Connect with us

Antarabangsa

Paderi gereja Katolik rogol, beri dadah secara paksa kepada remaja

Seorang paderi dari Gereja Katolik didakwa atas kesalahan merogol remaja berumur 15 tahun dan penyalahgunaan dadah, demikian lapor Cruxnow dipetik Christianity Daily.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Paderi gereja Katolik rogol, beri dadah secara paksa kepada remaja
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Paderi Yannick Poligné  dari Parish of Saint-Louis-Marie di Brocéliande didakwa atas kesalahan merogol remaja berumur 15 tahun dan penyalahgunaan dadah.
  • Tertuduh dan mangsa dikatakan berkenalan menerusi aplikasi temu janji sebelum memutuskan untuk bertemu di hotel di Paris.
  • Mangsa didakwa diberikan dadah secara paksa oleh paderi itu sebelum dirogol.
  • Uskup Gereja Katolik Perancis, Pierre d’Ornellas beri jaminan mangsa penderaan seksual Poligné akan mendapat sokongan penuh dan belas kasihan gereja.

PERANCIS – Seorang paderi dari Gereja Katolik didakwa atas kesalahan merogol remaja berumur 15 tahun dan penyalahgunaan dadah, demikian lapor Cruxnow dipetik Christianity Daily.

Paderi Yannick Poligné dari Parish of Saint-Louis-Marie di Brocéliande dikatakan berkenalan dengan mangsa melalui aplikasi temu janji sebelum mereka memutuskan untuk bertemu di sebuah hotel di Paris.

Difahamkan paderi itu kemudian memberikan dadah tanpa persetujuan gadis itu dan mengadakan hubungan seksual dengan mangsa.

Tertuduh kemudiannya ditahan dan didakwa atas tuduhan merogol kanak-kanak bawah umur dan penyalahgunaan dadah.

Kes itu mengejutkan masyarakat kerana Poligné bekerja untuk l’Arche, sebuah komuniti yang berdedikasi untuk menjaga orang dewasa kurang upaya intelek.

Uskup Gereja Katolik Perancis, Pierre d’Ornellas meluahkan rasa sedihnya atas kejadian yang berlaku.

Beliau berkata mangsa penderaan seksual Poligné akan mendapat sokongan penuh dan belas kasihan gereja.

Katanya, pengikut paderi terbabit merasa dikhianati insiden itu dan beliau akan meluangkan masa bertemu dengan mereka.

D’Ornellas juga berjanji Gereja Katolik akan bekerjasama sepenuhnya dengan pihak berkuasa bagi memastikan siasatan segera dilakukan.

Sumber: Christianity Daily

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *