Connect with us

Terkini

PRU-15: Paling cepat seminggu selepas parlimen dibubarkan

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mampu laksanakan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) paling cepat dalam tempoh seminggu selepas tarikh pembubaran Parlimen.

Wartawan TMT

Published

on

PRU-15: Paling cepat seminggu selepas parlimen dibubarkan
Foto: Bekas Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof.
  • Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mampu laksanakan PRU paling cepat dalam tempoh seminggu selepas tarikh pembubaran Parlimen.
  • Ia sekiranya SPR sudah membuat persediaan lengkap dari segi pentadbiran, lokasi mengundi dan penjumlahan undi, kertas undian, kertas daftar pemilih dan dakwat kekal.
  • Pihak SPR akan mengadakan mesyuarat khas untuk mendapat keputusan ahli.

SHAH ALAM – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mampu laksanakan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) paling cepat dalam tempoh seminggu selepas tarikh pembubaran Parlimen.

Bekas Pengerusinya, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata, perkara tersebut mampu dilaksanakan lebih awal sekiranya SPR sudah membuat persediaan lengkap dari segi pentadbiran termasuk lokasi mengundi dan penjumlahan undi, kertas undian, kertas daftar pemilih dan dakwat kekal.

“Ketika zaman saya dahulu, (PRU) ambil masa lebih kurang seminggu. Tetapi kalau semua sudah bersedia, mungkin boleh diumumkan lebih awal (daripada tempoh tersebut).

“Apa-apa pun pihak SPR akan mengadakan mesyuarat khas untuk mendapat keputusan ahli.

“Untuk tentukan tarikh itu mesti ada persetujuan dari semua ahli,” katanya kepada Sinar Harian.

Ujar beliau, selain keupayaan, SPR mengambil kira pelbagai faktor dalam menentukan tarikh mengundi PRU15.

“Pertama kita akan pastikan adakah tempoh (PRU) itu ada perayaan seperti hari raya, Deepavali, perayaan Krismas, Tahun Baharu Cina atau perayaan libatkan kaum-kaum.

“Hari mengundi itu patut disertai semua negeri. Kalau boleh, SPR tidak mahu ada negeri yang tidak bubarkan Dewan Undangan Negeri sebab kena buat dua kali,” ujarnya.Abdul Aziz berkata, faktor cuaca dan bencana alam juga memainkan peranan penting dalam menentukan tarikh pengundian dalam pilihan raya.

Sumber: Sinar Harian 

 

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Terkini

Kenyataan ekonomi terjejas akibat gerakan boikot tidak tepat — Pengerusi BDS Malaysia

Pengerusi Boycott Divestment Sanctions (BDS) Malaysia menyifatkan dakwaan mengatakan ekonomi akan terjejas berikutan gerakan boikot dijalankan ketika ini adalah tidak tepat.

Hidayah Sani

Published

on

Foto: Pengerusi Boycott Divestment Sanctions (BDS) Malaysia, Profesor Dr Mohd Nazari Ismail.
  • Pengerusi BDS Malaysia, Profesor Dr Mohd Nazari Ismail berkata kenyataan itu tidak tepat kerana mereka yang tidak membeli minuman dan makanan di kedai diboikot akan membuat perbelanjaan di kedai lain serta peluang pekerjaan juga akan bertambah di syarikat lain yang tidak terbabit secara langsung dengan Israel, atau ia mengutuk kezaliman Israel secara terbuka.
  • Mohd Nazari tidak menafikan dalam jangka pendek pekerja di syarikat diboikot akan terjejas susulan gerakan itu, namun ia hanya masalah bersifat sementara kerana dalam jangka panjang kelompok berkenaan boleh bekerja di syarikat pilihan baru pengguna yang akan berkembang.
  • Katanya, terdapat banyak restoran tempatan dimaklumkan kepada beliau sedang berkembang dan menjadi lebih maju, susulan boikot ke atas syarikat francais asing seperti McDonald’s dan Starbucks.
  • “Jika pengurusan syarikat terbabit ingin pastikan perniagaan mereka tidak diboikot dan nasib pekerja mereka tidak terjejas, senang sahaja… jangan ada apa-apa kaitan langsung dengan Israel,” katanya kepada The Merdeka Times di sini hari ini.
  • Beliau berkata demikian ketika mengulas ciapan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming di platform X pada Khamis yang menyatakan pekerja tempatan sedang menanggung sengsara akibat boikot dimainkan pihak tidak bertanggungjawab.

KUALA LUMPUR — Pengerusi Boycott Divestment Sanctions (BDS) Malaysia menyifatkan dakwaan mengatakan ekonomi akan terjejas berikutan gerakan boikot dijalankan ketika ini adalah tidak tepat.

Pengerusinya, Profesor Dr Mohd Nazari Ismail berkata ia tidak tepat kerana mereka yang tidak membeli minuman dan makanan di kedai diboikot akan membuat perbelanjaan di kedai lain.

Selain itu, peluang pekerjaan juga akan bertambah di syarikat lain yang tidak terbabit secara langsung dengan Israel, atau ia mengutuk kezaliman Israel secara terbuka.

“Bukan susah untuk kutuk kezaliman Israel. Saya pun hairan kenapa ada syarikat yang masih enggan lakukan benda yang baik ini.

“Jika mereka kutuk kezaliman Israel secara jelas dan terbuka, saya yakin pengguna akan pergi balik ke kedai mereka,” katanya kepada The Merdeka Times di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika mengulas ciapan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming di platform X pada Khamis yang menyatakan pekerja tempatan sedang menanggung sengsara akibat boikot dimainkan pihak tidak bertanggungjawab.

Kor Ming yang juga Naib Pengerusi DAP turut memuat naik tangkap layar artikel berita Cina bertajuk, ‘Gelombang boikot menyebabkan pekerja KFC dipotong gaji, pendapatan bulanan pasangan RM600 untuk menyara 3 anak’.

Foto: Tangkap layar ciapan Nga Kor Ming.

Mengulas lanjut, Mohd Nazari tidak menafikan dalam jangka pendek pekerja di syarikat diboikot akan terjejas susulan gerakan itu, namun ia hanya masalah bersifat sementara kerana dalam jangka panjang kelompok berkenaan boleh bekerja di syarikat pilihan baru pengguna yang akan berkembang.

Malah, katanya terdapat banyak restoran tempatan dimaklumkan kepada beliau sedang berkembang dan menjadi lebih maju, susulan boikot ke atas syarikat francais asing seperti McDonald’s dan Starbucks.

“Jika pengurusan syarikat terbabit ingin pastikan perniagaan mereka tidak diboikot dan nasib pekerja mereka tidak terjejas, senang sahaja… jangan ada apa-apa kaitan langsung dengan Israel. 

“Keluar dari Israel. Atau keluarkan kenyataan mengutuk kezaliman Israel di Gaza,” kata pengerusi BDS Malaysia. — The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending