Connect with us

Terkini

Melayu hanya ingin diperintah oleh bangsanya sendiri – Tun Mahathir

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berpandangan orang Melayu hanya ingin diperintah oleh kerajaan yang didominasi bangsanya sendiri.

Wartawan TMT

Published

on

Melayu hanya ingin diperintah oleh bangsanya sendiri - Tun Mahathir
Foto: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.
  • Orang Melayu hanya ingin diperintah oleh kerajaan yang didominasi bangsanya sendiri.
  • Mereka berhak memilih sama ada ‘Melayu penjenayah’ dalam UMNO atau Melayu  bebas daripada kes jenayah dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
  • GTA berusaha memulihkan imej negara sebagai Harimau Asia dan tidak menyalahgunakan kuasa sekiranya membentuk kerajaan selepas PRU15.
  • Masalah orang Melayu terutama kemiskinan dan kehilangan tanah akan menjadi tumpuan utama dalam agenda Pejuang pada PRU15.

SHAH ALAM – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berpandangan orang Melayu hanya ingin diperintah oleh kerajaan yang didominasi bangsanya sendiri.

Justeru beliau yang juga Pengerusi Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) berkata, mereka boleh memilih sama ada ‘Melayu penjenayah’ dalam UMNO atau Melayu yang bebas daripada kes jenayah daripada Pejuang serta rakan kerjasamanya dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) akan datang.

“GTA akan berusaha memulihkan imej negara sebagai Harimau Asia dan tidak menyalahgunakan kuasa sekiranya membentuk kerajaan selepas PRU15.

“Keluhuran undang-undang akan dihormati. Kuasa tidak akan disalah guna, rasuah akan diperangi, kos sara hidup akan diturun. Negara akan dipulih sehingga kembali menjadi Harimau Asia,” katanya menerusi hantaran di laman Facebook pada Selasa.

Dalam pada itu Dr Mahathir berkata, gabungan itu diwakili empat parti politik berteraskan Melayu iaitu Pejuang, Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra), Parti Persatuan Muslim Kebangsaan India (Iman) dan Barisan Jemaah Islamiah Se-Malaysia (Berjasa) serta orang Melayu yang tidak aktif dalam politik.

Justeru katanya, masalah orang Melayu terutama kemiskinan dan kehilangan tanah akan menjadi tumpuan utama dalam agenda Pejuang pada PRU15 nanti.

Sebelum ini, Dr Mahathir dilaporkan berkata, GTA yang ditubuh pada Ogos lalu telah menyatakan pendirian untuk meletakkan 120 calon di seluruh negara pada PRU15 dengan lebih 30 peratus adalah calon muda.

Advertisement

Sumber: Sinar Harian

 

Author

Terkini

Belanda sekat visa peneroka pelampau Israel

Selepas Amerika Syarikat (AS) mengenakan sekatan visa ke atas peneroka pelampau Israel, Belanda juga akan melarang kelompok ekstremis zionis dari memasuki negara itu.

A.R. Khan

Published

on

Belanda sekat visa peneroka pelampau Israel
Foto: Perdana Menteri Belanda, Alexander De Croo.
  • Selepas Amerika Syarikat (AS) mengenakan sekatan visa ke atas peneroka pelampau Israel, Belanda juga akan melarang kelompok ekstremis zionis dari memasuki negara itu.
  • Perkara itu diumumkan Perdana Menteri Belanda, Alexander De Croo pada Rabu ke atas peneroka pelampau Israel di Tebing Barat.
  • Dalam ucapannya di Persidangan Antarabangsa 75 tahun Deklarasi Hak Asasi Manusia Sejagat di Universiti Ghent, De Croo menekankan komitmennya untuk melindungi orang awam dari keganasan di Timur Tengah.
  • “Peneroka ekstremis di Tebing Barat akan dilarang memasuki Belanda. Kami akan bekerjasama dengan AS mengenai sekatan menyasarkan individu terlibat dalam tindakan menjejaskan keamanan, keselamatan dan kestabilan di Tebing Barat,” kata De Croo dipetik Brussels Times.
  • Kenyataan itu dibuat selepas Setiausaha Negara AS, Antony Blinken mengumumkan langkah sekatan visa semalam.

Selepas Amerika Syarikat (AS) mengenakan sekatan visa ke atas peneroka pelampau Israel, Belanda juga akan melarang kelompok ekstremis zionis dari memasuki negara itu.

Perkara itu diumumkan Perdana Menteri Belanda, Alexander De Croo pada Rabu ke atas peneroka pelampau Israel di Tebing Barat.

Dalam ucapannya di Persidangan Antarabangsa 75 tahun Deklarasi  Hak Asasi Manusia Sejagat di Universiti Ghent, De Croo menekankan komitmennya untuk melindungi orang awam dari keganasan di Timur Tengah.

Kenyataan itu dibuat selepas Setiausaha Negara AS, Antony Blinken mengumumkan langkah sekatan visa semalam.

“Peneroka ekstremis di Tebing Barat akan dilarang memasuki Belanda. Kami akan bekerjasama dengan AS mengenai sekatan menyasarkan individu terlibat dalam tindakan menjejaskan keamanan, keselamatan dan kestabilan di Tebing Barat.

“Kami akan bekerjasama dengan AS berkaitan sekatan ini dan akan mendorong Kesatuan Eropah (EU) untuk mengikutinya,” kata De Croo dipetik Brussels Times.

Sejak serangan dilancarkan pejuang Hamas pada 7 Oktober lalu, keganasan semakin meningkat di Tebing Barat dengan sekurang-kurangnya 258 warga Palestin terbunuh, menurut statistik Pihak Berkuasa Palestin.

Advertisement

Majoritinya terbunuh dalam pertembungan dengan tentera zionis dengan majoriti orang awam menjadi mangsa keganasan tanpa provokasi peneroka pelampau Israel.

Ia juga disebabkan kerajaan sayap kanan Israel yang terdiri daripada peneroka ultranasionalis, mengisyaratkan sokongan terhadap tindakan kumpulan peneroka haram Israel. 

Setakat ini, lebih 17,150 warga Palestin, termasuk lebih 7,000 kanak-kanak, terbunuh dalam tempoh lebih lapan minggu serangan rejim zionis Israel ke atas Gaza, manakala 1,200 orang terkorban di Israel. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending