Connect with us

Terkini

KJ bertanding di Sungai Buloh kerana tiada pilihan, pucuk pimpinan tidak ajak berbincang

Khairy Jamaluddin mengaku berjumpa Presiden MIC, Tan Sri S A Vigneswaran, untuk menawarkan diri bertanding sebagai calon Barisan Nasional (BN) di kerusi Parlimen Sungai Buloh pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Wartawan TMT

Published

on

KJ bertanding di Sungai Buloh kerana tiada pilihan, pucuk pimpinan tidak ajak berbincang
Foto: Khairy Jamaluddin, Calon Parlimen Sungai Buloh
  • Khairy Jamaluddin mengaku menawarkan diri bertanding di kerusi Parlimen Sungai Buloh kepada Presiden MIC, Tan Sri S A Vigneswaran.
  • “Ketika itu, saya tiada pilihan. Saya perlu melakukan sesuatu untuk diri saya. Jadi, saya mengambil inisiatif untuk (berjumpa) dengan Tan Sri Noh Omar (Pengerusi BN Selangor) dan Vicky (Vigneswaran).
  • “Macam mana pula saya membelakangkannya (Ahmad Zahid)? Saya tiada diberi sebarang isyarat, tidak dijemput untuk berbincang,
  • “Selepas satu per satu kerusi tidak lagi ‘available’, maka akhirnya saya ke sini (Parlimen Sungai Buloh).

SUNGAI BULOH: Khairy Jamaluddin mengaku berjumpa Presiden MIC, Tan Sri S A Vigneswaran, untuk menawarkan diri bertanding sebagai calon Barisan Nasional (BN) di kerusi Parlimen Sungai Buloh pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Bekas Ahli Parlimen Rembau itu bagaimanapun menjelaskan, beliau bertindak sedemikian berikutan tiada menerima sebarang isyarat untuk bertanding di mana-mana kawasan selepas memberi kerusi disandangnya selama tiga penggal sebelum ini kepada Timbalan Pengerusi BN, Datuk Seri Mohamad Hasan.

“Saya tahu kena keluar dari kawasan Rembau. Ketika itu, saya tiada pilihan. Saya perlu melakukan sesuatu untuk diri saya. Jadi, saya mengambil inisiatif untuk (berjumpa) dengan Tan Sri Noh Omar (Pengerusi BN Selangor) dan Vicky (Vigneswaran).

“Tiada banyak kerusi (Parlimen), hanya dua tiga yang tinggal ketika itu. Jadi saya kata, tak apalah saya pilih Sungai Buloh. Bukannya dari awal saya pilih (untuk bertanding di Parlimen Sungai Buloh).

“Saya memang menunggu isyarat daripada pucuk pimpinan tetapi tidak ada apa-apa. Selepas satu per satu kerusi tidak lagi ‘available’, maka akhirnya saya ke sini (Parlimen Sungai Buloh).

“Saya tak nak panjangkan polemik dengan Presiden UMNO, sebab tidak elok bercakap melalui media… tetapi hakikatnya, saya tiada pilihan sebab pucuk pimpinan parti pun tidak memberi sebarang isyarat kepada saya untuk pergi ke mana-mana kawasan. Saya ditinggalkan begitu sahaja,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan di SME Aerospace, di sini, hari ini.

Semalam Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, mendedahkan Khairy yang meminta untuk bertanding di kerusi Parlimen Sungai Buloh.

Ahmad Zahid yang juga Presiden UMNO dipetik berkata, tiada siapa yang memaksa atau mendesak Menteri Kesihatan itu untuk bertanding di kawasan berkenaan.

Mengulas lanjut, Khairy menegaskan, tidak timbul isu beliau membelakangkan Ahmad Zahid, kerana beliau tiada diberi sebarang isyarat berkaitan kedudukan dirinya.

“Macam mana pula saya membelakangkannya (Ahmad Zahid)? Saya tiada diberi sebarang isyarat, tidak dijemput untuk berbincang. Justeru dalam keadaan tarikh penamaan calon semakin hampir, saya perlu buat sesuatu untuk diri sendiri. Jadi, saya mengambil inisiatif berbincang dengan Tan Sri Noh.

“Beliau (Noh) menghubungi saya dan menyatakan jika tiada tempat, apa kata datang ke Selangor. Kemudian, barulah bertemu Presiden MIC kerana sebelum ini kerusi terbabit adalah milik (ditandingi) parti berkenaan.

“Untuk kata saya yang minta (bertanding di Parlimen Sungai Buloh)… itu betul tetapi saya berusaha mendapatkannya kerana sudah tidak ada kerusi lagi. Namun, saya tak nak bertelagah dengan Presiden… pokok pangkalnya saya datang ke sini (Sungai Buloh) mewakili BN,” katanya.

Sementara itu mengulas kenyataan Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin, bahawa Khairy berada dalam ‘parti salah’ untuk menjadi Perdana Menteri, Khairy berpandangan bahawa dirinya berada dalam parti yang tepat.

“Pada pandangan saya, saya berada dalam parti yang tepat. Terima kasih Tan Sri (Muhyiddin) kerana memberikan komen baik berkenaan mutu kerja saya. Saya bekerja kuat ketika beliau melantik saya sebagai Menteri bagi menyelaras program imunisasi (COVID-19).

“Beliau tahu apa yang saya mampu lakukan. Ketika bekerja, saya mampu menjalankan tugas. (Namun) Soal parti ini… kita kena bersetuju atau tidak, beliau (Muhyiddin) PN dan saya BN,” katanya.

Sumber: Berita Harian

 

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Terkini

Polis tahan lelaki Israel, rampas enam pistol – Ketua Polis Negara

Pihak keselamatan menahan seorang lelaki warga Israel yang menggunakan pasport Perancis dan merampas enam pucuk pistol.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain.
  • Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata ketika disoal siasat polis suspek berusia 36 tahun itu yang menggunakan pasport Perancis memberitahu kedatangannya ke Malaysia bagi mencari seseorang untuk dibunuh.
  • “Pihak Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) dan Bukit Aman telah merampas enam pucuk senjata api di dalam beg di bilik hotel,” katanya dipetik Malaysiakini pada sidang akhbar di di sini, hari ini.
  • Polis juga mendapatkan perintah tahanan reman terhadap suspek bermula 27 Mac lalu hingga 31 Mac depan, di mana kes disiasat mengikut Seksyen 12 Akta Pasport dan Seksyen 7 Akta Senjata Api.
  • Ketika ditanya jika individu ditahan itu perisik Israel, Razarudin berkata siasatan pihaknya juga turut mengambil kira aspek berkenaan.

KUALA LUMPUR — Pihak keselamatan menahan seorang lelaki warga Israel yang menggunakan pasport Perancis dan merampas enam pucuk pistol.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata ketika disoal siasat polis suspek berusia 36 tahun itu memberitahu kedatangannya ke Malaysia bagi mencari seseorang untuk dibunuh.

“Pihak Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) dan Bukit Aman telah merampas enam pucuk senjata api di dalam beg di bilik hotel,” katanya dipetik Malaysiakini pada sidang akhbar di di sini, hari ini.

Beliau berkata suspek memasuki negara ini pada 12 Mac lalu menerusi Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Polis juga mendapatkan perintah tahanan reman terhadap suspek bermula 27 Mac lalu hingga 31 Mac depan dan kes disiasat mengikut Seksyen 12 Akta Pasport dan Seksyen 7 Akta Senjata Api.

“Dia (suspek) duduk di dua, tiga hotel sebelum ini. Apa yang membimbangkan di sini, isu di Palestin dan Israel.

“Kita juga waspada terutama keselamatan perdana menteri dan Yang di-Pertuan Agong dan pegawai-pegawai, orang kenamaan yang kita perlu ambil kira.

“Mungkin dia ada agenda lain yang dia datang sini bermula 12 Mac lalu sehingga tertangkap,” kata Razarudin.

Ketika ditanya jika individu ditahan itu perisik Israel, Razarudin berkata siasatan pihaknya juga turut mengambil kira aspek berkenaan.

“Kita siasat ke arah itu,” katanya. — The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending