Connect with us

Antarabangsa

Doktor muda UK mahu mogok hingga tahun depan

Doktor muda di seluruh England mengundi untuk melanjutkan mogok sehingga sekurang-kurangnya Januari 2024, lapor agensi berita Jerman.

Wartawan TMT

Published

on

Doktor muda UK mahu mogok hingga tahun depan
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Doktor muda di seluruh England mengundi untuk melanjutkan mogok sehingga sekurang-kurangnya Januari 2024, lapor agensi berita Jerman.
  • Persatuan Perunding dan Pakar Hospital (HCSA) di England akan melanjutkan mogok mereka selama enam bulan lagi selepas 96.5 peratus ahlinya menyokong keputusan itu.
  • Dalam surat yang ditujukan kepada Perdana Menteri Rishi Sunak, presiden HCSA Dr Naru Narayanan meminta Sunak ‘untuk berani’ dan memberi ruang kepada perunding kerajaan untuk mencari jalan keluar daripada pertikaian ini.

London: Doktor muda di seluruh England mengundi untuk melanjutkan mogok sehingga sekurang-kurangnya Januari 2024, lapor agensi berita Jerman.

Persatuan Perunding dan Pakar Hospital (HCSA) di England akan melanjutkan mogok mereka selama enam bulan lagi selepas 96.5 peratus ahlinya menyokong keputusan itu.

Dalam surat yang ditujukan kepada Perdana Menteri, Rishi Sunak, presiden HCSA, Dr Naru Narayanan meminta Sunak ‘untuk berani’ dan memberi ruang kepada perunding kerajaan untuk mencari jalan keluar daripada pertikaian ini.

“Kegagalan untuk berunding mengenai rungutan sebenar doktor muda adalah sesuatu yang tidak dapat difahami.

“Kerajaan perlu mengakui dan menangani rungutan doktor hospital untuk mencari penyelesaian jangka panjang mengenai gaji.

“Doktor muda hari ini telah menunjukkan keazaman mereka dalam pertikaian yang telah berlangsung terlalu lama tetapi disebabkan oleh kedegilan kerajaan, ia boleh berlarutan hingga musim sejuk.

“Kami menggesa Rishi Sunak dan kerajaannya berunding untuk mencapai penyelesaian jangka panjang – yang memenuhi rungutan sebenar doktor muda … Ada jalan keluar dari pertikaian ini,” kata Dr Narayanan.

Advertisement

Sumber: Harian Metro

Author

Antarabangsa

Penyakit usus merebak dalam kalangan tentera zionis Israel

Tentera rejim zionis Israel mengalami peningkatan penyakit pencernaan, demikian lapor akhbar Ibrani “Yedioth Ahronoth” Isnin lalu.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Tentera rejim zionis Israel mengalami peningkatan penyakit pencernaan, demikian lapor akhbar Ibrani “Yedioth Ahronoth” Isnin lalu.
  • Sejak bermulanya peperangan di Gaza, sumbangan makanan mula diterima tentera Israel dan ia menyebabkan peningkatan penyakit usus dalam kalangan tentera.
  • Keputusan ujian dijalankan ke atas tentera mendedahkan adanya bakteria yang menyebabkan disentri (keradangan dan gangguan usus), sekaligus menyebabkan cirit birit teruk dan meningkatnya suhu badan.
  • Akhbar itu juga memetik doktor merawat tentera-tentera berkenaan mendakwa sumbangan bahan makanan dengan keadaan atau cara penyimpanannya, selain faktor pengangkutan dan penyediaannya menjadi punca kepada jangkitan itu.

GAZA – Tentera rejim zionis Israel mengalami peningkatan penyakit pencernaan, demikian lapor akhbar Ibrani “Yedioth Ahronoth” Isnin lalu.

Sejak bermulanya peperangan di Gaza, sumbangan makanan mula diterima tentera Israel dan ia menyebabkan peningkatan penyakit usus dalam kalangan tentera.

Keputusan ujian dijalankan ke atas tentera mendedahkan adanya bakteria yang menyebabkan disentri (keradangan dan gangguan usus), sekaligus menyebabkan cirit birit teruk dan meningkatnya suhu badan.

Akhbar itu juga memetik doktor merawat tentera-tentera berkenaan yang mendakwa sumbangan bahan makanan dengan keadaan atau cara penyimpanannya, selain faktor pengangkutan dan penyediaannya menjadi punca kepada jangkitan itu.

Pengarah Unit Penyakit Berjangkit Hospital Assuta di Ashdod, Dr Tal Brosh menjelaskan situasi luar jangka dihadapi tentera-tentera rejim zionis itu.

“Cirit-birit merebak di kawasan-kawasan perkumpulan tentera di selatan dan kemudiannya (merebak) sesama tentera yang berperang di Gaza.

“Jangkitan dengan bakteria Shigella yang menyebabkan disenteri telah didiagnos dan ia merupakan penyakit yang sangat serius. 

Advertisement

“Penyakit itu juga merebak dalam kalangan tentera di Gaza, dan jangkitan bakteria Shigella  boleh terjadi melalui hubungan langsung sesama individu (direct contact) atau melalui makanan,” katanya dipetik Jordan News.

Sumber: Jordan News

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending