Connect with us

Terkini

Dua ahli akademik nafi terlibat Deklarasi Profesor G70 pilih Anwar calon PM

Seorang ahli akademik dan seorang mantan ahli akademik mempertikaikan nama mereka dipetik dalam Deklarasi Profesor Melayu G70 bagi menyokong Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon Perdana Menteri ke-10.

Wartawan TMT

Published

on

Dua ahli akademik nafi terlibat Deklarasi Profesor G70 pilih Anwar calon PM
Foto: Wan Ramli Wan Daud
  • Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) UPNM, Profesor Datuk Dr Ahmad Mujahid Ahmad Zaidi dan Mantan Timbalan Ketua Kluster Ekonomi Majlis Profesor Negara (MPN), Dr Ishak Yussof kedua-duanya menarik diri daripada kumpulan Deklarasi Profesor Melayu G70.
  • Menurut Ahmad Mujahid, sewaktu deklarasi dilaksanakan, beliau tidak berada bersama dan tidak pernah mengeluarkan kenyataan menyokong mana-mana pemimpin parti politik atau memihak kepada mana-mana parti.
  • Sementara itu, Ishak memaklumkan tidak lagi menggunakan gelaran profesor selepas bersara dari dunia akademik dua tahun lalu. 
  • Tambahnya, sebagai bekas ahli akademik tulen, lebih gemar mengambil pendirian “non partisan” di dalam politik dan tidak pernah menyatakan sokongan terbuka terhadap mana-mana individu untuk menjadi Perdana Menteri atau sokongan pada mana-mana parti. 

 

KUALA LUMPUR – Seorang ahli akademik dan seorang mantan ahli akademik mempertikaikan nama mereka dipetik dalam Deklarasi Profesor Melayu G70 bagi menyokong Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon Perdana Menteri ke-10.

Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), Profesor Datuk Dr Ahmad Mujahid Ahmad Zaidi dan Mantan Timbalan Ketua Kluster Ekonomi Majlis Profesor Negara (MPN), Dr Ishak Yussof kedua-duanya menarik diri daripada kumpulan berkenaan.

Ahmad Mujahid berkata, secara prinsipnya menyokong ke arah kestabilan politik, pemulihan ekonomi dan kesejahteraan umum. 

“Sewaktu deklarasi dilaksanakan, saya tidak berada bersama dan tidak sama sekali terlibat dengan deklarasi tersebut.

“Saya tidak pernah mengeluarkan kenyataan menyokong mana-mana pemimpin parti politik atau memihak kepada mana-mana parti politik, pada masa sama tidak tahu-menahu bahawa nama saya telah dimasukkan dalam senarai Deklarasi Profesor Melayu G70. 

“Saya juga telah meminta nama saya dikeluarkan daripada senarai tersebut,” katanya dalam kenyataan di Facebook, malam tadi.

 

Tiada lagi gelaran profesor

 

Sementara itu, Ishak memaklumkan tidak lagi menggunakan gelaran profesor selepas bersara dari dunia akademik sejak dua tahun lalu.

“Nama saya telah tersenarai dalam Kumpulan Profesor G70. Saya difahamkan kumpulan ini bertujuan membuat deklarasi dukungan terhadap PRU15 yang telus dalam memilih pemimpin terbaik untuk Malaysia. 

“Ini saya setuju! Tidak pula saya dimaklumkan tentang menyatakan sokongan kepada mana-mana individu untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia. Dengan ini saya menarik diri dari Kumpulan G70 ini,” katanya menerusi kenyataan di Facebook.

 

Menurutnya, sebagai bekas ahli akademik tulen, lebih gemar mengambil pendirian “non partisan” di dalam politik.

Tambahnya, tidak pernah menyatakan sokongan terbuka terhadap mana-mana individu untuk menjadi Perdana Menteri atau sokongan pada mana-mana parti. 

“Sebagai mantan Timbalan Ketua Kluster Ekonomi MPN, saya senada dengan MPN menghormati hak individu bercakap dan bersuara. 

“Pun begitu, bukanlah hasrat saya untuk menggunakan kedudukan sebagai ahli akademik cuba mempengaruhi mana-mana pihak untuk memilih pemimpin atau parti di dalam pilihan raya negara yang tercinta ini. Memilihlah secara bijaksana,” jelasnya.

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Terkini

Susu formula, makanan bayi ikut piawaian makanan tempatan dan dunia – Nestle Malaysia

Produk susu formula dan makanan bayi Nestle Malaysia mematuhi piawaian antarabangsa dan peraturan makanan tempatan.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Produk susu formula dan makanan bayi Nestle Malaysia mematuhi piawaian antarabangsa dan peraturan makanan tempatan.
  • Nestle Malaysia berkata ia termasuk keperluan pelabelan khusus dalam produk mereka yang mengikut had ambang untuk karbohidrat dan gula tambahan.
  • Katanya, susu formula bayi Nestle dan Wyeth menggunakan laktosa sebagai sumber tunggal karbohidrat. 
  • “Begitu juga bijirin bayi Nestle mematuhi kedua-dua piawaian antarabangsa dan peraturan makanan Malaysia.
  • “Di mana sahaja produk kami dijual, profil pemakanannya mematuhi semua peraturan tempatan yang terpakai,” kata Nestle Malaysia dalam kenyataan yang dipetik New Straits Times semalam.
  • Kenyataan itu mengulas mengenai kajian Public Eye dan International Baby Food Action Network (IBFAN) yang mendapati tahap gula tambahan yang tinggi dalam produk Nestle menyasarkan bayi di Asia, Afrika dan Amerika Latin.

KUALA LUMPUR – Produk susu formula dan makanan bayi Nestle Malaysia mematuhi piawaian antarabangsa dan peraturan makanan tempatan.

Nestle Malaysia berkata ia termasuk keperluan pelabelan khusus dalam produk mereka yang mengikut had ambang untuk karbohidrat dan gula tambahan.

Katanya, susu formula bayi Nestle dan Wyeth menggunakan laktosa sebagai sumber tunggal karbohidrat. 

“Laktosa juga sumber utama karbohidrat dalam susu tumbesaran Nestle dan Wyeth.

“Begitu juga bijirin bayi Nestle mematuhi kedua-dua piawaian antarabangsa dan peraturan makanan Malaysia.

“Di mana sahaja produk kami dijual, profil pemakanannya mematuhi semua peraturan tempatan yang terpakai,” kata Nestle Malaysia dalam kenyataan yang dipetik New Straits Times semalam.

Nestle Malaysia bagaimanapun berkata sedikit variasi dalam resipi merentas negara akan bergantung kepada beberapa faktor, termasuk memenuhi keperluan peraturan tempatan dan ketersediaan bahan tempatan.

Kajian Public Eye dan International Baby Food Action Network (IBFAN) sebelum ini mendapati tahap gula tambahan yang tinggi dalam produk Nestle menyasarkan bayi di Asia, Afrika dan Amerika Latin.

Kajian dikongsikan Al Jazeera Plus (AJ+) dalam Instagram semalam mendapati bijirin berasaskan gandum, Cerelac untuk bayi berusia enam bulan mempunyai 6 gram (g) gula tambahan di Thailand, 5.2g gula tambahan di Ethiopia dan 4g gula tambahan di Afrika Selatan.

Sedangkan produk sama yang dijual di United Kingdom (UK) dan Jerman tidak mengandungi sebarang gula tambahan. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending