Connect with us

Antarabangsa

Angkara serangan seksual, Pemain kriket terkenal Sri Lanka digantung berkuatkuasa serta merta

Seorang pemain kriket terkenal dari Sri Lanka berusia 31 tahun ditahan di sebuah hotel di Australia pada pagi Ahad lalu atas dakwaan melakukan serangan seksual.

Wartawan TMT

Published

on

Angkara serangan seksual, Pemain kriket terkenal Sri Lanka digantung berkuat kuasa serta merta
Foto: Danushka Gunathilaka.
  • Danushka Gunathilaka, 31, ditahan dan didakwa atas kesalahan melakukan serangan seksual di Sydney.
  • Pemain kriket terkenal Sri Lanka itu melakukan kesalahan tersebut terhadap seorang wanita berusia 29 tahun di sebuah kediaman di Rose Bay, baru-baru ini.
  • Susulan kes itu, Lembaga Kriket Sri Lanka bertindak menggantung pemain kriket itu daripada menyertai semua bentuk perlawanan kriket berkuat kuasa serta-merta.
  • Pemain kriket itu juga tidak dibenar ikat jamin oleh Mahkamah Sydney dan akan terus kekal dalam tahanan sehingga kes selesai.

SYDNEY – Seorang pemain kriket terkenal dari Sri Lanka berusia 31 tahun ditahan di sebuah hotel di Australia pada pagi Ahad lalu atas dakwaan melakukan serangan seksual.

Suspek, Danushka Gunathilaka didakwa atas kesalahan melakukan serangan seksual terhadap seorang wanita berusia 29 tahun di sebuah kediaman di Rose Bay, baru-baru ini.

Susulan kes itu, Lembaga Kriket Sri Lanka bertindak menggantung pemain kriket itu daripada menyertai semua bentuk perlawanan kriket berkuat kuasa serta-merta.

“Jawatankuasa Eksekutif Kriket Sri Lanka (SLC) memutuskan untuk menggantung pemain kebangsaan Danushka Gunathilaka daripada semua bentuk kriket berkuat kuasa serta-merta.

“SLC tidak akan mempertimbangkan untuk sebarang pemilihan selepas dimaklumkan dia ditangkap dan didakwa melakukan serangan seksual terhadap seorang wanita di Australia.

“Selain itu, SLC akan mengambil langkah-langkah untuk menyegerakan siasatan ke atas dakwaan kesalahan itu,” katanya dipetik portal Independent.

SLC berkata setelah selesai perbicaraan kes di mahkamah Australia, langkah seterusnya akan diambil untuk menjatuhkan hukuman kepada pemain itu sekiranya dia didapati bersalah.

“SLC ingin menekankan kami mengamalkan dasar ‘sifar toleransi’ untuk sebarang kelakuan sedemikian oleh pemain dan akan memberikan sokongan sepenuhnya kepada pihak berkuasa serta unit penguatkuasaan undang-undang Australia bagi menjalankan siasatan yang tidak berat sebelah terhadap insiden itu,” kata SLC.

Isnin lalu, pemain kriket itu juga tidak dibenar ikat jamin oleh Mahkamah Sydney dan akan terus kekal dalam tahanan sehingga kes selesai.

Sumber: Independent

 

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Antarabangsa

Tiada tanda gencatan senjata dicapai di Gaza, perantara masih optimistik

Pengantara iaitu Amerika Syarikat (AS) dan Mesir kekal optimistik mengenai kemungkinan berlakunya gencatan senjata di Gaza tetapi adanya beberapa isu penting yang masih menghalang kedua-dua pihak mencapai persetujuan.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Pengantara iaitu Amerika Syarikat (AS) dan Mesir kekal optimistik mengenai kemungkinan berlakunya gencatan senjata di Gaza tetapi adanya beberapa isu penting yang masih menghalang kedua-dua pihak mencapai persetujuan.
  • Hamas berkata ia mahu melihat gencatan senjata menyeluruh yang bermaksud perang ditamatkan sepenuhnya, lapor wartawan Al Jazeera, Hamdah Salhut.
  • Israel pula berkata berulang kali walaupun jeda pertempuran dicapai, selepas itu perang akan diteruskan, malah sehingga semua objektif perangnya tercapai.

Pengantara iaitu Amerika Syarikat (AS) dan Mesir kekal optimistik mengenai kemungkinan berlakunya gencatan senjata di Gaza tetapi adanya beberapa isu penting yang masih menghalang kedua-dua pihak mencapai persetujuan.

Hamas berkata ia mahu melihat gencatan senjata menyeluruh yang bermaksud perang ditamatkan sepenuhnya, lapor wartawan Al Jazeera, Hamdah Salhut.

Israel pula berkata berulang kali walaupun jeda pertempuran dicapai, selepas itu perang akan diteruskan, malah sehingga semua objektif perangnya tercapai.

Tiada komen rasmi daripada Israel mengenai rundingan itu setakat ini selain fakta bahawa Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu diberi taklimat mengenainya dan delegasi Israel hadir untuk pusingan rundingan kali ini.

Mandat diberikan kepada perunding Israel oleh Netanyahu juga tidak diketahui sepenuhnya kerana butiran mengenai rundingan itu tidak didedahkan kepada umum.

Walaupun pengantara kekal optimistik, masih tiada tanda bahawa kesepakatan hampir tercapai. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending