Connect with us

Antarabangsa

Jerman rekod 120 jenayah kebencian anti-Muslim pada suku ketiga 2022

Jerman merekodkan 120 kes jenayah kebencian pada suku ketiga 2022, hampir dua kali ganda jumlah dicatatkan pada suku sebelumnya, di negara Eropah itu.

Wartawan TMT

Published

on

Jerman rekod 120 jenayah kebencian anti-Muslim pada suku ketiga 2022
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Jerman merekodkan 120 kes jenayah kebencian pada suku ketiga 2022, hampir dua kali ganda jumlah dicatatkan pada suku sebelumnya, di negara Eropah itu.
  • Menurut respons kerajaan terhadap siasatan parti sayap kiri Parlimen Persekutuan Jerman, seramai 10 individu dilaporkan cedera dan sekurang-kurangnya 11 masjid diserang.
  • Pelbagai jenayah lain turut dilakukan, termasuk mencederakan anggota badan, penghinaan, vandalisme atau penggunaan simbol terlarang.
  • Kerajaan Persekutuan mengatakan “tiada suspek” ditangkap berhubung dengan serangan Islamofobia pada suku ketiga.

 

JERMAN – Jerman merekodkan 120 kes jenayah kebencian pada suku ketiga 2022, hampir dua kali ganda jumlah dicatatkan pada suku sebelumnya, di negara Eropah itu.

Menurut respons kerajaan terhadap siasatan parti sayap berhaluan kiri Parlimen Persekutuan Jerman, seramai 10 individu dilaporkan cedera dan sekurang-kurangnya 11 masjid diserang.

TRT World melaporkan pelbagai jenayah lain turut dilakukan ke atas umat Islam di Jerman, termasuk mencederakan anggota badan, penghinaan, vandalisme atau penggunaan simbol terlarang.

Jumlah insiden terkini menunjukkan peningkatan mendadak dalam kes keganasan anti-Islam di Jerman, berbanding masing-masing 83 kesalahan dilaporkan pada suku pertama dan 69 pada suku kedua.

Kerajaan Persekutuan mengatakan “tiada suspek” ditangkap berhubung dengan serangan Islamofobia pada suku ketiga itu.

Dalam dekad lalu, keganasan anti-Islam meningkat selari dengan retorik kumpulan berhaluan kanan negara itu yang mencapai visibiliti lebih luas di Parlimen Jerman.

Advertisement

 

Sumber: TRT World

Author

Antarabangsa

(VIDEO) Tentera rejim zionis rogol kanak-kanak lelaki Palestin di Penjara Israel – Bekas pegawai kanan AS

Bekas Pengarah di Jabatan Negara Amerika Syarikat (AS), Josh Paul mendedahkan insiden tentera Israel merogol tahanan kanak-kanak lelaki di penjara Moscovia, Baitulmaqdis.

A.R. Khan

Published

on

Foto: Bekas Pengarah di Jabatan Negara Amerika Syarikat (AS), Josh Paul.

KUALA LUMPUR – Bekas Pengarah di Jabatan Negara Amerika Syarikat (AS), Josh Paul mendedahkan insiden tentera Israel merogol tahanan kanak-kanak lelaki di penjara Moscovia, Baitulmaqdis.

Perkara itu disebutnya dalam temu ramah dengan Christiane Amanpour di CNN hari ini ketika diajukan kenyataan mengenai sifat kemanusiaan di Gaza kini pada tahap yang tidak sepatutnya boleh diterima. 

“Kamu menyebut tentang keganasan seksual, saya (merupakan) sebahagian dari proses pemeriksaan hak asasi manusia, menapis persenjataan diberikan kepada Israel.

“Organisasi kebajikan dengan nama Pertahanan Antarabangsa Kanak-kanak Palestin (DCIP) menarik perhatian kami, berkenaan satu serangan seksual atau sebenarnya satu (kes) rogol kanak-kanak lelaki berumur 13 tahun yang berlaku di penjara Israel di Moscovia di Jerusalem (Baitulmaqdis).

“Kami menyiasat dakwaan ini, kami dapati ia boleh dipercayai dan kami mempertanggungjawabkan perkara itu ke atas kerajaan Israel,” katanya.

Paul turut menceritakan tindakan tentera zionis Israel pada keesokan harinya menyerbu organisasi yang menyimpan maklumat kanak-kanak Palestin dalam tahanan rejim Israel itu.

Advertisement

“Kamu tahu apa yang berlaku keesokan harinya?, IDF (tentera rejim zionis Israel) memasuki pejabat pegawai DCIP, rampas komputer mereka, dan isytiharkan mereka sebagai sebuah entiti pengganas,” katanya kepada Amanpour.

Paul berkata kekejaman tidak sepatutnya berlaku kepada sesiapa pun, samada kekejaman pencabulan seksual atau apa sahaja pencabulan melampau hak asasi manusia.

Statistik DCIP menunjukkan, setakat hari ini, 156 kanak-kanak ditahan atas sebab “keselamatan”, 23 kanak-kanak ditahan atas sebab undang-undang dengan catatan kemas kini terakhir pada September lalu.

Manakala jumlah kematian kanak-kanak pada 2023 disebabkan peluru hidup dilaporkan DCIP adalah 92 mangsa dengan kemas kini terakhir pada bulan ini. – The Merdeka Times

Sumber: Youtube – CNN, Defence for Children International Palestine

 

View this post on Instagram

 

Advertisement

A post shared by THE MERDEKA TIMES (TMT) (@themerdekatimes)

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending