Terkini
Lelaki Melayu hina Islam ditahan polis
Hasil tindakan pantas pihak polis, lelaki tersebut telah ditangkap dan dibawa ke IPD Serdang untuk disoal siasat.
- Lelaki tular hina Islam ditahan polis
- Rakaman video menunjukkan tindakan lelaki tersebut menghina agama Islam secara terang-terangan.
- Kes disiasat di bawah Kanun Keseksaan dan Akta Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998.
KUALA LUMPUR – Seorang lelaki berbangsa Melayu berumur 39 tahun telah ditahan oleh sekumpulan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Serdang lebih kurang jam 12 tengahari tadi selepas videonya menghina Islam, Allah dan Nabi Muhammad tular pagi tadi.
Hasil tindakan pantas pihak polis, lelaki tersebut telah ditangkap dan dibawa ke IPD Serdang untuk disoal siasat.
Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner A A Anbalagan memberitahu bahawa kes ini disiasat oleh pihak Unit Siasatan Jenayah Terkelas, Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman.
“Kes disiasat di bawah Seksyen 298A Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998,” katanya lagi.
“Dinasihatkan orang ramai agar tidak mengambil sebarang tindakan di luar batasan undang-undang dan biar pihak berkuasa jalankan siasatan,” katanya.
Rakaman video berkenaan menunjukkan lelaki tersebut menghina agama Islam dan mencabar orang Islam untuk membunuhnya.
Sumber: Sinar Harian
Terkini
GISBH: Jumlah kanak-kanak diselamatkan kini 662 orang – Fahmi Fadzil
Jumlah kanak-kanak yang diselamatkan daripada rumah amal yang dikaitkan dengan GISB Holdings Sdn Bhd (GISBH) melalui beberapa operasi pihak berkuasa kini berjumlah 662 orang, kata Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil.
- Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata jumlah kanak-kanak yang diselamatkan daripada rumah amal yang dikaitkan dengan GISB Holdings Sdn Bhd (GISBH) melalui beberapa operasi pihak berkuasa kini berjumlah 662 orang.
- Kesemua mereka juga kini telah mendapat perintah mahkamah untuk perlindungan.
- Fahmi yang juga Jurucakap Kerajaan Perpaduan berkata, perkara itu dimaklumkan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri dalam mesyuarat Jemaah Menteri yang bersidang pada Selasa.
- Polis melancarkan Op Global awal September lepas dan telah menyerbu rumah amal di seluruh Semenanjung yang dikaitkan dengan GISBH kerana disyaki terlibat dalam kegiatan eksploitasi kanak-kanak serta agama.
- Seramai 359 pengikut GISBH turut ditahan dalam Op berkenaan, termasuk pengurusan tertinggi syarikat itu, dan Perlis, Selangor serta Pahang mengisytiharkan amalan dan kepercayaan GISBH yang dikaitkan dengan kegiatan eksploitasi kanak-kanak dan dakwaan doktrin ketaasuban agama itu sebagai menyeleweng dan sesat.
PUTRAJAYA — Jumlah kanak-kanak yang diselamatkan daripada rumah amal yang dikaitkan dengan GISB Holdings Sdn Bhd (GISBH) melalui beberapa operasi pihak berkuasa kini berjumlah 662 orang, kata Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil.
Beliau yang juga jurucakap Kerajaan Perpaduan berkata kesemua mereka juga kini telah mendapat perintah mahkamah untuk perlindungan.
Beliau berkata perkara itu dimaklumkan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri dalam mesyuarat Jemaah Menteri.
“…kita tidak bincang perkara lain seperti isu fatwa di peringkat negeri, sama ada ajaran dibawa kumpulan ini sesat atau tidak. Boleh rujuk kepada fatwa daripada mufti,” katanya pada sidang media pasca mesyuarat Jemaah Menteri di sini pada Selasa.
Beliau berkata demikian ketika ditanya sama ada isu berkaitan GISBH Holdings Sdn Bhd dibincangkan dalam mesyuarat Jemaah Menteri.
Polis melancarkan Op Global awal September lepas dan telah menyerbu rumah amal di seluruh Semenanjung yang dikaitkan dengan GISBH kerana disyaki terlibat dalam kegiatan eksploitasi kanak-kanak serta agama.
Seramai 359 pengikut GISBH turut ditahan dalam Op berkenaan, termasuk pengurusan tertinggi syarikat itu, dan Perlis, Selangor serta Pahang mengisytiharkan amalan dan kepercayaan GISBH yang dikaitkan dengan kegiatan eksploitasi kanak-kanak dan dakwaan doktrin ketaasuban agama itu sebagai menyeleweng dan sesat. — BERNAMA
-
Terkini22 hours ago
(VIDEO) Serbuan, rampasan jam tangan LGBT “keterlaluan” – Anwar
-
Terkini2 days ago
Suami wajib beri nafkah ikut kemampuan
-
Terkini1 day ago
Anwar kata serbuan jam tangan berunsur LGBT keterlaluan, Fadhli sedia tarik balik pujian
-
Antarabangsa19 hours ago
Lelaki Muslim terbunuh, 17 cedera insiden berkaitan festival keagamaan Hindu