Connect with us

Terkini

Lelaki Melayu hina Islam ditahan polis

Hasil tindakan pantas pihak polis, lelaki tersebut telah ditangkap dan dibawa ke IPD Serdang untuk disoal siasat. 

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Lelaki Melayu hina Islam
Foto: Lelaki Melayu hina Islam.
  • Lelaki tular hina Islam ditahan polis
  • Rakaman video menunjukkan tindakan lelaki tersebut menghina agama Islam secara terang-terangan.
  • Kes disiasat di bawah Kanun Keseksaan dan Akta Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998.

KUALA LUMPUR – Seorang lelaki berbangsa Melayu berumur 39 tahun telah ditahan oleh sekumpulan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Serdang lebih kurang jam 12 tengahari tadi selepas videonya menghina Islam, Allah dan Nabi Muhammad tular pagi tadi.

Hasil tindakan pantas pihak polis, lelaki tersebut telah ditangkap dan dibawa ke IPD Serdang untuk disoal siasat. 

Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner A A Anbalagan memberitahu bahawa kes ini disiasat oleh pihak Unit Siasatan Jenayah Terkelas, Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 298A Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998,” katanya lagi.

“Dinasihatkan orang ramai agar tidak mengambil sebarang tindakan di luar batasan undang-undang dan biar pihak berkuasa jalankan siasatan,” katanya.

Rakaman video berkenaan menunjukkan lelaki tersebut menghina agama Islam dan mencabar orang Islam untuk membunuhnya.

Sumber: Sinar Harian

 

 

 

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *