Terkini
Lagenda rock tanah air kini bergelar ‘Datuk Amy Search’
Lagenda Rock Tanah Air iaitu Suhaimi bin A. Rahman atau lebih mesra dipanggil ‘Amy Search’ kini bergelar Datuk apabila menjadi penerima Darjah Pangkuan Seri Melaka (DPSM) sempena Sambutan Hari Jadi ke-73 Yang di-Pertua Negeri, Tun Mohd Ali Mohd Rustam, hari ini.

- Lagenda Rock Amy Search kini bergelar Datuk.
- Penerima Darjah Pangkuan Seri Melaka (DPSM).
- Sempena Sambutan Hari Jadi ke-73 Yang di-Pertua Negeri, Tun Mohd Ali Mohd Rustam, hari ini.
- Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mendahului senarai 883 penerima darjah, bintang dan pingat kebesaran Melaka.
- Ismail Sabri dikurniakan Darjah Utama Negeri Melaka (DUNM) yang membawa gelaran Datuk Seri Utama.
AYER KEROH – Lagenda Rock Tanah Air iaitu Suhaimi bin A. Rahman atau lebih mesra dipanggil ‘Amy Search’ kini bergelar Datuk apabila menjadi penerima Darjah Pangkuan Seri Melaka (DPSM) sempena Sambutan Hari Jadi ke-73 Yang di-Pertua Negeri, Tun Mohd Ali Mohd Rustam, hari ini.
Datuk Amy Search yang terkenal dengan slogan ‘Phewiiit’, juga mengusahakan jenama kopi Phewiiit Coffee Co menjadi penerima DPSM bersama 163 orang penerima darjah yang sama. Antaranya ialah Duta Malaysia ke Kemboja, Datuk Eldeen Husaini Mohd Hashim, selain Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Mohd Zamri Mat Zain.
Penerima lain, Panglima 1 Briged Infantri Malaysia, Brig Jen Datuk Mohd Saifulisham Baharun; Pegawai Daerah Alor Gajah, Datuk Saiful Hazwa Kipli; Ketua Pegawai Eksekutif Melaka Waterfront Economic Zone (MWEZ), Datuk Mohd Yusof Abu Bakar.
Selain itu, Pengarah Kesihatan negeri, Datuk Dr Rusdi Abd Rahman; Pengerusi Bulan Sabit Merah Melaka, Datuk Ramli Mohd Ali dan Setiausaha Sulit Kanan Ketua Menteri Melaka, Borhan Othman Ali.
Sempena Sambutan Hari Jadi ke-73 Yang di-Pertua Negeri, Tun Mohd Ali Mohd Rustam, hari ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mendahului senarai 883 penerima darjah, bintang dan pingat kebesaran Melaka.
Ismail Sabri dikurniakan Darjah Utama Negeri Melaka (DUNM) yang membawa gelaran Datuk Seri Utama pada istiadat yang berlangsung di Dewan Istiadat di Seri Negeri, di sini.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN)( Bukit Aman, Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay pula dianugerahkan Darjah Gemilang Seri Melaka (DGSM) yang membawa gelaran Datuk Seri.
Terdahulu bulan lalu, Menteri Pertahanan Indonesia, Datuk Seri Prabowo Subianto menerima DGSM Kehormat. Istiadat diadakan sebanyak tiga sesi pada hari ini dan Sabtu menyaksikan 26 individu dianugerahkan Darjah Cemerlang Seri Melaka (DCSM) membawa gelaran Datuk Wira.
Antara penerima DCSM, Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Melaka, Datuk Wira Zaidi Johari; Pengarah Pengurusan Bukit Aman, Datuk Wira Zaini Jass; Setiausaha Politik Presiden UMNO, Datuk Wira Abdul Halim Muhammad.
Selain itu, Ketua Pegawai Eksekutif Tenaga Nasional Berhad (TNB), Datuk Wira Baharin Din dan Ketua UMNO Bahagian Kuala Langat, Datuk Wira Johan Aziz.
Sembilan menerima Darjah Mulia Seri Melaka (DMSM) yang turut membawa gelaran Datuk, antaranya Ketua Setiausaha Kementerian Pengangkutan, Datuk Isham Ishak; Pengerusi Perbadanan Baitulmal Sabah, Dr Omar Raisul As-Salam Syah AS Omar serta Setiausaha Sulit Kanan Menteri Sumber Manusia, S Suria Kumar.
Bekas anggota bomba yang maut dalam operasi menyelamat mangsa banjir di Sungai Putat, dekat sini pada 20 Oktober lalu, Allahyarham Mohd Diya Che Jusoh menerima Bintang Gagah Perkasa (BGP).
Sukarelawan yang tular kerana sering menyertai misi membantu mangsa banjir di selurh negara, Mohd Azwan Omar atau Abang Viva turut menerima penghargaan apabila dianugerahkan Pingat Jasa Kebaktian (PJK).
Seramai 71 orang dianugerahkan Bintang Cemerlang Melaka (BCM), 159 menerima Bintang Khidmat Terpuji (BKT), 258 penerima Pingat Jasa Kebaktian (PJK), 151 penerima Pingat Bakti Masyarakat (PBM) dan dua penerima Pingat Khidmat Lama (PKL).
Sumber : Berita Harian
Terkini
Vape berisi cecair dadah sintetik dikesan AADK
Penggunaan peranti vape berisi cecair dadah sintetik dikesan di negara ini oleh Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK).

- Penggunaan peranti vape berisi cecair dadah sintetik dikesan di negara ini oleh Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK).
- Ketua Pengarah Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), Sutekno Ahmad Belon berkata, kes itu meliputi penggunaan dadah jenis sintetik dan tiada begitu spesifik atau berleluasa.
- “Namun, kita sememangnya ada mengesan dua atau tiga kes yang berlaku sebelum ini.
- “Bahannya kadang-kadang dadah sintetik dalam bentuk cecair dan kita berharap ianya tidak banyak di negara ini,” katanya ketika ditemui pada Program Retreat Bersama Klien AADK dan Malam Apresiasi Media, malam semalam.
KUALA SELANGOR: Penggunaan peranti vape berisi cecair dadah sintetik dikesan di negara ini oleh Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK).
Ketua Pengarah Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), Sutekno Ahmad Belon berkata, kes itu meliputi penggunaan dadah jenis sintetik dan tiada begitu spesifik atau berleluasa.
“Namun, kita sememangnya ada mengesan dua atau tiga kes yang berlaku sebelum ini.
“Bahannya kadang-kadang dadah sintetik dalam bentuk cecair dan kita berharap ianya tidak banyak di negara ini,” katanya ketika ditemui pada Program Retreat Bersama Klien AADK dan Malam Apresiasi Media, malam semalam.
Terdahulu penggunaan peranti vape yang makin popular dalam kalangan masyarakat kini dilaporkan melalui ‘transformasi’ apabila ramai pengguna terutama remaja memilih untuk menggunakan perisa yang mengkhayalkan.
Perisa itu dipercayai menggunakan dadah yang diubah suai kepada cecair dikenali sebagai pedon dan magic mushroom.
Pusat Racun Negara sebelum ini turut mendedahkan magic mushroom yang terkandung atau ditambah dalam vape merujuk kepada ekstrak bahan aktif iaitu Psilocybin untuk mendapatkan kesan halusinogen.
Halusinogen bermaksud kepada halusinasi iaitu keseronokan yang melampau.
Mengulas lanjut, kata Sutekno, AADK akan membuat intervensi awal dengan mendapatkan perintah mahkamah bagi individu itu menjalani rawatan pemulihan.
“Ia melibatkan faktor pengesanan sekiranya mereka didapati positif dadah sama ada menerusi peranti atau secara oral,” ujarnya.
Pada 15 Julai lalu, tindakan tiga beranak menjual campuran dadah cecair jus ganja ke dalam botol cecair vape memakan diri apabila mereka ditahan polis di sekitar Paya Pulai, Segamat, Johor.
Dalam kejadian pukul 5 petang itu, tiga sekeluarga yang diberkas terdiri daripada sepasang suami isteri dan seorang bapa masing-masing berusia 24 dan 49 tahun.
Cecair itu diedarkan kepada penagih, pelajar dan orang awam yang ingin mencuba perisa istimewa (resepi rahsia) di sekitar Segamat.
Difahamkan, sebotol cecair vape dicampur cecair ganja itu berharga lebih RM240, manakala yang kurang berkemampuan ditawarkan plan kemudahan pembelian mampu rasa kepada individu bawah usia termasuk pelajar dengan tiap titisan dijual antara RM3 hingga RM5 sahaja.
Sumber: Utusan Malaysia
-
Terkini4 days ago
(VIDEO) ‘Saya tidak pilih Islam, Islam pilih saya’ – Mualaf
-
Terkini3 days ago
KPDN anjur Jualan Rahmah Beras esok
-
Terkini1 day ago
Samakan pakai seluar pendek dengan dosa minum arak, media Cina cuba kelirukan masyarakat
-
Antarabangsa3 days ago
Model pakai mini skirt tertera dua kalimah syahadah