Connect with us

Terkini

Persekitaran tempat kerja antara penyumbang tekanan mental – Pakar

Persekitaran di tempat kerja boleh menyumbang kepada tekanan mental dan tidak harus dipandang ringan oleh mana-mana organisasi.

Wartawan TMT

Published

on

Persekitaran tempat kerja antara penyumbang tekanan mental - Pakar
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Ahli akademik Prof Madya Tan Sri Shamsul Bahari Shamsudin berkata, persekitaran negatif mendatangkan penyakit fizikal dan mental, termasuk masalah tingkah laku yang menyebabkan mutu kerja menurun.
  • “Kita juga ada faktor sosial demografi dan ekonomi. Yang ini berkait rapat dengan isu kestabilan pekerjaan, perjawatan, gaji, kos asas perbelanjaan yang semakin naik secara mendadak.”
  • “Sekarang kos kehidupan kita semakin naik, ia tidak selari dengan isu gaji, perbelanjaan dan sebagainya,” kata pakar pengurusan risiko kesihatan persekitaran dan pekerjaan Universiti Malaysia Sabah (UMS) itu dalam Pantau Agenda Reformasi pada Khamis.
  • Beliau memaklumkan, tekanan tempat kerja sekali gus akan memberi impak terhadap anak-anak di rumah yang mendorong kepada masalah penderaan, penceraian dan kes buli.

KUALA LUMPUR: Persekitaran di tempat kerja boleh menyumbang kepada tekanan mental dan tidak harus dipandang ringan oleh mana-mana organisasi.

Ahli akademik Prof Madya Tan Sri Shamsul Bahari Shamsudin berkata, persekitaran yang negatif mendatangkan penyakit fizikal dan mental, termasuk masalah tingkah laku yang menyebabkan mutu kerja menurun.

“Kita juga ada faktor sosial demografi dan ekonomi. Yang ini berkait rapat dengan isu kestabilan pekerjaan, perjawatan, gaji, kos asas perbelanjaan yang semakin naik secara mendadak.

“Sekarang kos kehidupan kita semakin naik, ia tidak selari dengan isu gaji, perbelanjaan dan sebagainya,” kata pakar pengurusan risiko kesihatan persekitaran dan pekerjaan Universiti Malaysia Sabah (UMS) itu dalam Pantau Agenda Reformasi pada Khamis.

Dalam pada itu, katanya, stigma umum juga menjadi punca pekerja gagal bersikap jujur sekiranya mereka mengalami kemurungan di tempat kerja.

Oleh yang demikian, beliau berkata, majikan perlu menyediakan langkah berkesan menanganinya untuk tenaga kerja berkualiti.

Sementara itu, beliau memaklumkan, tekanan tempat kerja sekali gus akan memberi impak terhadap anak-anak di rumah yang mendorong kepada masalah penderaan, penceraian dan kes buli.

Advertisement

“Apa yang berlaku di tempat kerja contoh masalah mental, ia tidak terkecuali memberi impak kepada kehidupan atau sosial dalam sesebuah masyarakat.

“Kerana apa yang berlaku di tempat kerja, biasanya kalau tidak dapat dikawal, dibendung dengan baik mereka akan bawa isu atau tekanan ini ke rumah dan kesudahan berlaku kes sosial,” tambahnya.

Sumber: Astro Awani

Author

Terkini

Kredit e-Madani dilarang pindah atau tebus tunai, akaun boleh disekat

Kerajaan menegaskan nilai kredit eMADANI tidak boleh digunakan bagi pemindahan ‘peer-to-peer’ atau penebusan tunai.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Kerajaan menegaskan nilai kredit eMadani tidak boleh digunakan bagi pemindahan ‘peer-to-peer’ atau penebusan tunai.
  • Sebaliknya, Kementerian Kewangan (MOF) berkata, ia hanya boleh digunakan untuk pembelian secara fizikal melalui e-dompet yang terlibat iaitu MAE, Setel, ShopeePay dan Touch ‘n Go eWallet atau QR DuitNow di 1.8 juta peruncit atau perniagaan di seluruh negara.
  • “Ini bagi mengelakkan penerima manfaat eMADANI daripada menjadi mangsa penipuan‘scam’ dan sekali gus hilang kredit eMADANI mereka.
  • “Pihak Kerajaan akan mengambil langkah tegas termasuk menyekat akaun yang terlibat dan melucutkan hak kredit penerima eMADANI jika terdapat laporan bagi mana-mana kes yang melibatkan pemindahan ‘peer-to-peer’ atau penebusan tunai,” katanya dalam kenyataan hari ini.

PUTRAJAYA – Kerajaan menegaskan nilai kredit eMADANI tidak boleh digunakan bagi pemindahan ‘peer-to-peer’ atau penebusan tunai.

Sebaliknya, Kementerian Kewangan (MOF) berkata, ia hanya boleh digunakan untuk pembelian secara fizikal melalui e-dompet yang terlibat iaitu MAE, Setel, ShopeePay dan Touch ‘n Go eWallet atau QR DuitNow di 1.8 juta peruncit atau perniagaan di seluruh negara.

Menurut MOF, pihaknya tidak akan bertanggungjawab jika terdapat sebarang kehilangan kredit akibat daripada pemindahan peer-to-peer atau penebusan tunai itu, justeru orang ramai dinasihatkan sentiasa berwaspada dengan tawaran perkhidmatan berkenaan oleh pihak tidak bertanggungjawab di platform media sosial.

“Ini bagi mengelakkan penerima manfaat eMADANI daripada menjadi mangsa penipuan ‘scam’ dan sekali gus hilang kredit eMADANI mereka.

“Pihak Kerajaan akan mengambil langkah tegas termasuk menyekat akaun yang terlibat dan melucutkan hak kredit penerima eMADANI jika terdapat laporan bagi mana-mana kes yang melibatkan pemindahan ‘peer-to-peer’ atau penebusan tunai,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Jelas MOF, program eMADANI diluncurkan bertujuan untuk menggalakkan ekonomi digital dan memupuk budaya pembayaran tanpa tunai.

Pendaftaran program eMADANI dibuka sehingga 20 Februari 2024 dan akan memanfaatkan seramai 10 juta rakyat dewasa yang layak, meliputi golongan B40 dan M40.

Advertisement

Kerajaan memperuntukkan sebanyak RM1 bilion bagi program berkenaan seperti diumumkan pada majlis peluncuran kerangka Ekonomi MADANI: Memperkasa Rakyat pada 27 Julai lalu.

Sumber : Utusan

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending