Connect with us

Antarabangsa

Konflik dengan Iran memuncak, Unit komando tentera zionis undur dari Gaza

WhatsApp
Facebook0
Twitter

Published

on

Foto: Gambar Sekadar Hiasan

TEL AVIV – Tentera Israel telah menarik keluar Divisyen Ke-98, yang merangkumi unit elit dan komando dari Semenanjung Gaza ketika ketegangan ketenteraan dengan Iran semakin meningkat.

Menurut laporan Radio Tentera Israel semalam, tindakan ini selepas pengunduran awal Briged Nahal dari Gaza ke Tebing Barat bagi menggantikan unit Komando Barisan Hadapan yang diarahkan untuk menangani kerosakan akibat serangan peluru berpandu Iran di dalam wilayah Israel.

Awal pagi Jumaat lalu, dengan sokongan Amerika Syarikat, Israel melancarkan serangan udara berskala besar terhadap Iran yang dinamakan “Rising Lion”, menyasarkan kemudahan nuklear, pangkalan peluru berpandu serta membunuh beberapa komander tentera kanan dan saintis nuklear Iran.

Sebagai tindak balas, Iran melancarkan serangan balas menggunakan peluru berpandu balistik dan dron dalam sepuluh gelombang serangan menjelang malam Ahad yang menurut pihak berkuasa kesihatan Israel telah mengorbankan 14 orang dan mencederakan lebih 345 yang lain, selain menyebabkan kerosakan harta benda yang besar.

Serangan ini merupakan tindakan ketenteraan terbesar oleh Israel terhadap Iran setakat ini, yang memperlihatkan peralihan dari operasi rahsia dan pembunuhan terancang kepada konfrontasi ketenteraan secara terbuka dengan Tehran. -The Merdeka Times

Author