Terkini
PRU15: Tolak rasuah dan salah guna kuasa, penjawat awam perlu jadi entiti bebas
Penjawat awam perlu memainkan peranan penting dalam memerangi rasuah dan salah guna kuasa ketika Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

- Penjawat awam perlu memainkan peranan penting dalam memerangi rasuah dan salah guna kuasa ketika PRU.
- Mereka perlu melaporkan segala bentuk kesalahan seperti pemerasan, ancaman, pembelian undi dan penyalahgunaan sumber.
- Perkhidmatan awam mesti terus memainkan peranan sebagai entiti bebas dalam mengendalikan PRU.
SHAH ALAM – Penjawat awam perlu memainkan peranan penting dalam memerangi rasuah dan salah guna kuasa ketika Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
Presiden Transparency International Malaysia (TI-M), Dr Muhammad Mohan berkata, penjawat awam perlu melaporkan segala bentuk kesalahan tersebut seperti pemerasan, ancaman, pembelian undi, penyalahgunaan sumber dan jentera awam, serta semua salah guna kuasa kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
“Perkhidmatan awam mesti terus memainkan peranan sebagai entiti bebas dalam mengendalikan dan mengawal proses pilihan raya, dan sebagai pengundi, untuk menyelamatkan negara daripada kemuflisan moral dan kewangan.
Kita perlu mengingatkan wakil rakyat kita bahawa Parlimen yang dibubarkan bukanlah negara yang terbubar, tanpa undang-undang dan ketenteraman,” katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.
Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai pembubaran Parlimen bagi PRU15 menyatakan, pihaknya kecewa namun tidak terkejut dengan keputusan tersebut.
“Strategi pilihan raya telah menimbulkan tanda tanya melihat kepada rentetan peristiwa susulan pembubaran dilakukan tiga hari selepas Bajet 2023 dibacakan yang menjanjikan pemberian wang tunai dan hadiah untuk pilihan raya.
“Namun, rakyat harus faham bahawa bajet yang dibacakan belum diluluskan oleh Parlimen dan Kerajaan baharu perlu mengemukakan cadangan baharu, yang mungkin berbeza, maka tarikan untuk mengundi Kerajaan yang akan meneruskan pemberian hadiah menjadi insentif pilihan raya untuk mengundi ‘kerajaan yang tepat’,” ujar beliau.
Jelas Muhammad, segala permainan politik semenjak Februari 2020 lalu seperti, lompat parti, aksi publisiti, taktik penundaan perbicaraan mahkamah, dan salah tadbir negara, telah didorong oleh perubahan majoriti dan pakatan di Parlimen.
“PRU15 akan menjadi pilihan raya pertama rakyat Malaysia yang tiada satu parti pun memegang majoriti di Parlimen dan menjadi kewajipan kita sebagai rakyat Malaysia untuk mengundi dan menolak pemimpin terlibat rasuah semasa memilih,” tegasnya.
Sumber: Sinar Harian
Terkini
Belanda sekat visa peneroka pelampau Israel
Selepas Amerika Syarikat (AS) mengenakan sekatan visa ke atas peneroka pelampau Israel, Belanda juga akan melarang kelompok ekstremis zionis dari memasuki negara itu.

- Selepas Amerika Syarikat (AS) mengenakan sekatan visa ke atas peneroka pelampau Israel, Belanda juga akan melarang kelompok ekstremis zionis dari memasuki negara itu.
- Perkara itu diumumkan Perdana Menteri Belanda, Alexander De Croo pada Rabu ke atas peneroka pelampau Israel di Tebing Barat.
- Dalam ucapannya di Persidangan Antarabangsa 75 tahun Deklarasi Hak Asasi Manusia Sejagat di Universiti Ghent, De Croo menekankan komitmennya untuk melindungi orang awam dari keganasan di Timur Tengah.
- “Peneroka ekstremis di Tebing Barat akan dilarang memasuki Belanda. Kami akan bekerjasama dengan AS mengenai sekatan menyasarkan individu terlibat dalam tindakan menjejaskan keamanan, keselamatan dan kestabilan di Tebing Barat,” kata De Croo dipetik Brussels Times.
- Kenyataan itu dibuat selepas Setiausaha Negara AS, Antony Blinken mengumumkan langkah sekatan visa semalam.
Selepas Amerika Syarikat (AS) mengenakan sekatan visa ke atas peneroka pelampau Israel, Belanda juga akan melarang kelompok ekstremis zionis dari memasuki negara itu.
Perkara itu diumumkan Perdana Menteri Belanda, Alexander De Croo pada Rabu ke atas peneroka pelampau Israel di Tebing Barat.
Dalam ucapannya di Persidangan Antarabangsa 75 tahun Deklarasi Hak Asasi Manusia Sejagat di Universiti Ghent, De Croo menekankan komitmennya untuk melindungi orang awam dari keganasan di Timur Tengah.
Kenyataan itu dibuat selepas Setiausaha Negara AS, Antony Blinken mengumumkan langkah sekatan visa semalam.
“Peneroka ekstremis di Tebing Barat akan dilarang memasuki Belanda. Kami akan bekerjasama dengan AS mengenai sekatan menyasarkan individu terlibat dalam tindakan menjejaskan keamanan, keselamatan dan kestabilan di Tebing Barat.
“Kami akan bekerjasama dengan AS berkaitan sekatan ini dan akan mendorong Kesatuan Eropah (EU) untuk mengikutinya,” kata De Croo dipetik Brussels Times.
Sejak serangan dilancarkan pejuang Hamas pada 7 Oktober lalu, keganasan semakin meningkat di Tebing Barat dengan sekurang-kurangnya 258 warga Palestin terbunuh, menurut statistik Pihak Berkuasa Palestin.
Majoritinya terbunuh dalam pertembungan dengan tentera zionis dengan majoriti orang awam menjadi mangsa keganasan tanpa provokasi peneroka pelampau Israel.
Ia juga disebabkan kerajaan sayap kanan Israel yang terdiri daripada peneroka ultranasionalis, mengisyaratkan sokongan terhadap tindakan kumpulan peneroka haram Israel.
Setakat ini, lebih 17,150 warga Palestin, termasuk lebih 7,000 kanak-kanak, terbunuh dalam tempoh lebih lapan minggu serangan rejim zionis Israel ke atas Gaza, manakala 1,200 orang terkorban di Israel. – The Merdeka Times
-
Terkini4 days ago
Kredit e-Madani dilarang pindah atau tebus tunai, akaun boleh disekat
-
Terkini3 days ago
(VIDEO) Tular rakyat Malaysia gesa Kedutaan Israel dibuka di negara ini
-
Antarabangsa2 days ago
Israel akui sukar tewaskan Hamas
-
Antarabangsa3 days ago
(VIDEO) Tentera rejim zionis rogol kanak-kanak lelaki Palestin di Penjara Israel – Bekas pegawai kanan AS