Connect with us

Antarabangsa

10,000 mangsa rogol tentera Nigeria dipaksa gugur kandungan secara haram

Pihak tentera didakwa melaksanakan sebuah program pengguguran kandungan secara ‘rahsia, sistematik dan haram’ di timur laut Nigeria sejak sembilan tahun lalu, lapor laman berita Wion News kelmarin.

Wartawan TMT

Published

on

10,000 mangsa rogol tentera Nigeria dipaksa gugur kandungan secara haram
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Pihak tentera didakwa laksanakan sebuah program pengguguran kandungan secara ‘rahsia, sistematik dan haram’ di timur laut Nigeria sejak sembilan tahun lalu, lapor laman berita Wion News kelmarin.
  • Tentera Nigeria didakwa gugurkan hampir 10,000 kehamilan secara paksa. Ramai gadis dan wanita yang terlibat dalam program pengguguran itu mangsa rogol dan penculikan oleh kumpulan militan.
  • Tiga askar dan seorang pengawal berkata, mereka biasanya memperdaya wanita bahawa pil dan suntikan yang diberikan tujuan memulihkan kesihatan dan melawan penyakit seperti malaria.
  • Wanita yang melawan akan dipukul, dirotan, diacukan senjata api atau diberi dadah supaya akur. Mereka juga diikat atau rebah akibat dadah, kata seorang pengawal dan pekerja kesihatan.

 

ABUJA, Nigeria – Pihak tentera didakwa melaksanakan sebuah program pengguguran kandungan secara ‘rahsia, sistematik dan haram’ di timur laut Nigeria sejak sembilan tahun lalu, lapor laman berita Wion News kelmarin.

Dalam satu laporan, tentera Nigeria didakwa menggugurkan hampir 10,000 kehamilan secara paksa. Ramai gadis dan wanita yang terlibat dalam program pengguguran itu adalah mangsa rogol dan penculikan oleh kumpulan militan.

Kandungan ramai wanita dan gadis seawal usia 12 tahun digugurkan tanpa kebenaran termasuk janin yang sudah mencecah usia dua minggu hingga lapan bulan.

Program itu melibatkan penipuan dan kekerasan fizikal terhadap wanita yang ditahan dalam tahanan tentera selama beberapa hari atau minggu.

Tiga askar dan seorang pengawal berkata, mereka biasanya memperdaya wanita bahawa pil dan suntikan yang diberikan bertujuan memulihkan kesihatan dan melawan penyakit seperti malaria.

Dalam sesetengah keadaan, wanita yang melawan akan dipukul, dirotan, diacukan senjata api atau diberi dadah supaya akur. Mereka juga diikat atau rebah akibat dadah, kata seorang pengawal dan pekerja kesihatan.

Advertisement

Program itu dipercayai telah dijalankan sejak 2013 dan beberapa prosedur telah diteruskan sehingga November tahun lalu. Menurut kenyataan saksi dan rekod, program itu dijalankan di lima kemudahan tentera dan lima hospital awam di kawasan itu,

Maiduguri iaitu bandar terbesar di timur laut Nigeria dan pusat perjuangan kerajaan menentang radikal Islam, didakwa menjadi tempat berlakunya banyak pengguguran kandungan.

Memetik sumber, laporan itu mendakwa bahawa program itu adalah rahsia dan kadangkala dirahsiakan daripada rakan sekerja di hospital yang sama.

Tentera Nigeria bagaimanapun menafikan program sedemikian wujud dan menganggap ia adalah sebahagian daripada rancangan antarabangsa untuk menjejaskan kempen negara menentang kumpulan militan. – AGENSI

Sumber: Kosmo

Author

Antarabangsa

(VIDEO) Tentera rejim zionis rogol kanak-kanak lelaki Palestin di Penjara Israel – Bekas pegawai kanan AS

Bekas Pengarah di Jabatan Negara Amerika Syarikat (AS), Josh Paul mendedahkan insiden tentera Israel merogol tahanan kanak-kanak lelaki di penjara Moscovia, Baitulmaqdis.

A.R. Khan

Published

on

Foto: Bekas Pengarah di Jabatan Negara Amerika Syarikat (AS), Josh Paul.

KUALA LUMPUR – Bekas Pengarah di Jabatan Negara Amerika Syarikat (AS), Josh Paul mendedahkan insiden tentera Israel merogol tahanan kanak-kanak lelaki di penjara Moscovia, Baitulmaqdis.

Perkara itu disebutnya dalam temu ramah dengan Christiane Amanpour di CNN hari ini ketika diajukan kenyataan mengenai sifat kemanusiaan di Gaza kini pada tahap yang tidak sepatutnya boleh diterima. 

“Kamu menyebut tentang keganasan seksual, saya (merupakan) sebahagian dari proses pemeriksaan hak asasi manusia, menapis persenjataan diberikan kepada Israel.

“Organisasi kebajikan dengan nama Pertahanan Antarabangsa Kanak-kanak Palestin (DCIP) menarik perhatian kami, berkenaan satu serangan seksual atau sebenarnya satu (kes) rogol kanak-kanak lelaki berumur 13 tahun yang berlaku di penjara Israel di Moscovia di Jerusalem (Baitulmaqdis).

“Kami menyiasat dakwaan ini, kami dapati ia boleh dipercayai dan kami mempertanggungjawabkan perkara itu ke atas kerajaan Israel,” katanya.

Paul turut menceritakan tindakan tentera zionis Israel pada keesokan harinya menyerbu organisasi yang menyimpan maklumat kanak-kanak Palestin dalam tahanan rejim Israel itu.

Advertisement

“Kamu tahu apa yang berlaku keesokan harinya?, IDF (tentera rejim zionis Israel) memasuki pejabat pegawai DCIP, rampas komputer mereka, dan isytiharkan mereka sebagai sebuah entiti pengganas,” katanya kepada Amanpour.

Paul berkata kekejaman tidak sepatutnya berlaku kepada sesiapa pun, samada kekejaman pencabulan seksual atau apa sahaja pencabulan melampau hak asasi manusia.

Statistik DCIP menunjukkan, setakat hari ini, 156 kanak-kanak ditahan atas sebab “keselamatan”, 23 kanak-kanak ditahan atas sebab undang-undang dengan catatan kemas kini terakhir pada September lalu.

Manakala jumlah kematian kanak-kanak pada 2023 disebabkan peluru hidup dilaporkan DCIP adalah 92 mangsa dengan kemas kini terakhir pada bulan ini. – The Merdeka Times

Sumber: Youtube – CNN, Defence for Children International Palestine

 

View this post on Instagram

 

Advertisement

A post shared by THE MERDEKA TIMES (TMT) (@themerdekatimes)

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending