Antarabangsa
Kerajaan British banteras iklan vape sasar kanak-kanak
Perdana Menteri England, Rishi Sunak memberitahu, kerajaan akan membanteras pemasaran vape yang ditujukan kepada kanak-kanak dan golongan muda.
- Perdana Menteri England, Rishi Sunak memberitahu, kerajaan akan membanteras pemasaran vape yang ditujukan kepada kanak-kanak dan golongan muda.
- Sidang menteri juga bersepakat menghalang peniaga yang mengedarkan sampel vape percuma kepada golongan bawah umur di England.
- Kerajaan juga berkata akan menilai semula saranan pengharaman penjualan runcit vape “bebas-nikotin” bagi pengguna berumur 18 tahun ke bawah.
Perdana Menteri England, Rishi Sunak memberitahu, kerajaan akan membanteras pemasaran vape yang ditujukan kepada kanak-kanak dan golongan muda.
Sidang menteri juga bersepakat menghalang peniaga yang mengedarkan sampel vape percuma kepada golongan bawah umur di England.
Tindakan itu diambil setelah Perdana Menteri menzahirkan kebimbangan, bahawa anaknya turut tidak terlepas daripada menjadi sasaran peniaga vape.
Kerajaan juga akan menilai semula saranan pengharaman penjualan runcit vape “bebas-nikotin” bagi pengguna berumur 18 tahun ke bawah.
Perdana Menteri turut terganggu dengan peningkatan penggunaan vape dalam kalangan kanak-kanak dan terkejut dengan laporan bahawa vape terlarang yang mengandungi plumbum juga boleh dimiliki para pelajar sekolah.
Rishi Sunak juga dipetik menyebut “Pasukan penguatkuasaan vape haram kami – dibawah pembiayaan tiga juta paun sterling – sudah meneliti beberapa kes, tetapi apa yang jelas, banyak lagi yang perlu dilakukan.”
Sumber: Independent
Antarabangsa
Peneroka haram Israel bersenjata rampas biri-biri keluarga Palestin
Peneroka haram Israel bersenjata merampas sejumlah besar biri-biri milik rakyat Palestin di selatan Tebing Barat pada Khamis.
- Peneroka haram Israel bersenjata merampas sejumlah besar biri-biri milik rakyat Palestin di selatan Tebing Barat pada Khamis.
- Agensi berita Palestin, Wafa memetik sumber tempatan yang tidak dinamakan melaporkan sekumpulan peneroka bersenjata menyerang rumah warga Palestin dalam komuniti Haribat an-Nabi di kawasan Masafer Yatta dengan perlindungan tentera Israel.
- Masafer Yatta ialah kluster (gugusan) 19 kampung Palestin di daerah Hebron di selatan Tebing Barat.
- Menurut Wafa dipetik agensi berita Anadolu, peneroka haram itu mencuri banyak kambing biri-biri daripada dua lelaki Palestin, Ali Sabah dan Abdul Muhsin Rashid selepas menahan keluarga mereka, menggeledah rumah dan kandang mereka.
- Dianggarkan lebih 720,000 peneroka tinggal di penempatan haram Israel di seluruh Tebing Barat yang diduduki, termasuk Baitulmaqdis Timur.
- Mahkamah Keadilan Antarabangsa pada Julai lalu mengisytiharkan pendudukan Israel selama beberapa dekad di tanah Palestin sebagai “haram” dan menuntut pemindahan semua penempatan di Tebing Barat dan Baitulmaqdis Timur.
Peneroka haram Israel bersenjata merampas sejumlah besar biri-biri milik rakyat Palestin di selatan Tebing Barat pada Khamis.
Agensi berita Palestin, Wafa memetik sumber tempatan yang tidak dinamakan melaporkan sekumpulan peneroka bersenjata menyerang rumah warga Palestin dalam komuniti Haribat an-Nabi di kawasan Masafer Yatta dengan perlindungan tentera Israel.
Masafer Yatta ialah kluster (gugusan) 19 kampung Palestin di daerah Hebron di selatan Tebing Barat.
Menurut Wafa dipetik agensi berita Anadolu, peneroka haram itu mencuri banyak kambing biri-biri daripada dua lelaki Palestin, Ali Sabah dan Abdul Muhsin Rashid selepas menahan keluarga mereka, menggeledah rumah dan kandang mereka.
Pihak berkuasa Israel dikatakan bersikap lembut dengan peneroka haram sebagai sebahagian usaha rasmi rejim untuk mempergiatkan aktiviti penempatan haram di wilayah Palestin yang diduduki.
Dianggarkan lebih 720,000 peneroka tinggal di penempatan haram Israel di seluruh Tebing Barat yang diduduki, termasuk Baitulmaqdis Timur.
Penempatan Israel dianggap haram di bawah undang-undang antarabangsa.
Ketegangan semakin memuncak di Tebing Barat di tengah-tengah serangan Israel di Gaza yang telah membunuh hampir 41,300 warga Palestin, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak, sejak serangan rentas sempadan kumpulan Palestin Hamas pada 7 Oktober tahun lalu.
Sekurang-kurangnya 710 rakyat Palestin terbunuh dan hampir 5,700 lagi cedera akibat serangan tentera Israel di Tebing Barat sejak tempoh sama, demikian menurut Kementerian Kesihatan.
Mahkamah Keadilan Antarabangsa pada Julai lalu mengisytiharkan pendudukan Israel selama beberapa dekad di tanah Palestin sebagai “haram” dan menuntut pemindahan semua penempatan di Tebing Barat dan Baitulmaqdis Timur. – The Merdeka Times
-
Terkini2 days ago
Individu promosi Bahasa Melayu patut disokong, bukannya diambil tindakan – Peguam
-
Antarabangsa3 days ago
Israel rekrut pelarian Afrika, janji status penempatan tetap
-
Terkini2 days ago
Aurad Muhammadiah wirid Al-Arqam difatwakan sesat, status pernikahan perlu disahkan pejabat agama – Mufti WP
-
Antarabangsa1 day ago
Syarikat penerbangan gantung penerbangan ke Israel