti. Saya datang ke kandang naga dengan 26,000 majoriti, saya menang kerusi untuk BN,” katanya.
SHAH ALAM – Calon BN Parlimen Sungai Buloh, Khairy Jamaluddin Abu Bakar menyatakan hasrat untuk memimpin UMNO dan seterusnya menjadi Perdana Menteri satu hari nanti.
Menurut Menteri Kesihatan itu, beliau berdiri sebagai calon BN di Parlimen itu pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) kali ini bukan bertujuan ‘membunuh’ dirinya sendiri, sebaliknya ia adalah satu cabaran yang sedang dipikulnya.
“Saya datang ke Sungai Buloh bukan untuk ‘bunuh’ diri saya sendiri, ini bukan misi ‘kamikaze’. Saya ambil dan garap cabaran ini kerana jika orang Sungai Buloh menangkan saya di kawasan Parlimen P107, Sungai Buloh bukan hadnya.
“Saya bawa orang Sungai Buloh satu hari nanti kita pimpin negara Malaysia, insya-ALLAH.
“Insya-ALLAH dengan takdir ALLAH SWT, dengan semua sokongan daripada rakan-rakan, satu hari nanti saya ingin mengetuai UMNO, saya nak jadi Perdana Menteri anda untuk kita bangunkan negara ini.
“Tidak pernah saya cakap begitu, kalau saya cakap, semua MKT (Majlis Kerja Tertinggi UMNO) nak ‘kerat’ saya, tetapi ini adalah masa untuk saya katakannya,” katanya ketika program ceramah di Taman Saujana Utama, Sungai Buloh pada Selasa.
Bagaimanapun ujarnya, beliau tidak berhasrat untuk menjadi Perdana Menteri dalam tempoh terdekat ini.
Sebaliknya, sekiranya BN memperoleh kemenangan pada PRU15, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob akan kekal diangkat sebagai Perdana Menteri berdasarkan ketetapan parti.
“Tetapi bukan sekaranglah. Sekarang ini kita menang, kakanda saya, Ismail Sabri jadi Perdana Menteri Malaysia. Saya umur 46 tahun, boleh tunggu lagi.
“Tetapi jangan lama sangatlah, saya bersedia tetapi saya kena buktikan di Sungai Buloh ini dahulu.
“Kalau orang di sini sokong saya, saya boleh maklumkan kepada parti. Saya datang ke kandang naga dengan 26,000 majoriti, saya menang kerusi untuk BN.
“Saya mahu mengetuai parti dan negara,” katanya.
Sumber: Berita Harian
Antarabangsa
(VIDEO) Lebih 2,750 cedera, sembilan maut, insiden letupan peranti “pager” Lubnan didalangi Israel
Sekurang-kurangnya sembilan orang maut, termasuk seorang kanak-kanak berusia 10 tahun, dan 2,750 lain cedera dalam insiden letupan serentak peranti “pager” di seluruh Lubnan, dipercayai didalangi Israel.
Sekurang-kurangnya sembilan orang maut, termasuk seorang kanak-kanak berusia 10 tahun, dan 2,750 lain cedera dalam insiden letupan serentak peranti “pager” di seluruh Lubnan, dipercayai didalangi Israel.
Kumpulan pejuang Hezbollah Lubnan dilaporkan mendakwa rejim zionis Israel bertanggungjawab atas insiden letupan serentak ‘pager’ yang turut membunuh anggotanya itu.
“Kami menganggap musuh Israel sepenuhnya bertanggungjawab terhadap pencerobohan jenayah ini,” kata Hezbollah dalam kenyataan pada Selasa dipetik TRT.
Hezbollah memberi amaran Israel akan dikenakan hukuman berat akibat insiden letupan itu yang turut membunuh anggota kumpulannya.
Media melaporkan terdapat ratusan ‘pager’ digunakan orang awam dan kumpulan pejuang itu meletup di sekitar Lubnan, mengorbankan sembilan individu dan sekurang-kurangnya 2,750 lain cedera parah, termasuk Duta Iran di Beirut.
Turut maut dalam letupan itu adalah anak lelaki seorang penggubal undang-undang Hezbollah dan kanak-kanak perempuan berusia 10 tahun yang juga anak anggota kumpulan pejuang itu.
Setakat ini, tiada komen daripada Israel berkaitan insiden letupan itu walaupun ia berlaku sejam selepas pengumumannya meluaskan matlamat peperangan yang melibatkan kumpulan pejuang Hezbollah.
Terdahulu, laman sesawang Israel “Walla” melaporkan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu meluluskan letupan peranti komunikasi tanpa wayar atau “pager” di Lubnan semasa mesyuarat keselamatan dengan menteri kanan dan ketua-ketua perisikan pada awal minggu ini. – The Merdeka Times
View this post on Instagram
-
Terkini2 days ago
Individu promosi Bahasa Melayu patut disokong, bukannya diambil tindakan – Peguam
-
Terkini14 hours ago
Gubal APSB dengan teliti, Elak penganiayaan pemilik tanah terutama miskin bandar – NGO
-
Antarabangsa4 days ago
Israel rekrut pelarian Afrika, janji status penempatan tetap
-
Terkini2 days ago
Aurad Muhammadiah wirid Al-Arqam difatwakan sesat, status pernikahan perlu disahkan pejabat agama – Mufti WP