Connect with us

Terkini

Biro politik DAP didakwa tolak saranan jaga sensitiviti Melayu, ketika PH memerintah – Tan Sri Muhyiddin Yassin

Saranan Tan Sri Muhyiddin Yassin kepada biro politik DAP supaya mengambil pendekatan lebih sederhana terhadap isu-isu sensitif melibatkan orang Melayu pernah ditolak sewaktu pentadbiran kerajaan Pakatan Harapan (PH) selama 22 bulan.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Biro politik DAP didakwa tolak saranan jaga sensitiviti Melayu, ketika PH memerintah - Tan Sri Muhyiddin Yassin
  • Saranan Tan Sri Muhyiddin Yassin kepada biro politik DAP supaya ambil pendekatan lebih sederhana terhadap isu-isu sensitif melibatkan orang Melayu pernah ditolak sewaktu pentadbiran kerajaan PH selama 22 bulan.
  • Dakwaan itu dinyatakan sewaktu beliau mengadakan Jelajah Prihatin Parlimen Sepang pada 31 Okt 2022 bersempena PRU15.
  • Beliau ketika itu Menteri Dalam Negeri mengatakan telah menyarankan Senator Timbalan Menteri Pertahanan Liew Chin Tong untuk mengemukakan kepada biro politik DAP agar tidak terlalu ekstrem menyentuh perkara terkait Perlembagaan, Islam, hak Melayu serta pelbagai hak Raja-Raja.
  • Ini berikutan, orang Melayu tidak suka parti DAP.
  • Bagaimanapun beliau dimaklumkan Chin Tong bahawa biro politik parti itu tidak bersetuju dengan saranan tersebut.
  • Justeru beliau melihat penolakan tersebut sebagai satu usaha DAP dalam mengekalkan dasar yang tidak sesuai dengan Malaysia.

KUALA LUMPUR – Saranan Tan Sri Muhyiddin Yassin kepada biro politik DAP supaya mengambil pendekatan lebih sederhana terhadap isu-isu sensitif melibatkan orang Melayu pernah ditolak sewaktu pentadbiran kerajaan Pakatan Harapan (PH) selama 22 bulan.

Dakwaan itu dinyatakan Tan Sri Muhyiddin sewaktu mengadakan Jelajah Prihatin Parlimen Sepang pada 31 Oktober baru-baru ini bersempena Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Beliau yang ketika itu memegang jawatan Menteri Dalam Negeri mengatakan bahawa beliau telah menyarankan Senator Timbalan Menteri Pertahanan Liew Chin Tong untuk mengemukakan kepada biro politik DAP agar tidak terlalu ekstrem dalam menyentuh perkara terkait Perlembagaan, Islam, hak Melayu serta pelbagai hak Raja-Raja.

Ini berikutan, mantan Perdana Menteri itu mendakwa orang Melayu tidak suka parti DAP.

“Satu hari saya panggil Liew Chin Tong waktu itu dia jadi Ahli Majlis Tertinggi DAP. Saya panggil dia saya bincang kata ‘Chin Tong,  I’m with you now kerana Bersatu menyokong Pakatan Harapan guna dia punya simbol mata lebam.

“Jadi saya bagi tahu pada Chin Tong; “Eh Chin Tong, DAP ini orang Melayu tak berapa suka, bukan tak berapa memang tak suka tapi now we are together saya kata boleh tak kamu kena sarankan pada biro politik DAP supaya ubah sedikit cara dan perikatan mereka jangan terlalu ekstrem. Dia (Chin Tong) pun kata ekstrem.

“Apa ekstremnya? Menyentuh soal-soal berkaitan perkara penting dalam Perlembagaan negara, soal Islam, soal hak Melayu dan macam-macam hak Raja-Raja dalam Akta Hasutan banyak perkara-perkara yang mereka lakukan,” kata beliau menerusi petikan video berdurasi dua minit 42 saat yang dimuat naik akaun TikTok @satuberita.myofficial.

Bagaimanapun beliau dimaklumkan oleh Chin Tong bahawa biro politik parti itu tidak bersetuju dengan saranan tersebut.

Justeru beliau melihat penolakan tersebut sebagai satu usaha DAP dalam mengekalkan dasar yang tidak sesuai dengan Malaysia.

Pada masa sama, beliau turut mengatakan sewaktu berada dalam Jemaah Menteri ketika itu beliau bersama Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, Datuk Seri Rina Harun merasa tertekan kerana pihak tersebut tidak menghormati hak-hak khususnya hak orang Melayu.

“Di waktu itu sahaja walaupun saya duduk dalam Jemaah Menteri, saya rasa tertekan Datuk Azmin tertekan Rina tertekan kita dalam kabinet waktu itu tertekan bukan pasal  dia tekan cara macam mana. 

Kerana dia pertamanya tidak menghormati hak-hak terutamanya hak-hak orang Melayu. Parti DAP walaupun dia hanya bilangan tidak berapa ramai dia jadi penentu. Bila mana Menteri Kewangan dilantik ialah Lim Guan Eng dia kata kita tak ada duit. Kita bagi RM30 dompet, itu sahaja kerana dia kata negara dah nak bankrap kita ambil alih kerajaan  kita belanja berbilion-bilion tak juga bankrap!” kata beliau yang juga merupakan Ahli Parlimen Pagoh. 

Sumber : Tiktok @satuberita.myofficial.

Author