Connect with us

Terkini

The 1975 : Bayar ganti rugi atau saman 

Penganjur Festival Good Vibes (GVF) 2023, Future Sound Asia (FSA) mengenakan tindakan undang-undang terhadap kumpulan dari England, The 1975 sekiranya enggan bertanggungjawab dan membayar ganti rugi yang ditanggung akibat pembatalan festival itu, baru-baru ini.

Wartawan TMT

Published

on

1975 : Bayar ganti rugi atau saman 
Foto: Kumpulan The 1975.
  • Penganjur Festival Good Vibes (GVF) 2023, Future Sound Asia (FSA) mengenakan tindakan undang-undang terhadap kumpulan dari England, The 1975 sekiranya enggan bertanggungjawab dan membayar ganti rugi yang ditanggung akibat pembatalan festival itu, baru-baru ini.
  • Menerusi kenyataan media dikeluarkan melalui peguam, FSA memaklumkan surat tuntutan sudah dihantar kepada The 1975 pada 7 Ogos lalu.
  • “Tindakan undang-undang akan diambil di mahkamah England sekiranya gagal memenuhi tuntutan.
  • “FSA ingin mengulangi, kami tidak menyokong sikap buruk The 1975 ketika mengadakan persembahan di GVF 2023, terutama vokalisnya, Matty Healy menggunakan perkataan kesat, merosakkan peralatan dan perilaku tidak sopan
  • “Dia juga secara terang-terangan melanggar garis panduan dan undang-undang Malaysia serta mencalarkan reputasi GVF yang sudah diadakan sejak sedekad itu,” katanya.
  • Malay Mail melaporkan, FSA menerusi syarikat guaman, Steven Thiru & Sudhar Partnership memfailkan tuntutan ganti rugi lebih RM12.3 juta dan memberi notis tujuh hari kepada The 1975.

KUALA LUMPUR – Penganjur Festival Good Vibes (GVF) 2023, Future Sound Asia (FSA) mengenakan tindakan undang-undang terhadap kumpulan dari England, The 1975 sekiranya enggan bertanggungjawab dan membayar ganti rugi yang ditanggung akibat pembatalan festival itu, baru-baru ini.

Menerusi kenyataan media dikeluarkan melalui peguam, FSA memaklumkan surat tuntutan sudah dihantar kepada The 1975 pada 7 Ogos lalu.

“Tindakan undang-undang akan diambil di mahkamah England sekiranya gagal memenuhi tuntutan.

“FSA ingin mengulangi, kami tidak menyokong sikap buruk The 1975 ketika mengadakan persembahan di GVF 2023, terutama vokalisnya, Matty Healy menggunakan perkataan kesat, merosakkan peralatan dan perilaku tidak sopan.

“Dia juga secara terang-terangan melanggar garis panduan dan undang-undang Malaysia serta mencalarkan reputasi GVF yang sudah diadakan sejak sedekad itu,” katanya.

FSA berkata, The 1975 juga sengaja melanggar perjanjian yang dipersetujui bersama penganjur.

“Pelanggaran perjanjian itu mengakibatkan festival terpaksa dibatalkan dan penganjur terpaksa menanggung kerugian, ia turut memberi impak negatif kepada artis tempatan dan peniaga bergantung harapan kepada kejayaan festival.

Advertisement

“Ramai rakyat di negara ini terkesan dengan pembatalan acara berkenaan,” katanya lagi.

FSA berkata, cukup menghargai kepercayaan diberikan peminat dan pihak berkuasa sejak sekian lama.

“FSA akan terus memberikan komitmen tidak berbelah-bahagi untuk menyemarakkan dan memberikan pengalaman muzik berbeza kepada peminat dengan mematuhi syarat dan undang-undang tempatan,” kata FSA dalam kenyataan berkenaan.

Sementara itu, Malay Mail melaporkan, FSA menerusi syarikat guaman, Steven Thiru & Sudhar Partnership memfailkan tuntutan ganti rugi lebih RM12.3 juta dan memberi notis tujuh hari kepada The 1975.

Pada GVF 2023 yang berlangsung di Sepang pada 21 Julai lalu, Healy menimbulkan kekecohan apabila secara terbuka mempertikai undang-undang berhubung lesbian, gay, biseksual transgender dan pelik (LGBTQ) di Malaysia, sebelum berkucupan dengan pemain bes, Ross MacDonald.

Healy juga dengan selamba meminum minuman keras, meludah ke arah penonton dan merosakkan dron yang sepatutnya merakamkan acara terbabit.

Advertisement

Susulan kejadian itu, Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil dilapor mengarahkan pembatalan serta-merta penganjuran GVF 2023.

Fahmi turut memanggil FSA susulan aksi dan kenyataan biadab vokalis The 1975 pada acara berkenaan.

Sumber: Berita Harian

Author

Antarabangsa

(VIDEO) Tentera rejim zionis rogol kanak-kanak lelaki Palestin di Penjara Israel – Bekas pegawai kanan AS

Bekas Pengarah di Jabatan Negara Amerika Syarikat (AS), Josh Paul mendedahkan insiden tentera Israel merogol tahanan kanak-kanak lelaki di penjara Moscovia, Baitulmaqdis.

A.R. Khan

Published

on

Foto: Bekas Pengarah di Jabatan Negara Amerika Syarikat (AS), Josh Paul.

KUALA LUMPUR – Bekas Pengarah di Jabatan Negara Amerika Syarikat (AS), Josh Paul mendedahkan insiden tentera Israel merogol tahanan kanak-kanak lelaki di penjara Moscovia, Baitulmaqdis.

Perkara itu disebutnya dalam temu ramah dengan Christiane Amanpour di CNN hari ini ketika diajukan kenyataan mengenai sifat kemanusiaan di Gaza kini pada tahap yang tidak sepatutnya boleh diterima. 

“Kamu menyebut tentang keganasan seksual, saya (merupakan) sebahagian dari proses pemeriksaan hak asasi manusia, menapis persenjataan diberikan kepada Israel.

“Organisasi kebajikan dengan nama Pertahanan Antarabangsa Kanak-kanak Palestin (DCIP) menarik perhatian kami, berkenaan satu serangan seksual atau sebenarnya satu (kes) rogol kanak-kanak lelaki berumur 13 tahun yang berlaku di penjara Israel di Moscovia di Jerusalem (Baitulmaqdis).

“Kami menyiasat dakwaan ini, kami dapati ia boleh dipercayai dan kami mempertanggungjawabkan perkara itu ke atas kerajaan Israel,” katanya.

Paul turut menceritakan tindakan tentera zionis Israel pada keesokan harinya menyerbu organisasi yang menyimpan maklumat kanak-kanak Palestin dalam tahanan rejim Israel itu.

Advertisement

“Kamu tahu apa yang berlaku keesokan harinya?, IDF (tentera rejim zionis Israel) memasuki pejabat pegawai DCIP, rampas komputer mereka, dan isytiharkan mereka sebagai sebuah entiti pengganas,” katanya kepada Amanpour.

Paul berkata kekejaman tidak sepatutnya berlaku kepada sesiapa pun, samada kekejaman pencabulan seksual atau apa sahaja pencabulan melampau hak asasi manusia.

Statistik DCIP menunjukkan, setakat hari ini, 156 kanak-kanak ditahan atas sebab “keselamatan”, 23 kanak-kanak ditahan atas sebab undang-undang dengan catatan kemas kini terakhir pada September lalu.

Manakala jumlah kematian kanak-kanak pada 2023 disebabkan peluru hidup dilaporkan DCIP adalah 92 mangsa dengan kemas kini terakhir pada bulan ini. – The Merdeka Times

Sumber: Youtube – CNN, Defence for Children International Palestine

 

View this post on Instagram

 

Advertisement

A post shared by THE MERDEKA TIMES (TMT) (@themerdekatimes)

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending