Antarabangsa
Wanita Muslim dirogol beramai-ramai cabar pembebasan 11 perogol Hindu di Mahkamah Agung India
Bilkis Bano mencabar pembebasan awal 11 lelaki yang disabitkan kesalahan merogolnya secara beramai-ramai dan membunuh seluruh keluarganya dalam rusuhan Gujarat 2002 di Mahkamah Agung India semalam.

- Bilkis Bano mencabar pembebasan awal 11 lelaki yang disabitkan kesalahan merogolnya secara beramai-ramai dan membunuh seluruh keluarganya dalam rusuhan Gujarat 2002 di Mahkamah Agung India semalam.
- Ketua Hakim India, DY Chandrachud memberitahu wanita Muslim itu bahawa mahkamah akan mempertimbangkan perkara itu.
- Bilkis Bano dalam petisyennya berkata keputusan membebaskan lelaki itu sepatutnya dilakukan di Maharashtra, tempat di mana perbicaraan berlangsung, bukannya di Gujarat.
- Pada 15 Ogos lalu, banduan terbabit dibebaskan pada Hari Kemerdekaan India oleh Kerajaan Negeri Gujarat di bawah dasar yang sudah lapuk hingga mencetuskan kemarahan besar-besaran di seluruh negara, apatah lagi selepas perogol-perogol itu dikalungkan bunga dan disambut seperti wira oleh sebuah pertubuhan Hindu.
New Delhi – Bilkis Bano mencabar pembebasan awal 11 lelaki yang disabitkan kesalahan merogolnya secara beramai-ramai dan membunuh seluruh keluarganya dalam rusuhan Gujarat 2002 di Mahkamah Agung India semalam.
New Delhi Television melaporkan Ketua Hakim India, DY Chandrachud memberitahu wanita Muslim itu bahawa mahkamah akan mempertimbangkan perkara itu.
Pada 15 Ogos lalu, banduan terbabit dibebaskan pada Hari Kemerdekaan India oleh Kerajaan Negeri Gujarat di bawah dasar yang sudah lapuk hingga mencetuskan kemarahan besar-besaran di seluruh negara, apatah lagi selepas perogol-perogol itu dikalungkan bunga dan disambut seperti wira oleh sebuah pertubuhan Hindu.
Mempertahankan keputusan itu, Kerajaan Negeri Gujarat memetik kelulusan kerajaan pusat – keputusan pembebasan itu datang dengan pantas, dalam tempoh dua minggu selepas permintaannya – dan kelakuan baik banduan.
Kerajaan negeri itu juga memetik keputusan Mahkamah Agung.
Dalam keputusan mengenai petisyen salah seorang banduan itu, Mahkamah Agung mengatakan Kerajaan Negeri Gujarat boleh mempertimbangkan untuk membebaskannya di bawah dasar remisi 1992.
Bagaimanapun, kerajaan negeri itu di membebaskan kesemua 11 perogol itu dan mengenepikan bantahan keras CBI dan hakim khas.
Tindakan itu tidak mungkin dilakukan sekiranya Kerajaan Negeri Gujarat mematuhi dasar pengampunan 2014 yang menghalang pembebasan awal banduan rogol dan pembunuhan.
Bilkis Bano dalam petisyennya berkata, keputusan untuk membebaskan lelaki itu sepatutnya diputuskan di Maharashtra, tempat di mana perbicaraan berlangsung, bukannya di Gujarat.
Bilkis Bano berusia 21 tahun ketika dia dirogol beramai-ramai lelaki-lelaki itu, yang turut membunuh sembilan ahli keluarganya, termasuk anak perempuannya yang berusia tiga tahun, semasa rusuhan di Gujarat selepas insiden kereta api Godhra terbakar menyaksikan 59 jemaah meninggal dunia.
Petisyen Bilkis Bano itu dibuat sehari sebelum Gujarat mengundi pada pusingan pertama dalam pilihan raya dua fasa itu.
Seorang pemimpin parti berhaluan kanan, Parti Bharatiya Janata (BJP) yang terlibat dalam keputusan membebaskan perogol itu dan menyifatkan mereka sebagai “Sanskari Brahmins”, turut bertanding dalam pilihan raya kali ini.
Sumber : NDTV
Antarabangsa
(VIDEO) Tentera rejim zionis rogol kanak-kanak lelaki Palestin di Penjara Israel – Bekas pegawai kanan AS
Bekas Pengarah di Jabatan Negara Amerika Syarikat (AS), Josh Paul mendedahkan insiden tentera Israel merogol tahanan kanak-kanak lelaki di penjara Moscovia, Baitulmaqdis.

KUALA LUMPUR – Bekas Pengarah di Jabatan Negara Amerika Syarikat (AS), Josh Paul mendedahkan insiden tentera Israel merogol tahanan kanak-kanak lelaki di penjara Moscovia, Baitulmaqdis.
Perkara itu disebutnya dalam temu ramah dengan Christiane Amanpour di CNN hari ini ketika diajukan kenyataan mengenai sifat kemanusiaan di Gaza kini pada tahap yang tidak sepatutnya boleh diterima.
“Kamu menyebut tentang keganasan seksual, saya (merupakan) sebahagian dari proses pemeriksaan hak asasi manusia, menapis persenjataan diberikan kepada Israel.
“Organisasi kebajikan dengan nama Pertahanan Antarabangsa Kanak-kanak Palestin (DCIP) menarik perhatian kami, berkenaan satu serangan seksual atau sebenarnya satu (kes) rogol kanak-kanak lelaki berumur 13 tahun yang berlaku di penjara Israel di Moscovia di Jerusalem (Baitulmaqdis).
“Kami menyiasat dakwaan ini, kami dapati ia boleh dipercayai dan kami mempertanggungjawabkan perkara itu ke atas kerajaan Israel,” katanya.
Paul turut menceritakan tindakan tentera zionis Israel pada keesokan harinya menyerbu organisasi yang menyimpan maklumat kanak-kanak Palestin dalam tahanan rejim Israel itu.
“Kamu tahu apa yang berlaku keesokan harinya?, IDF (tentera rejim zionis Israel) memasuki pejabat pegawai DCIP, rampas komputer mereka, dan isytiharkan mereka sebagai sebuah entiti pengganas,” katanya kepada Amanpour.
Paul berkata kekejaman tidak sepatutnya berlaku kepada sesiapa pun, samada kekejaman pencabulan seksual atau apa sahaja pencabulan melampau hak asasi manusia.
Statistik DCIP menunjukkan, setakat hari ini, 156 kanak-kanak ditahan atas sebab “keselamatan”, 23 kanak-kanak ditahan atas sebab undang-undang dengan catatan kemas kini terakhir pada September lalu.
Manakala jumlah kematian kanak-kanak pada 2023 disebabkan peluru hidup dilaporkan DCIP adalah 92 mangsa dengan kemas kini terakhir pada bulan ini. – The Merdeka Times
Sumber: Youtube – CNN, Defence for Children International Palestine
View this post on Instagram
-
Terkini2 days ago
Kredit e-Madani dilarang pindah atau tebus tunai, akaun boleh disekat
-
Terkini24 hours ago
(VIDEO) Tular rakyat Malaysia gesa Kedutaan Israel dibuka di negara ini
-
Terkini2 days ago
Warganegara Malaysia wajib fasih Bahasa Melayu, tiada kompromi – Menteri KDN
-
Terkini2 days ago
DBKL tarik balik larangan jual arak