Connect with us

Antarabangsa

Perjalanan bebas visa Malaysia-China bermula 17 Julai

Published

on

Foto: Gambar Sekadar Hiasan
  • Warganegara Malaysia akan nikmati kemasukan tanpa visa ke China bagi lawatan jangka pendek berjumlah 90 hari dalam tempoh 180 hari, berkuat kuasa 17 Julai.
  • Kedutaan China di Malaysia memaklumkan di bawah Perjanjian Pengecualian Visa Bersama Malaysia-China, pemegang pasport Malaysia dan China boleh memasuki, keluar atau transit di negara masing-masing tanpa visa dan tinggal sehingga 30 hari bagi setiap lawatan, bermula Khamis ini.
  • Kemudahan bebas visa itu merangkumi tujuan seperti pelancongan, lawatan keluarga, urusan perniagaan, pertukaran budaya, urusan peribadi, rawatan perubatan dan perjalanan sebagai anak kapal.

KUALA LUMPUR — Warganegara Malaysia akan menikmati kemasukan tanpa visa ke China bagi lawatan jangka pendek berjumlah sehingga 90 hari dalam tempoh 180 hari, berkuat kuasa 17 Julai.

Dalam satu kenyataan, Kedutaan China di Malaysia memaklumkan bahawa di bawah Perjanjian Pengecualian Visa Bersama Malaysia-China, pemegang pasport Malaysia dan China boleh memasuki, keluar atau transit di negara masing-masing tanpa visa dan tinggal sehingga 30 hari bagi setiap lawatan, bermula Khamis ini.

Kemudahan bebas visa itu merangkumi tujuan seperti pelancongan, lawatan keluarga, urusan perniagaan, pertukaran budaya, urusan peribadi, rawatan perubatan dan perjalanan sebagai anak kapal.

“Tempoh tinggal secara terkumpul tidak boleh melebihi 90 hari dalam mana-mana tempoh 180 hari,” menurut kenyataan itu.

Kedutaan turut menjelaskan bahawa mereka yang merancang untuk tinggal melebihi 30 hari, atau ingin bekerja, belajar, menjalankan aktiviti media atau apa-apa aktiviti lain yang memerlukan kelulusan awal, perlu memohon visa yang bersesuaian sebelum memasuki negara berkenaan.

Untuk pertanyaan, sila hubungi:

Pusat Perkhidmatan Permohonan Visa China (Kuala Lumpur) Tel: 0060-389663925 (hari bekerja 13:00-17:00),E-mel: [email protected]

Konsulat Jeneral China di Kuching: Tel: 0060-82238344 atau 0060-112597159 (hari bekerja 9:30-11:30, 14:30-16:30), E-mel: [email protected]

Konsulat Jeneral China di Kota Kinabalu: Tel: 0060-88385481 atau 0060-143681380 (hari bekerja 9:30-11:30, 13:30-15:30), E-mel: [email protected]

Perjanjian untuk melanjutkan pengecualian visa antara China dan Malaysia itu dipersetujui semasa lawatan negara Presiden China Xi Jinping di Kuala Lumpur pada April. — BERNAMA

Please follow and like us:
error20
fb-share-icon0
Tweet 20
fb-share-icon20

Author