Connect with us

Terkini

“Promosi calon PM sendiri bukan sibuk serang UMNO” – Shahril Hamdan

Ketua Penerangan UMNO, Shahril Sufian Hamdan membidas tindakan pembangkang yang menyerang dan memainkan polemik berkaitan bakal calon Perdana Menteri daripada UMNO dan BN menjelang Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Wartawan TMT

Published

on

“Promosi calon PM sendiri bukan sibuk serang UMNO” - Shahril Hamdan
Foto: Ketua Penerangan UMNO, Shahril Sufian Hamdan.
  • Ketua penerangan UMNO membidas tindakan pembangkang menyerang dan memainkan polemik bakal calon Perdana Menteri UMNO menjelang PRU-15.
  • Ketetapan pemilihan calon Perdana Menteri UMNO itu sudah selesai diputuskan sejak April lalu.
  • Isu itu dimainkan untuk menunjukkan bahawa pembangkang tiada isu untuk diketengahkan bagi PRU
  • “Dia bukan sibuk nak promosikan calon PM sendiri tapi sibuk nak serang,” – Shahril Hamdan.

SHAH ALAM – Ketua Penerangan UMNO, Shahril Sufian Hamdan membidas tindakan pembangkang yang menyerang dan memainkan polemik berkaitan bakal calon Perdana Menteri daripada UMNO dan BN menjelang Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Beliau berkata, ketetapan untuk menjadikan Datuk Seri Ismail Sabri sebagai calon Perdana Menteri UMNO dan BN sekiranya gabungan itu memenangi PRU15 sudah selesai diputuskan sejak April lalu.

Menurutnya, isu bakal calon Perdana Menteri yang dimainkan itu menunjukkan bahawa pembangkang ketiadaan isu untuk diketengahkan bagi menghadapi pilihan raya akan datang.

“Isu calon Perdana Menteri BN ataupun calon PM UMNO ini satu isu menunjukkan lawan parti, PN atau PH tiada isu lain.

“Dia bukan sibuk nak promosikan calon PM sendiri tapi sibuk nak serang,” katanya menerusi satu video pendek yang dikongsikan di Facebooknya pada Isnin.

Pada 14 April lalu, Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO sebulat suara mencadangkan Ismail Sabri menjadi calon perdana menteri pada PRU15.

Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi pada Ahad memaklumkan UMNO tidak berganjak dengan keputusan mencalonkan Ismail Sabri yang juga Naib Presidennya sebagai calon Perdana Menteri jika BN memenangi PRU15.

Ahmad Zahid berkata, keputusan yang dibuat itu tidak boleh dipertikaikan lagi.

Shahril berkata, pembangkang harus melihat kepada diri sendiri sebelum cuba memberikan gambaran bahawa Ahmad Zahid bakal menipu Ismail Sabri untuk membolehkan bekas Ahli Parlimen Bagan Datuk itu menjadi Perdana Menteri.

“Tapi sedangkan yang menipu sesama pemimpin ini adalah PH termasuk PN dulu yang zaman dia masuk PH selepas PRU14. Kita dah dengar drama kononnya Tun Dr Mahathir Mohamad akan bagi pada Datuk Seri Anwar. Alih-alih tak bagi.

“Drama menipu dua orang inilah yang menyebabkan PH sendiri retak dan jatuh dengan sendirinya dan dia tarik sekali negara dan rakyat ke kancah ketidakstabilan yang kekal sampai hari ini.

“Jadi yang menipu ini dua orang ini. Tidak ada kena mengena dengan BN. Insya-ALLAH BN kami tidak tipu,” ujarnya.

Sumber: Sinar Harian

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Antarabangsa

(VIDEO) Pintas serangan Iran, hubungan Jordan-Israel masih kukuh?

Israel menyifatkan pintasan dron Iran yang dilancarkan tentera udara Jordan pada malam Sabtu membuktikan hubungan dua negara masih kukuh.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu (kiri) & Raja Jordan, king Abdullah II ibn Al-Hussein (kanan).
  • Israel menyifatkan pintasan dron Iran yang dilancarkan tentera udara Jordan pada malam Sabtu membuktikan hubungan dua negara masih kukuh.
  • Felo kanan senior di The Washington Institute for Near East Policy berkata,campur tangan Amman pada malam Sabtu tidak mengejutkan.Sokongan dramatik kerajaan itu membuktikan kekuatan pakatan keselamatan antara Amman dan Israel. – Ghaith al-Omari
  • Pegawai kanan bersara dan pakar tentera, Mahmoud Ridasat yang berpangkalan di ibu negara Amman bagaimanapun berkata, laporan berita ini tidak lebih daripada propaganda Israel.

Israel menyifatkan pintasan dron Iran yang dilancarkan tentera udara Jordan pada malam Sabtu membuktikan hubungan dua negara masih kukuh.

Menurut portal berita online zionis, Times Of Israel, walaupun bantuan ketenteraan yang diberikan Amman kepada Israel mengejutkan ramai penduduknya namun ia tetap disambut penuh semangat di negara jajahan Yahudi tersebut.

Bagi sesetengah pengulas, campur tangan Amman pada malam Sabtu tidak mengejutkan. Ghaith al-Omari, warga asal Jordan yang juga seorang felo kanan senior di The Washington Institute for Near East Policy berkata, sokongan dramatik kerajaan itu membuktikan kekuatan pakatan keselamatan antara Amman dan Israel.

“Walaupun terdapat ketegangan politik antara Jordan dan Israel, hubungan ketenteraan dan perisikan tidak pernah berhenti,” katanya. 

“Sebenarnya, semakin politik memburuk, semakin rapatlah tentera, kerana mereka berdua memahami keperluan untuk mengekalkan hubungan ini. Ini sebahagian daripada doktrin ketenteraan Jordan dan doktrin ketenteraan Israel,” kata al-Omari dipetik TOI.

Seorang pegawai kanan bersara dan pakar tentera, Mahmoud Ridasat yang berpangkalan di ibu negara Amman bagaimanapun berkata, laporan berita ini tidak lebih daripada propaganda Israel.

Jelasnya, apa yang berlaku pada malam Sabtu lalu, tidak boleh dikira sebagai mempertahankan Israel, sebaliknya mempertahankan kedaulatan Jordan dan ruang udara negara tersebut.

Pada 1994, Jordan menjadi negara Arab kedua yang menjalin hubungan diplomatik dengan Israel (selepas Mesir pada 1979). Jordan melihat dirinya sebagai penjaga tapak suci umat Islam di Kota Lama Baitulmaqdis termasuk perkarangan Al-Aqsa dan kedua-dua negara itu juga mempunyai kerjasama keselamatan dan perisikan yang kukuh. 

Hubungan itu bagaimanapun mulai tegang sejak tercetusnya Taufan Al-Aqsa pada 7 Oktober tahun lalu.– The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending