Connect with us

Terkini

Tahap literasi kesihatan mental rakyat Malaysia masih rendah – Dr Zaliha

Literasi kesihatan mental dalam kalangan rakyat Malaysia masih rendah dan peningkatan penyakit itu membabitkan kanak-kanak dan remaja adalah membimbangkan, terutamanya selepas pascapandemik COVID-19.

Wartawan TMT

Published

on

Tahap literasi kesihatan mental rakyat Malaysia masih rendah – Dr Zaliha
Foto: Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa.
  • Literasi kesihatan mental dalam kalangan rakyat Malaysia masih rendah dan peningkatan penyakit itu membabitkan kanak-kanak dan remaja adalah membimbangkan, terutamanya selepas pascapandemik COVID-19.
  • Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa menegaskan, intervensi awal perlu dilaksanakan secepat mungkin bagi mengelakkan golongan tersebut terdedah kepada risiko yang lebih buruk seperti membunuh diri.
  • “Sebab itu kita melaksanakan program-program (Sambutan Hari Kesihatan Mental Sedunia Peringkat Kebangsaan 2023) seperti ini supaya rakyat lebih tahu dan khususnya selepas pandemik COVID-19.
  • “Saya sebut tadi berkenaan kesihatan mental khususnya kepada golongan kanak-kanak dan remaja semakin meningkat dan ini perkembangan membimbangkan sebab kita tahu anak-anak dan remaja ini masa depan kepada Malaysia,” katanya kepada pemberita semasa Majlis Sambutan Hari Kesedaran Mental Sedunia Peringkat Kebangsaan di Damansara, pada Ahad.

KUALA LUMPUR: Literasi kesihatan mental dalam kalangan rakyat Malaysia masih rendah dan peningkatan penyakit itu membabitkan kanak-kanak dan remaja adalah membimbangkan, terutamanya selepas pascapandemik COVID-19.

Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa menegaskan, intervensi awal perlu dilaksanakan secepat mungkin bagi mengelakkan golongan tersebut terdedah kepada risiko yang lebih buruk seperti membunuh diri.

“Sebab itu kita melaksanakan program-program (Sambutan Hari Kesihatan Mental Sedunia Peringkat Kebangsaan 2023) seperti ini supaya rakyat lebih tahu dan khususnya selepas pandemik COVID-19.

“Saya sebut tadi berkenaan kesihatan mental khususnya kepada golongan kanak-kanak dan remaja semakin meningkat dan ini perkembangan membimbangkan sebab kita tahu anak-anak dan remaja ini masa depan kepada Malaysia.

“Jadi kita kena buat intervensi yang cepat untuk memastikan anak-anak kita tidak ke peringkat yang lebih teruk sebagai contoh membunuh diri dan sebagainya. Jika kita dapat melaksanakan intervensi awal, itu yang terbaik,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita semasa Majlis Sambutan Hari Kesedaran Mental Sedunia Peringkat Kebangsaan di Damansara, pada Ahad.

Ditanya mengenai kaedah KKM dalam mendekati golongan kanak-kanak dan remaja bagi meningkatkan literasi kesihatan mental, Dr Zaliha berkata, pihaknya telah menjalin kerjasama dengan Kementerian Pendidikan (KPM) dan beberapa agensi.

Justeru, dalam usaha meningkatkan kesedaran serta menangani stigma serta diskriminasi terhadap golongan itu, kempen “Kesihatan Mental Milik Semua, Hentikan Stigma” telah dilancarkan.

Turut dilancarkan, dua modul latihan iaitu ‘Training Module on Suicide Prevention First Responders’ dan Modul Latihan Perkhidmatan Kesihatan Mental dan Sokongan Psikososial.

Modul berkenaan dibangunkan untuk melatih petugas kesihatan seperti pakar perubatan keluarga, pegawai perubatan dan paramedik di klinik kesihatan seluruh negara.

Sumber: Astro Awani

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Terkini

Perundangan baharu kawal selia penerbitan kalimah ‘Allah’ sedang disediakan – KDN

Kementerian Dalam Negeri (KDN) sedang menyediakan perundangan baharu bagi mengawal selia penerbitan yang mengandungi kalimah “Allah” selaras dengan dasar diputuskan Majlis Raja-Raja.

Hidayah Sani

Published

on

Foto: Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.
  • Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata penggubalan perundangan baharu itu memerlukan penelitian mendalam dari pelbagai aspek sensitif melibatkan keselamatan negara, ketenteraman awam dan keharmonian agama di Malaysia.
  • “Dalam hal ini, KDN perlu melalui proses-proses libat urus dan kerjasama bersama pihak-pihak ditetapkan termasuk pihak JAKIM, Pihak Berkuasa Negeri-negeri, Kerajaan Negeri-negeri dan AGC dalam menyediakan perundangan baharu yang berkenaan sebelum dibentangkan kepada Jemaah Menteri, Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam (MKI) dan Majlis Raja-Raja. 
  • “Tindakan dan proses ini sedang berjalan bagi mendapatkan satu keputusan yang dipersetujui,” katanya menerusi jawapan bertulis di Parlimen pada Isnin.
  • Beliau menjawab pertanyaan Ahli Parlimen Tumpat, Datuk Mumtaz Md Nawi yang meminta Menteri Dalam Negeri menyatakan mengapa Kerajaan belum mengumumkan status dan kesan penggunaan terkini mengenai empat kalimah suci orang Islam iaitu lafaz Allah, solat, Kaabah dan Baitullah sedangkan kes melibatkan nama Allah kian meningkat.

KUALA LUMPUR — Kementerian Dalam Negeri (KDN) sedang menyediakan perundangan baharu bagi mengawal selia penerbitan yang mengandungi kalimah “Allah” selaras dengan dasar diputuskan Majlis Raja-Raja.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata penggubalan perundangan baharu itu memerlukan penelitian mendalam dari pelbagai aspek sensitif melibatkan keselamatan negara, ketenteraman awam dan keharmonian agama di Malaysia.

“Dalam hal ini, KDN perlu melalui proses-proses libat urus dan kerjasama bersama pihak-pihak ditetapkan termasuk pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Pihak Berkuasa Negeri-negeri, Kerajaan Negeri-negeri dan Jabatan Peguam Negara (AGC) dalam menyediakan perundangan baharu yang berkenaan sebelum dibentangkan kepada Jemaah Menteri, Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam (MKI) dan Majlis Raja-Raja. 

“Tindakan dan proses ini sedang berjalan bagi mendapatkan satu keputusan yang dipersetujui,” katanya menerusi jawapan bertulis di Parlimen pada Isnin.

Beliau menjawab pertanyaan Ahli Parlimen Tumpat, Datuk Mumtaz Md Nawi yang meminta Menteri Dalam Negeri menyatakan mengapa Kerajaan belum mengumumkan status dan kesan penggunaan terkini mengenai empat kalimah suci orang Islam iaitu lafaz Allah, solat, Kaabah dan Baitullah sedangkan kes melibatkan nama Allah kian meningkat.

Pada 23 Oktober 2023,  media melaporkan garis panduan baharu mengenai Arahan Pentadbiran KDN berkaitan penggunaan kalimah Allah akan diteliti dan diputuskan pada mesyuarat Majlis Raja-Raja pada minggu terbabit.

Saifuddin dilaporkan mengatakan cadangan garis panduan itu sudah dikemukakan kepada MKI selepas selesai lima sesi libat urus diadakan sebelum ini.

Katanya, KDN akan mengambil panduan hasil mesyuarat Majlis Raja-Raja itu untuk mengadakan garis panduan baharu bagi isu penggunaan kalimah Allah.

KDN sebelum ini mengadakan sesi libat urus dengan pelbagai pihak, termasuk AGC, Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan Malaysia, Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia, JAKIM, Majlis Profesor Malaysia dan Persatuan-persatuan Peguam Muslim Syarie Malaysia.

Ia susulan KDN dan kerajaan Malaysia pada 15 Mei 2023 dilaporkan menarik balik rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang memutuskan penganut agama Kristian boleh menggunakan kalimah ‘Allah’ dan tiga perkataan Arab yang lain dalam penerbitan bahan agama mereka bagi tujuan pembelajaran.

Keputusan Mahkamah Tinggi itu dibuat pada 10 Mac 2021 selepas membenarkan permohonan semakan kehakiman seorang wanita beragama Kristian, Jill Ireland Lawrence Bill yang memohon perisytiharan mengenai hak perlembagaannya berhubung penggunaan kalimah Allah dalam penerbitan agama berkenaan. 

Memetik BERNAMA, Jill Ireland dilaporkan memohon semakan kehakiman pada 20 Ogos 2008 supaya dikembalikan lapan cakera padat (CD) dengan tajuk mengandungi kalimah ‘Allah’ yang dirampas daripadanya pada 11 Mei 2008 dan perisytiharan mengenai hak perlembagaannya berhubung penggunaan kalimah itu dalam penerbitan Kristian.

Mahkamah pada 2014 memerintahkan CD itu dipulangkan dan setelah melalui beberapa proses, memutuskan arahan KDN pada 1986 untuk tidak membenarkan penggunaan empat perkataan itu menyalahi undang-undang dan tidak rasional. — The Merdeka Times

Sokong TMT media berani, benar & bebas di https://support.themerdekatimes.com/

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending