Connect with us

Terkini

Lapan negeri diramal alami ribut petir, hujan lebat hingga 5 petang ini

Kedah, Pulau Pinang, Perak, Kelantan, Terengganu, Pahang, Sarawak dan Sabah diramal mengalami ribut petir, hujan lebat dan angin kencang sehingga 5 petang ini.

Wartawan TMT

Published

on

Lapan negeri diramal alami ribut petir, hujan lebat hingga 5 petang ini
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Kedah, Pulau Pinang, Perak, Kelantan, Terengganu, Pahang, Sarawak dan Sabah diramal mengalami ribut petir, hujan lebat dan angin kencang sehingga 5 petang ini.

KUALA LUMPUR: Kedah, Pulau Pinang, Perak, Kelantan, Terengganu, Pahang, Sarawak dan Sabah diramal mengalami ribut petir, hujan lebat dan angin kencang sehingga 5 petang ini.

Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), kawasan di Kedah yang terbabit ialah Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena, Padang Terap, Sik dan Baling, manakala di Perak membabitkan Kerian, Larut, Matang dan Selama, Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta serta Kampar.

Di Kelantan pula membabitkan Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Tanah Merah, Bachok, Machang, Pasir Puteh dan Kuala Krai dan Pahang membabitkan Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub, Jerantut dan Kuantan.

Di Sarawak membabitkan Bahagian Serian, Samarahan, Betong, Sarikei (Pakan, Sarikei dan Meradong) dan Mukah (Tanjung Manis dan Daro) sementara di Sabah membabitkan Sandakan (Beluran) dan Kudat.

Sementara itu, MetMalaysia dalam kenyataan berasingan memaklumkan penumpuan angin dijangka berlaku di Semenanjung dalam tempoh 20 hingga 24 November berpotensi menyebabkan ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di negeri-negeri di Semenanjung.

Ramalan itu berdasarkan analisis model-model cuaca.

Sehubungan itu, orang awam dinasihatkan untuk sentiasa merujuk laman web www.met.gov.my dan semua media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.

Hari ini adalah hari pengundian bagi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) dan proses pengundian akan tamat pada 6 petang. 

Sumber : BERNAMA

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Terkini

Susu formula, makanan bayi ikut piawaian makanan tempatan dan dunia – Nestle Malaysia

Produk susu formula dan makanan bayi Nestle Malaysia mematuhi piawaian antarabangsa dan peraturan makanan tempatan.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Produk susu formula dan makanan bayi Nestle Malaysia mematuhi piawaian antarabangsa dan peraturan makanan tempatan.
  • Nestle Malaysia berkata ia termasuk keperluan pelabelan khusus dalam produk mereka yang mengikut had ambang untuk karbohidrat dan gula tambahan.
  • Katanya, susu formula bayi Nestle dan Wyeth menggunakan laktosa sebagai sumber tunggal karbohidrat. 
  • “Begitu juga bijirin bayi Nestle mematuhi kedua-dua piawaian antarabangsa dan peraturan makanan Malaysia.
  • “Di mana sahaja produk kami dijual, profil pemakanannya mematuhi semua peraturan tempatan yang terpakai,” kata Nestle Malaysia dalam kenyataan yang dipetik New Straits Times semalam.
  • Kenyataan itu mengulas mengenai kajian Public Eye dan International Baby Food Action Network (IBFAN) yang mendapati tahap gula tambahan yang tinggi dalam produk Nestle menyasarkan bayi di Asia, Afrika dan Amerika Latin.

KUALA LUMPUR – Produk susu formula dan makanan bayi Nestle Malaysia mematuhi piawaian antarabangsa dan peraturan makanan tempatan.

Nestle Malaysia berkata ia termasuk keperluan pelabelan khusus dalam produk mereka yang mengikut had ambang untuk karbohidrat dan gula tambahan.

Katanya, susu formula bayi Nestle dan Wyeth menggunakan laktosa sebagai sumber tunggal karbohidrat. 

“Laktosa juga sumber utama karbohidrat dalam susu tumbesaran Nestle dan Wyeth.

“Begitu juga bijirin bayi Nestle mematuhi kedua-dua piawaian antarabangsa dan peraturan makanan Malaysia.

“Di mana sahaja produk kami dijual, profil pemakanannya mematuhi semua peraturan tempatan yang terpakai,” kata Nestle Malaysia dalam kenyataan yang dipetik New Straits Times semalam.

Nestle Malaysia bagaimanapun berkata sedikit variasi dalam resipi merentas negara akan bergantung kepada beberapa faktor, termasuk memenuhi keperluan peraturan tempatan dan ketersediaan bahan tempatan.

Kajian Public Eye dan International Baby Food Action Network (IBFAN) sebelum ini mendapati tahap gula tambahan yang tinggi dalam produk Nestle menyasarkan bayi di Asia, Afrika dan Amerika Latin.

Kajian dikongsikan Al Jazeera Plus (AJ+) dalam Instagram semalam mendapati bijirin berasaskan gandum, Cerelac untuk bayi berusia enam bulan mempunyai 6 gram (g) gula tambahan di Thailand, 5.2g gula tambahan di Ethiopia dan 4g gula tambahan di Afrika Selatan.

Sedangkan produk sama yang dijual di United Kingdom (UK) dan Jerman tidak mengandungi sebarang gula tambahan. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending