Connect with us

Terkini

Demokrasi digital, calon PRU15 perlu pantas jawab tuduhan jika mahu menangi hati pengundi

Calon dan parti politik yang bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) perlu memantapkan strategi kempen secara dalam talian kerana ia bersifat masa nyata, cepat dan mudah sampai kepada golongan sasar.

Wartawan TMT

Published

on

Demokrasi digital, calon PRU15 perlu pantas jawab tuduhan jika mahu menangi hati pengundi
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Calon dan parti politik PRU15 perlu mantapkan strategi kempen dalam talian kerana ia bersifat masa nyata, cepat dan mudah sampai kepada golongan sasar.
  • Pemimpin politik perlu mengakui konteks demokrasi digital, media baharu alat penting digunakan untuk memenangani hati dan mencorak persepsi pengundi. – Felo Kanan Majlis Profesor Negara, Datuk Dr Jeniri Amir.
  • Media sosial jadi instrumen PRU sejak 2013 tetapi tidak secara meluas namun sifatnya lebih murah dan mudah disedari mereka untuk sampaikan wadah, ideologi, manifesto dan wacana politik masa kini.
  • Kehadiran pengundi 18 tahun PRU kali ini cenderung guna media baharu dan  parti politik perlu memantapkan pasukan media sosial masing-masing. 
  • Menyediakan bahan kempen berbentuk infografik mudah difahami, visual dan audio menarik, santai dan bersifat interaktif sesuai dengan jiwa golongan muda.
  • “Perlu diingat maklumat di media sosial ni bergerak pantas, maka calon dan parti bertanding tidak boleh tunggu atau berdiam diri jika ‘diserang’, jawab semula tuduhan dengan bijak menggunakan fakta.”
  • Pengundi muda suka kempen dalam talian, yang berusia suka bersemuka. – Penganalisis Politik.

KUALA LUMPUR, 19 Okt (Bernama) – Calon dan parti politik yang bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) perlu memantapkan strategi kempen secara dalam talian kerana ia bersifat masa nyata, cepat dan mudah sampai kepada golongan sasar.

Sebagai contoh, dek kerana pandemik Covid-19 ketika Pilihan Raya Negeri Melaka diadakan pada November tahun lepas, semua parti dan calon terpaksa memanfaatkan kaedah itu bagi memperkenalkan calon dan berkempen secara agresif kerana kempen bersemuka, berkumpulan, ceramah umum tidak dibenarkan sama sekali.

Tindakan tegas kerajaan semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dengan diterajui Kementerian Kesihatan itu bertujuan menjaga kesihatan rakyat selain mengawal pandemik yang ketika itu merekodkan kes yang agak tinggi dengan ribuan nyawa terkorban akibat wabak berkenaan.

Felo Kanan Majlis Profesor Negara, Datuk Dr Jeniri Amir berkata, pemimpin politik perlu mengakui hakikat bahawa dalam konteks demokrasi digital, media baharu merupakan alat penting yang digunakan untuk memenangani hati dan mencorak persepsi pengundi.

“Media sosial mula digunakan sebagai instrumen PRU sejak 2013 tetapi tidak secara meluas…namun menyedari sifatnya yang lebih murah dan mudah, maka calon dan parti politik menggunakannya dengan aktif untuk menyampaikan wadah, ideologi, manifesto dan wacana politik masa kini.

“Malah, sesiapa sahaja calon boleh mengetengahkan diri dan apa yang mereka boleh tawarkan kepada pengundi dengan hanya memperkasakan media sosial. Ini kerana secara umumnya kebanyakan orang akan membawa telefon pintar ke mana-mana sahaja, dan boleh terus memperoleh maklumat,” katanya kepada Bernama.

Apa lagi dengan kehadiran pengundi 18 tahun pada PRU kali ini yang cenderung menggunakan media baharu, Dr Jeniri berkata, parti politik perlu mengambil kesempatan untuk memantapkan pasukan media sosial masing-masing.

Katanya, ia termasuk menyediakan bahan kempen yang berbentuk infografik yang mudah difahami, visual dengan audio menarik, santai dan bersifat interaktif yang sesuai dengan jiwa golongan muda.

Bagaimanapun, beliau akui media baharu memberi peluang kepada pihak tertentu untuk menyebarkan propaganda hitam termasuk fitnah dan berita tidak benar untuk menjatuhkan pihak lain kerana penggunaannya yang tiada sempadan.

Justeru, calon dan parti politik yang bertanding perlu peka dan mengambil tindakan segera untuk menangkis tuduhan liar pihak lawan melalui wacana tandingan berdasarkan data dan fakta.

“Perlu diingat maklumat di media sosial ni bergerak pantas, maka calon dan parti bertanding tidak boleh tunggu atau berdiam diri jika ‘diserang’, sebaliknya mereka perlu jawab semula tuduhan dengan bijak menggunakan fakta kerana setiap tuduhan di media sosial boleh mempengaruhi minda pengundi, sekali gus membawa mudarat kepada calon bertanding,” katanya.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob ketika Majlis Pelancaran Jentera Pemuda Barisan Nasional (BN) pada 17 September lepas turut menyeru pemimpin parti itu termasuk Pemuda BN untuk menguasai peperangan secara maya dan menjawab segala tuduhan serta serangan pihak pembangkang kepada BN dan kerajaan yang dilemparkan di media sosial.

Senada dengan Dr Jeniri, Penganalisis Politik Universiti Teknologi MARA (UiTM) Datuk Prof Dr Ismail Sualman berkata, pihak yang diserang secara maya perlu menangkis dakwaan itu secepat mungkin bagi memastikan rakyat tidak terpengaruh.

Bagaimanapun, beliau berpendapat penggunaan media tradisional dan media baharu secara seimbang menggunakan konsep ‘convergence’ dapat membantu calon dan parti politik untuk menyampaikan aspirasi mereka kepada masyarakat, selain langkah turun padang masih relevan untuk memikat hati pengundi.

“Contohnya calon tempatan, penduduk di kawasan itu dah kenal calon tersebut, jadi tiada masalah untuk dia tetapi jika calon baharu yang datang bertanding di kawasan itu, dia harus memperkenalkan dirinya dengan cara konvensional seperti turun padang berjumpa penduduk, guna poster, ceramah bersemuka kerana kaedah kempen secara maya tidak cukup,” katanya.

Pada masa sama beliau berkata, perancang kempen politik dari setiap parti perlu menggabungjalinkan kaedah kempen mengikut segmentasi pengundi seperti umur dan kawasan tempat tinggal bagi memastikan kempen yang dijalankan tidak sia-sia.

“Anak muda mungkin suka cara kempen dalam talian di Facebook dan Twitter misalnya, golongan berusia pula suka kempen yang bersemuka yang dapat memberi mereka ingatan jangka masa panjang terhadap calon, maka perancang kempen politik perlu melaksanakan pelbagai pendekatan mengikut keperluan golongan sasar,” katanya yang juga Pensyarah Kolej Pengkomputeran, Informatik dan Media UiTM. 

Sumber: Bernama

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Terkini

Media jangan timbul persepsi, kaitkan tindakan keganasan dengan agama pelaku – Pendakwah

Media tempatan diingatkan untuk mengelak menggunakan tajuk mengaitkan agama dengan tindakan seseorang pelaku yang tidak seiring dengan tindakan individu beragama, termasuk mengaitkannya dengan punca keganasan pelaku.

Hidayah Sani

Published

on

Foto: Presiden MURSHID Malaysia, Abdullah Bukhari Abdul Rahim al-Hafiz (kiri) & Pendakwah bebas, Firdaus Wong Wai Hung (kanan).
  • Media tempatan diingatkan untuk mengelak menggunakan tajuk mengaitkan agama dengan tindakan seseorang pelaku yang tidak seiring dengan tindakan individu beragama, termasuk mengaitkannya dengan punca keganasan pelaku.
  • Presiden MURSHID Malaysia, Abdullah Bukhari Abdul Rahim al-Hafiz meminta media mengelak berbuat demikian yang menimbulkan persepsi seolah-olah agama ada kaitan dengan tindakan ganas si pelaku susulan media tempatan mengangkat tajuk bahawa suspek kes tembak di KLIA adalah seorang hafiz al-Quran.
  • Abdullah Bukhari berkata sebelum ini juga ada kisah seorang wanita yang melawak di kelab komedi di mana dia mengisytiharkan diri hafal 15 juzuk, namun kemudiannya membuka baju kurung digunakan dan mendakwa mempunyai tujuh teman lelaki atau kekasih.
  • “Hafiz Al-Quran sebenar ialah orang yang hafaz, ingat hafazan dan praktik isi kandungan al-Quran. Akhlaknya sehebat isi al-Quran yang dihafaznya. 
  • “Kepada media – elakkan headline  “SUSPEK TEMBAK KLIA HAFIZ AL-QURAN!”  Saya cadangkan guna ayat berikut – “SUSPEK TEMBAK KLIA PERNAH BELAJAR DI SEKOLAH TAHFIZ” atau JANGAN TIMBULKAN PERSEPSI KEGANASANNYA BERPUNCA DARI AGAMANYA,” katanya menerusi hantaran di Facebook pada Selasa.
  • Mengulas isu sama, pempengaruh dan pendakwah bebas, Firdaus Wong Wai Hung juga mempertikaikan tindakan sesetengah media yang mengangkat tajuk berita seperti sedemikian.
  • Firdaus Wong berkata beliau tidak melihat kaitan di antara perbuatan individu terbabit dengan apa yang pernah dia pelajari di sekolah tahfiz atau sebagai seorang penghafal Al-Quran.

KUALA LUMPUR — Media tempatan diingatkan untuk mengelak menggunakan tajuk mengaitkan agama dengan tindakan seseorang pelaku yang tidak seiring dengan tindakan individu beragama, termasuk mengaitkannya dengan punca keganasan pelaku.

Presiden MURSHID Malaysia, Abdullah Bukhari Abdul Rahim al-Hafiz meminta media mengelak berbuat demikian yang menimbulkan persepsi seolah-olah agama ada kaitan dengan tindakan ganas si pelaku susulan media tempatan mengangkat tajuk bahawa suspek kes tembak di KLIA adalah seorang hafiz al-Quran.

Abdullah Bukhari berkata sebelum ini juga ada kisah seorang wanita yang melawak di kelab komedi di mana dia mengisytiharkan diri hafal 15 juzuk, namun kemudiannya membuka baju kurung digunakan dan mendakwa mempunyai tujuh teman lelaki atau kekasih.

“Hafiz Al-Quran sebenar ialah orang yang hafaz, ingat hafazan dan praktik isi kandungan al-Quran. Akhlaknya sehebat isi al-Quran yang dihafaznya. 

“Dia pasti tidak akan memalukan diri sendiri mendedah aurat atau mencederakan orang lain.

“Kepada media – elakkan headline  “SUSPEK TEMBAK KLIA HAFIZ AL-QURAN!”  Saya cadangkan guna ayat berikut – “SUSPEK TEMBAK KLIA PERNAH BELAJAR DI SEKOLAH TAHFIZ” atau JANGAN TIMBULKAN PERSEPSI KEGANASANNYA BERPUNCA DARI AGAMANYA,” katanya menerusi hantaran di Facebook pada Selasa.

Semalam, media melaporkan suspek lelaki yang melepaskan tembakan di Balai Ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1 pada Ahad merupakan seorang hafiz al-Quran dan pernah mengikuti pengajian di sebuah pondok di Repek, Pasir Mas.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain dilaporkan sebagai berkata hasil ujian dilakukan pada Isnin mendapati suspek berusia 38 tahun itu fasih dengan ayat-ayat al-Quran dan sebagainya.

Mengulas isu sama, pempengaruh dan pendakwah bebas, Firdaus Wong Wai Hung juga mempertikaikan tindakan sesetengah media yang mengangkat tajuk berita seperti sedemikian.

Firdaus Wong berkata beliau tidak melihat kaitan di antara perbuatan individu terbabit dengan apa yang pernah dia pelajari di sekolah tahfiz atau sebagai seorang penghafal Al-Quran.

Seriously saya tak nampak. Andai mesej ingin disampaikan ialah sebagai seorang penghafal Quran dia tidak sepatutnya bertindak sedemikian, semua Muslim tidak seharusnya melakukan apa yang telah dilakukannya.

“Jikalau ini adalah amalan biasa, harap selepas ini mana-mana individu yang melakukan kesalahan boleh juga ditulis masjid, gereja, tokong, kuil dan kelayakan agama pelaku untuk lebih saksama,” katanya menerusi hantaran di Facebook di sini, semalam. — The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending