Connect with us

Antarabangsa

WHO sangsi data statistik rasmi COVID-19 China

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) sangsi dengan data statistik rasmi dikeluarkan China berhubung kes kematian akibat COVID-19, yang didakwa tidak menunjukkan kesan sebenar wabak berkenaan.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

WHO sangsi data statistik rasmi COVID-19 China
Foto: Pengarah Kecemasan WHO, Michael Ryan
  • WHO sangsi dengan data statistik rasmi dikeluarkan China berkaitan kes kematian COVID-19, didakwa tidak menunjukkan kesan sebenar wabak berkenaan.
  • Menurut Pengarah Kecemasan WHO, Michael Ryan, berkata statistik semasa diterbitkan China kurang menggambarkan kesan sebenar wabak dari segi kemasukan ke hospital, ICU dan jumlah kes kematian.
  • Kenyataan beliau itu susulan selepas China umum bahawa wabak COVID-19 di negara itu dapat dibendung dan ia berjaya mengawalnya.

 

GENEVA: Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) sangsi dengan data statistik rasmi dikeluarkan China berhubung kes kematian akibat COVID-19, yang didakwa tidak menunjukkan kesan sebenar wabak berkenaan.

Menurut Pengarah Kecemasan WHO, Michael Ryan, berkata statistik semasa yang diterbitkan China kurang menggambarkan kesan sebenar wabak dari segi kemasukan ke hospital, unit rawatan rapi (ICU) dan jumlah kes kematian.

Kenyataan Ryan itu menyusul selepas China mengumumkan bahawa wabak COVID-19 di negara itu dapat dibendung dan ia berjaya mengawalnya.

Ia dibuat ketika agensi PBB itu bersiap sedia untuk bertemu dengan saintis China sekali lagi hari ini sebagai sebahagian daripada taklimat yang lebih meluas dalam kalangan negara anggota mengenai ancaman COVID-19 global.

Dalam taklimat terdahulu, Ketua Pengarah WHO, Tedros Adhanom Ghebreyesus, mengulangi bahawa agensi itu ‘prihatin’ mengenai lonjakan jangkitan COVID-19 di China dan sekali lagi menggesa Beijing menyampaikan data yang cepat lagi tepat mengenai kemasukan ke hospital serta kematian.

“Kami terus meminta China untuk data yang boleh dipercayai mengenai kemasukan ke hospital dan kematian, serta penjujukan virus masa nyata yang lebih menyeluruh.

“WHO bimbang mengenai risiko kepada kehidupan di China dan mengulangi kepentingan vaksinasi, termasuk dos penggalak untuk melindungi daripada kemasukan ke hospital, penyakit teruk dan kematian,” katanya.

Sebelum ini, China memansuhkan kawalan dan sekatan bulan lalu dan pakar kesihatan antarabangsa meramalkan sekurang-kurangnya sejuta kematian di China tahun lalu namun China hanya melaporkan hanya sekitar lima kematian sehari.

Bagaimanapun, pandangan pakar antarabangsa itu ditolak China dan mendakwa ia cubaan bermotif politik untuk mencemarkan pencapaiannya dalam memerangi virus.

China dilapor turut mengkritik keputusan beberapa negara yang mengenakan SOP ketat termasuk ujian COVID-19 terhadap pengembara dari negara itu. – AFP

 

Sumber: Berita Harian

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *