Connect with us

Antarabangsa

Raja Charles III sering nyata kekaguman terhadap Islam

Minat terhadap raja baru Britain semakin meningkat apabila Raja Charles III naik takhta pada Sabtu lalu berikutan kemangkatan ibunya, Ratu Elizabeth II. 

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Raja Charles III sering nyata kekaguman terhadap Islam
Foto: Putera Charles dan isterinya semasa melawat sebuah bandar di Turkiye, sumber Reuters.
  • Raja Charles III yang naik takhta Kerajaan Britain pada Sabtu lalu sering meluahkan pemikirannya secara terbuka dan membicarakan kekaguman terhadap agama Islam.
  • Dalam hubungan manusia dengan alam, Charles dilaporkan berkata umat Islam diperintah untuk tidak melewati had ditetapkan tuhan dalam hubungan dengan alam.
  • Ketika isu kartun Denmark pada 2005, Charles turut mengkritik penerbit kartun itu kerana mengejek Nabi Muhammad saw serta menyeru semua pihak menghormati kepercayaan agama lain.
  • Mengatakan banyak boleh dipelajari semua pihak dalam semangat bulan Ramadan.
  • Charles juga berkata terdapat banyak ‘salah faham’ mengenai Islam di dunia Barat.

Minat terhadap raja baru Britain semakin meningkat apabila Raja Charles III naik takhta pada Sabtu lalu berikutan kemangkatan ibunya, Ratu Elizabeth II. 

Sebelum ditabalkan menjadi raja Britain, kisah Charles, 73, selalu menjadi perhatian kerana mendiang isterinya Puteri Diana.

Raja Charles III juga mendapat perhatian ramai berhubung pandangan dan pemikirannya terhadap isu budaya dan sosial merangkumi perubahan iklim, politik dan agama.

Dalam konteks Islam, baginda telah beberapa kali meluahkan pemikirannya secara terbuka dan membicarakan kekagumannya terhadap agama Islam.

Memetik ucapannya di Pusat Pengajian Islam Oxford pada 2010, Charles mengatakan berdasarkan pengetahuannya tentang Islam dan Al-Quran, seharusnya “ada had batasan manusia terhadap alam sekitar.

“Ini bukannya had ditetapkan sewenang-wenangnya tetapi had ditetapkan Tuhan, dan jika pemahaman saya tentang Al-Quran benar, umat Islam diperintahkan untuk tidak melanggarnya,” kata Charles yang juga seorang anggota Gereja England dipetik Al Jazeera.

Ketika isu kartun Denmark pada 2005, Charles mengkritik penerbit kartun itu kerana mengejek Nabi Muhammad saw sambil menyeru semua pihak menghormati kepercayaan agama lain.

“Bukti masyarakat bertamadun adalah menghormati minoriti dan mereka yang asing. Pergolakan dan kemarahan terhadap kartun Denmark sebelum ini menunjukkan betapa bahaya yang timbul akibat kegagalan kita untuk mendengar dan menghormati apa yang berharga dan suci bagi orang lain,” kata Charles ketika lawatan ke Universiti Al-Azhar di Kaherah, Mesir pada 2006.

Menyatakan banyak yang boleh dipelajari dalam semangat Ramadan, Charles dilaporkan berkata, “kemurahan hati dan keramahan orang Islam tidak berhenti-henti mengejutkan saya dan pastinya ketika kita menuju suasana tidak menentu… masyarakat Islam sekali lagi akan menjadi sumber kebajikan di bulan Ramadan”.

Mengenai hubungan dunia Islam dan Barat, Charles menyatakan terdapat banyak ‘salah faham’ mengenai Islam di dunia Barat.

Keganasan juga tidak seharusnya dikaitkan dengan Islam kerana ia tindakan monopoli pihak tertentu terhadap Islam sepertimana turut berlaku dalam agama Kristian, kata Charles di Pusat Pengajian Islam di Oxford pada 1993. 

Sumber : Aljazeera

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *