Connect with us

Antarabangsa

Hina sekolah agama, Turkiye penjarakan penyanyi terkenal

Mahkamah Turkiye pada Khamis menjatuhkan hukuman penjara terhadap seorang bintang pop wanita terkenal, Gulsen Bayraktar Colakoglu atas tuduhan menghasut kebencian berhubung komennya mengenai sekolah agama.

Wartawan TMT

Published

on

Hina sekolah agama, Turkiye penjarakan penyanyi terkenal
Foto: Gulsen Bayraktar Colakoglu dipenjarakan atas tuduhan menghasut kebencian.
  • Mahkamah menjatuhkan hukuman penjara terhadap penyanyi Turkiye, Gulsen Bayraktar Colakoglu atas tuduhan menghasut kebencian berhubung komennya mengenai sekolah agama.
  • Penyanyi yang terkenal dengan sokongannya terhadap hak-hak golongan LGBT di Turkiye, didakwa membuat kenyataan mengenai sikap anehnya disebabkan oleh didikan yang diperoleh di sekolah Imam Hatip.
  • Sekolah Imam Hatip antara sekolah yang banyak melahirkan pendakwah Islam.

ISTANBUL – Mahkamah Turkiye pada Khamis menjatuhkan hukuman penjara terhadap seorang bintang pop wanita terkenal, Gulsen Bayraktar Colakoglu atas tuduhan menghasut kebencian berhubung komennya mengenai sekolah agama.

Dia sebelum ini terkenal kerana sokongannya terhadap hak-hak golongan lesbian, gay, biseksual, pelik dan transjantina (LGBTQ) di negara tersebut.

Penyanyi berusia 46 tahun itu telah ditahan di rumahnya di Istanbul dan dihadapkan ke mahkamah.

Dia dihukum penjara sementara menunggu siasatan terhadap kenyataan yang dibuatnya di atas pentas pada April lalu mengenai sekolah agama Imam Hatip.

Sekolah-sekolah itu membesarkan anak-anak untuk menjadi pendakwah Islam dan sangat kontroversi dalam kalangan penduduk Turkiye yang sekular.

Klip komen itu menjadi tular dan menimbulkan kemarahan dalam kalangan anggota kanan parti berteraskan Islam pimpinan Presiden Recep Tayyip Erdogan dalam minggu ini.

Komen kontroversi itu menyaksikan penyanyi tersebut berkata di atas pentas bahawa sikapnya yang aneh disebabkan oleh didikannya di sekolah Imam Hatip. 

Sumber: Sinar Harian 

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Antarabangsa

(VIDEO) Dituduh angkut lembu, pemandu trak Sikh diserang kumpulan pelampau di India

Sebuah video tular memaparkan seorang pemandu trak beragama Sikh diserang kumpulan pelindung lembu (cow vigilantes) di Haryana, India.

A.R. Khan

Published

on

Foto: Pemandu trak beragama Sikh diserang kumpulan pelindung lembu (cow vigilantes) di Haryana, India.

Sebuah video tular memaparkan seorang pemandu trak beragama Sikh diserang kumpulan pelindung lembu (cow vigilantes) di Haryana, India.

Video dimuat naik HindutvaWatch di platform X itu meletakkan keterangan hantaran, “pengawal lembu menyerang seorang pemandu trak Sikh dan menggunakan serbannya untuk mengikat kakinya kerana mengangkut lembu”.

Video itu dimuat naik pada hari ini yang merujuk kepada insiden yang berlaku di Sonipat, Haryana pada 17 April lalu.

Di dalam sedutan video itu, penganut Sikh tersebut dilihat membawa sebuah lori di tempat duduk pemandu memakai turban berwarna safron bercakap pada arah video yang sedang merakamnya.

Rakaman itu kemudiannya disusuli tindakan seorang lelaki berbaju merah cuba bertindak memberhentikan atau membuka pintu tempat duduk lelaki tersebut.

Dalam sedutan lain, gambar individu Sikh di dalam video itu menunjukkannya duduk dengan turban safron yang pada asalnya dipakai, akhirnya digunakan untuk dililit kakinya, dengan sedikit tompokan darah darah pada pakaiannya.

Dalam keadaan itu, individu Sikh itu dilihat tenang dan tidak berkata apa-apa.

Pengguna platform X memberi komentar mengutuk tindakan menyasarkan pemandu trak beragama sikh itu dengan pelbagai keluhan.

“Sangat menjijikkan. Mereka melampau dalam bertindak atas perkara sebegini,” kata Faisal Siraj.

Sebuah akaun lain dengan nama Pakistan Times juga berkata “Malah Sikh pun tidak selamat di India.” – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending