Connect with us

Antarabangsa

(VIDEO) Polis Sepanyol pukul tiga wanita penyokong Maghribi

Polis Sepanyol pukul tiga wanita kerana meraikan kemenangan Maghribi di Piala Dunia 2022.

Wartawan TMT

Published

on

Polis Sepanyol pukul tiga wanita penyokong Maghribi
Foto: Gambar sekadar hiasan.

Polis Sepanyol pukul tiga wanita kerana meraikan kemenangan Maghribi di Piala Dunia 2022.

Memetik laporan Futball News, penyokong Maghribi di Sepanyol turun ke jalanan selepas pasukan Atlas Lions berjaya mara ke separuh akhir kejohanan itu sabtu lalu.

Menerusi video yang tular di media sosial, kelihatan polis tempatan yang turun ke lokasi bertindak memukul tiga wanita dari kalangan mereka.

Advertisement

Salah seorang daripada mereka dilaporkan mengalami patah lengan akibat pukulan yang menggunakan baton itu.

Susulan itu, tiga wanita tersebut telah memfailkan aduan jenayah terhadap pegawai polis yang terlibat.

Kejadian berlaku di Ceuta, sebuah bandar Sepanyol yang terletak di sempadan Maghribi dengan kira-kira 43 peratus penduduknya Muslim.

Penyokong Maghribi yang turun ke jalanan bandar itu dikatakan meraikan kemenangan pasukan itu dengan tenang tanpa menimbulkan sebarang kekecohan.

Sumber: Futball News

 

Advertisement

Author

Antarabangsa

(VIDEO) Tentera rejim zionis rogol kanak-kanak lelaki Palestin di Penjara Israel – Bekas pegawai kanan AS

Bekas Pengarah di Jabatan Negara Amerika Syarikat (AS), Josh Paul mendedahkan insiden tentera Israel merogol tahanan kanak-kanak lelaki di penjara Moscovia, Baitulmaqdis.

A.R. Khan

Published

on

Foto: Bekas Pengarah di Jabatan Negara Amerika Syarikat (AS), Josh Paul.

KUALA LUMPUR – Bekas Pengarah di Jabatan Negara Amerika Syarikat (AS), Josh Paul mendedahkan insiden tentera Israel merogol tahanan kanak-kanak lelaki di penjara Moscovia, Baitulmaqdis.

Perkara itu disebutnya dalam temu ramah dengan Christiane Amanpour di CNN hari ini ketika diajukan kenyataan mengenai sifat kemanusiaan di Gaza kini pada tahap yang tidak sepatutnya boleh diterima. 

“Kamu menyebut tentang keganasan seksual, saya (merupakan) sebahagian dari proses pemeriksaan hak asasi manusia, menapis persenjataan diberikan kepada Israel.

“Organisasi kebajikan dengan nama Pertahanan Antarabangsa Kanak-kanak Palestin (DCIP) menarik perhatian kami, berkenaan satu serangan seksual atau sebenarnya satu (kes) rogol kanak-kanak lelaki berumur 13 tahun yang berlaku di penjara Israel di Moscovia di Jerusalem (Baitulmaqdis).

“Kami menyiasat dakwaan ini, kami dapati ia boleh dipercayai dan kami mempertanggungjawabkan perkara itu ke atas kerajaan Israel,” katanya.

Paul turut menceritakan tindakan tentera zionis Israel pada keesokan harinya menyerbu organisasi yang menyimpan maklumat kanak-kanak Palestin dalam tahanan rejim Israel itu.

Advertisement

“Kamu tahu apa yang berlaku keesokan harinya?, IDF (tentera rejim zionis Israel) memasuki pejabat pegawai DCIP, rampas komputer mereka, dan isytiharkan mereka sebagai sebuah entiti pengganas,” katanya kepada Amanpour.

Paul berkata kekejaman tidak sepatutnya berlaku kepada sesiapa pun, samada kekejaman pencabulan seksual atau apa sahaja pencabulan melampau hak asasi manusia.

Statistik DCIP menunjukkan, setakat hari ini, 156 kanak-kanak ditahan atas sebab “keselamatan”, 23 kanak-kanak ditahan atas sebab undang-undang dengan catatan kemas kini terakhir pada September lalu.

Manakala jumlah kematian kanak-kanak pada 2023 disebabkan peluru hidup dilaporkan DCIP adalah 92 mangsa dengan kemas kini terakhir pada bulan ini. – The Merdeka Times

Sumber: Youtube – CNN, Defence for Children International Palestine

 

View this post on Instagram

 

Advertisement

A post shared by THE MERDEKA TIMES (TMT) (@themerdekatimes)

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending