Connect with us

Terkini

Negeri enggan bubar DUN, berisiko kalah PRN – Penganalisis Politik

Keputusan PAS dan Pakatan Harapan (PH) yang enggan membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) di negeri dikuasai parti itu, berisiko memakan diri pada pilihan raya negeri (PRN) akan datang.

Wartawan TMT

Published

on

Negeri enggan bubar DUN, berisiko kalah PRN - Penganalisis Politik
Foto: Penganalisis politik dari Universiti Malaya (UM), Dr Mohammad Tawfik Yaakub.
  • Keputusan PAS dan PH enggan bubar DUN berisiko memakan diri pada PRU akan datang.
  • PAS dan PH berisiko hilang beberapa negeri PRN jika BN berjaya bentuk kerajaan Persekutuan bagi PRU-15.
  • Sekiranya itu berlaku, BN pasti menggunakan kekuatan jentera Persekutuan dan merampas beberapa negeri PAS dan PH. – Penganalisis Politik.

KUALA LUMPUR: Keputusan PAS dan Pakatan Harapan (PH) yang enggan membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) di negeri dikuasai parti itu, berisiko memakan diri pada pilihan raya negeri (PRN) akan datang.

Penganalisis politik dari Universiti Malaya (UM), Dr Mohammad Tawfik Yaakub, berpandangan PAS dan PH berisiko hilang beberapa negeri dalam PRN akan datang, jika Barisan Nasional (BN) berjaya membentuk kerajaan pada peringkat Persekutuan dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Jika situasi itu berlaku, katanya, BN pasti menggunakan kekuatan jentera Persekutuan sepenuhnya dengan memberi tumpuan khusus ketika PRN nanti, sekali gus menjadi kekuatan tambahan untuk gabungan itu merampas beberapa negeri PAS dan PH.

Beliau juga percaya pelaksanaan pilihan raya berulang kali dalam tempoh singkat akan ‘merosakkan mood rakyat’, menyebabkan ramai memilih untuk tidak pulang ke kampung mengundi, sekali gus menjejaskan peluang PAS dan PH mempertahankan negeri masing-masing.

“Jika BN menang pada peringkat Persekutuan, PAS di Kelantan atau DAP di Pulau Pinang perlu berdepan kekuatan jentera Persekutuan yang dapat memberi tumpuan penuh dalam PRN.

“Pilihan raya berasingan juga hanya menyusahkan rakyat keluar mengundi. PAS dan PH mungkin laksanakan PRN berasingan, bermakna rakyat perlu hadapi pilihan raya berulang kali dalam tempoh hanya beberapa bulan.

“Ini akan merosakkan mood rakyat untuk keluar mengundi dan saya percaya peratusan keluar mengundi akan kurang daripada 70 peratus jika pilihan raya ini dilaksanakan secara berasingan, sekali gus menjejaskan proses demokrasi negara,” katanya kepada BH, hari ini.

Semalam, Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang memaklumkan parti itu kekal dengan pendirian untuk tidak membubarkan DUN Kelantan, Terengganu dan Kedah yang dikuasainya pada PRU-15.

Majlis Presiden PH pula sebelum ini memutuskan tiga negeri ditadbir gabungan itu iaitu Selangor, Negeri Sembilan dan Pulau Pinang juga tidak akan membubarkan DUN masing-masing, namun DAP Pulau Pinang menyatakan hasrat supaya DUN negeri itu dibubarkan kerana orang ramai mahukan pilihan raya diadakan serentak.

Ditanya mengenai alasan banjir digunakan untuk tidak membubarkan DUN, Mohammad Tawfik percaya Yang di-Pertuan Agung, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah sudah mengambil kira faktor itu sebelum memperkenan permohonan pembubaran Parlimen.

“Pasti ada sebab baginda memberi perkenan dan keputusan ini dibuat selepas Al-Sultan Abdullah melawat Pusat Ramalan dan Amaran Banjir Negara (PRABN) di Kuala Lumpur,” katanya.

Sementara itu, penganalisis keselamatan dan politik di Pusat Pengajian Perangsaraf Media dan Informasi Universiti Teknologi MARA (UiTM), Dr Noor Nirwandy Mat Noordin, berpandangan keputusan PH dan PAS untuk tidak membubarkan DUN adalah strategi politik parti berkenaan.

Berdasarkan situasi pasif politik dalam kalangan rakyat ketika ini, beliau percaya PAS dan PH mahu melihat pola pengundian rakyat dalam PRU-15 terlebih dulu, sebelum menentukan strategi politik untuk berdepan PRN di negeri masing-masing.

Namun, katanya, pendekatan itu membebankan rakyat, selain menyebabkan kos pengurusan pilihan raya meningkat berkali ganda.

“Keputusan PAS dan PH menyukarkan lagi proses pilihan raya. Situasi ini akan memberi gambaran kepada rakyat bahawa parti politik hanya mengutamakan agenda politik berbanding kepentingan rakyat,” katanya.

Pada masa sama, Noor Nirwandy berpandangan pembubaran DUN dan Parlimen wajar dibuat serentak bagi melancarkan proses demokrasi dengan memudahkan rakyat untuk keluar mengundi.

“Jika dilakukan secara bersama, tentu Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan fikirkan kaedah dan tatacara yang sesuai untuk memastikan kelancaran PRU-15, termasuk mengambil kira faktor risiko bencana banjir,” katanya.

Sumber: Berita Harian

 

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Antarabangsa

(VIDEO) Pintas serangan Iran, hubungan Jordan-Israel masih kukuh?

Israel menyifatkan pintasan dron Iran yang dilancarkan tentera udara Jordan pada malam Sabtu membuktikan hubungan dua negara masih kukuh.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu (kiri) & Raja Jordan, king Abdullah II ibn Al-Hussein (kanan).
  • Israel menyifatkan pintasan dron Iran yang dilancarkan tentera udara Jordan pada malam Sabtu membuktikan hubungan dua negara masih kukuh.
  • Felo kanan senior di The Washington Institute for Near East Policy berkata,campur tangan Amman pada malam Sabtu tidak mengejutkan.Sokongan dramatik kerajaan itu membuktikan kekuatan pakatan keselamatan antara Amman dan Israel. – Ghaith al-Omari
  • Pegawai kanan bersara dan pakar tentera, Mahmoud Ridasat yang berpangkalan di ibu negara Amman bagaimanapun berkata, laporan berita ini tidak lebih daripada propaganda Israel.

Israel menyifatkan pintasan dron Iran yang dilancarkan tentera udara Jordan pada malam Sabtu membuktikan hubungan dua negara masih kukuh.

Menurut portal berita online zionis, Times Of Israel, walaupun bantuan ketenteraan yang diberikan Amman kepada Israel mengejutkan ramai penduduknya namun ia tetap disambut penuh semangat di negara jajahan Yahudi tersebut.

Bagi sesetengah pengulas, campur tangan Amman pada malam Sabtu tidak mengejutkan. Ghaith al-Omari, warga asal Jordan yang juga seorang felo kanan senior di The Washington Institute for Near East Policy berkata, sokongan dramatik kerajaan itu membuktikan kekuatan pakatan keselamatan antara Amman dan Israel.

“Walaupun terdapat ketegangan politik antara Jordan dan Israel, hubungan ketenteraan dan perisikan tidak pernah berhenti,” katanya. 

“Sebenarnya, semakin politik memburuk, semakin rapatlah tentera, kerana mereka berdua memahami keperluan untuk mengekalkan hubungan ini. Ini sebahagian daripada doktrin ketenteraan Jordan dan doktrin ketenteraan Israel,” kata al-Omari dipetik TOI.

Seorang pegawai kanan bersara dan pakar tentera, Mahmoud Ridasat yang berpangkalan di ibu negara Amman bagaimanapun berkata, laporan berita ini tidak lebih daripada propaganda Israel.

Jelasnya, apa yang berlaku pada malam Sabtu lalu, tidak boleh dikira sebagai mempertahankan Israel, sebaliknya mempertahankan kedaulatan Jordan dan ruang udara negara tersebut.

Pada 1994, Jordan menjadi negara Arab kedua yang menjalin hubungan diplomatik dengan Israel (selepas Mesir pada 1979). Jordan melihat dirinya sebagai penjaga tapak suci umat Islam di Kota Lama Baitulmaqdis termasuk perkarangan Al-Aqsa dan kedua-dua negara itu juga mempunyai kerjasama keselamatan dan perisikan yang kukuh. 

Hubungan itu bagaimanapun mulai tegang sejak tercetusnya Taufan Al-Aqsa pada 7 Oktober tahun lalu.– The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending