Connect with us

Antarabangsa

Tiga lelaki Palestin maut akibat tembakan rejim Israel di Tebing Barat

Tiga lelaki Palestin maut akibat tembakan Israel semasa insiden berasingan di Tebing Barat yang diduduki, kata Kementerian Kesihatan Palestin hari ini.

Wartawan TMT

Published

on

Tiga lelaki Palestin maut akibat tembakan rejim Israel di Tebing Barat
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Insiden maut terbaharu dalam lonjakan keganasan Israel-Palestin yang semakin meningkat dan ketegangan memuncak, kurang seminggu selepas pengeboman di Baitulmaqdis.
  • Agensi berita rasmi Palestin Wafa melaporkan pertempuran meletus antara tentera Israel dan penduduk di utara bandar Hebron di Tebing Barat.
  • Askar menembak warga Palestin yang membaling batu dan membuat alat letupan ke arah pasukan yang beroperasi di bandar itu.
  • Ketegangan Israel dan Palestin meningkat selama berbulan-bulan di tengah-tengah serbuan Israel setiap malam di Tebing Barat, didorong oleh serangan maut terhadap warga Israel yang mengorbankan 19 orang. 
  • Lebih 138 rakyat Palestin terbunuh dalam pertempuran Israel-Palestin di Tebing Barat dan timur Baitulmaqdis tahun ini, menjadikan tahun paling maut sejak 2006.

 

BAITULMAQDIS: Tiga lelaki Palestin maut akibat tembakan Israel semasa insiden berasingan di Tebing Barat yang diduduki, kata Kementerian Kesihatan Palestin hari ini.

Ia adalah insiden maut terbaharu dalam lonjakan keganasan Israel-Palestin yang semakin meningkat dan ketegangan yang memuncak, kurang seminggu selepas pengeboman di Baitulmaqdis mengorbankan dua warga Israel.

Agensi berita rasmi Palestin Wafa melaporkan, pertempuran meletus antara tentera Israel dan penduduk di utara bandar Hebron di Tebing Barat.

Tentera Israel berkata, askar menembak warga Palestin yang membaling batu dan membuat alat letupan ke arah pasukan yang beroperasi di bandar itu.

Katanya, rakyat Palestin juga menembak tentera, dan dua kenderaan tentera tersangkut akibat masalah mekanikal.

Kementerian Kesihatan Palestin mengenal pasti lelaki yang terbunuh berhampiran Hebron sebagai Mufid Khalil, 44, dan berkata sekurang-kurangnya lapan orang lagi cedera akibat tembakan langsung dalam kejadian itu.

Advertisement

Dalam kejadian berasingan, dua beradik yang dikenal pasti oleh Wafa sebagai Jawad dan Dhafr Rimawi, 22 dan 21, maut akibat tembakan Israel semasa pertempuran dengan tentera berhampiran perkampungan Kafr Ein, barat Ramallah di utara Tebing Barat awal pagi ini.

Tentera Israel tidak segera memberi sebarang komen berhubung insiden kedua berhampiran Kafr Ein.

Ketegangan antara Israel dan Palestin telah meningkat selama berbulan-bulan di tengah-tengah serbuan Israel setiap malam di Tebing Barat, didorong oleh serangan maut terhadap warga Israel yang mengorbankan 19 orang pada musim bunga.

Lebih 138 rakyat Palestin telah terbunuh dalam pertempuran Israel-Palestin di Tebing Barat dan timur Baitulmaqdis tahun ini, menjadikannya tahun paling maut sejak 2006.

Tentera Israel berkata, kebanyakan rakyat Palestin yang terbunuh adalah militan.

Tetapi pemuda membaling batu membantah pencerobohan tentera Israel dan orang lain yang tidak terbabit dalam konfrontasi juga telah terbunuh.

Advertisement

Israel menawan Tebing Barat dalam perang Asia Barat 1967, bersama dengan Baitulmaqdis timur dan Semenanjung Gaza.

Rakyat Palestin menuntut wilayah terbabit untuk negara merdeka yang mereka harapkan. – AP

 

Sumber: Berita Harian

Author

Advertisement

Antarabangsa

Penyakit usus merebak dalam kalangan tentera zionis Israel

Tentera rejim zionis Israel mengalami peningkatan penyakit pencernaan, demikian lapor akhbar Ibrani “Yedioth Ahronoth” Isnin lalu.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Tentera rejim zionis Israel mengalami peningkatan penyakit pencernaan, demikian lapor akhbar Ibrani “Yedioth Ahronoth” Isnin lalu.
  • Sejak bermulanya peperangan di Gaza, sumbangan makanan mula diterima tentera Israel dan ia menyebabkan peningkatan penyakit usus dalam kalangan tentera.
  • Keputusan ujian dijalankan ke atas tentera mendedahkan adanya bakteria yang menyebabkan disentri (keradangan dan gangguan usus), sekaligus menyebabkan cirit birit teruk dan meningkatnya suhu badan.
  • Akhbar itu juga memetik doktor merawat tentera-tentera berkenaan mendakwa sumbangan bahan makanan dengan keadaan atau cara penyimpanannya, selain faktor pengangkutan dan penyediaannya menjadi punca kepada jangkitan itu.

GAZA – Tentera rejim zionis Israel mengalami peningkatan penyakit pencernaan, demikian lapor akhbar Ibrani “Yedioth Ahronoth” Isnin lalu.

Sejak bermulanya peperangan di Gaza, sumbangan makanan mula diterima tentera Israel dan ia menyebabkan peningkatan penyakit usus dalam kalangan tentera.

Keputusan ujian dijalankan ke atas tentera mendedahkan adanya bakteria yang menyebabkan disentri (keradangan dan gangguan usus), sekaligus menyebabkan cirit birit teruk dan meningkatnya suhu badan.

Akhbar itu juga memetik doktor merawat tentera-tentera berkenaan yang mendakwa sumbangan bahan makanan dengan keadaan atau cara penyimpanannya, selain faktor pengangkutan dan penyediaannya menjadi punca kepada jangkitan itu.

Pengarah Unit Penyakit Berjangkit Hospital Assuta di Ashdod, Dr Tal Brosh menjelaskan situasi luar jangka dihadapi tentera-tentera rejim zionis itu.

“Cirit-birit merebak di kawasan-kawasan perkumpulan tentera di selatan dan kemudiannya (merebak) sesama tentera yang berperang di Gaza.

“Jangkitan dengan bakteria Shigella yang menyebabkan disenteri telah didiagnos dan ia merupakan penyakit yang sangat serius. 

Advertisement

“Penyakit itu juga merebak dalam kalangan tentera di Gaza, dan jangkitan bakteria Shigella  boleh terjadi melalui hubungan langsung sesama individu (direct contact) atau melalui makanan,” katanya dipetik Jordan News.

Sumber: Jordan News

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending