Connect with us

Antarabangsa

Ribuan doktor mogok tuntut kenaikan gaji di England

Ribuan doktor kanan dalam Perkhidmatan Kesihatan Kebangsaan (NHS) Britain melancarkan mogok di seluruh England, mengakibatkan gangguan besar-besaran terhadap perkhidmatan penjagaan pesakit.

Wartawan TMT

Published

on

Ribuan doktor mogok tuntut kenaikan gaji di England
Foto: Ribuan doktor kanan dalam Perkhidmatan Kesihatan Kebangsaan (NHS) Britain melancarkan mogok di seluruh England.
  • Ribuan doktor kanan dalam Perkhidmatan Kesihatan Kebangsaan (NHS) Britain melancarkan mogok di seluruh England, mengakibatkan gangguan besar-besaran terhadap perkhidmatan penjagaan pesakit.
  • Lapor Agensi Berita Jerman, doktor perunding dan doktor gigi melancarkan mogok selama 48 jam mulai Khamis hingga 7 pagi waktu tempatan pada Sabtu.
  • Ketua Eksekutif NHS Providers, Julian Hartley, berkata: “Impak mogok ini terhadap pesakit dan perkhidmatan mungkin akan menjadi yang terbesar.
  • “NHS tidak boleh berfungsi sepenuhnya tanpa perunding,” katanya.
  • Pemimpin kesihatan memberi amaran bahawa penjagaan yang dirancang akan “terhenti secara maya”, dengan doktor kanan hanya menyediakan perlindungan kecemasan seperti Hari Krismas.
  • Ini bermakna dalam banyak kes, doktor perunding akan dalam mod “on call” sepanjang Khamis dan Jumaat.
  • Beribu-ribu pembedahan, prosedur dan janji temu telah dibatalkan dan sedang dijadualkan semula dalam mogok pertama doktor perunding dalam satu dekad.

LONDON: Ribuan doktor kanan dalam Perkhidmatan Kesihatan Kebangsaan (NHS) Britain melancarkan mogok di seluruh England, mengakibatkan gangguan besar-besaran terhadap perkhidmatan penjagaan pesakit.

Lapor Agensi Berita Jerman, doktor perunding dan doktor gigi melancarkan mogok selama 48 jam mulai Khamis hingga 7 pagi waktu tempatan pada Sabtu.

Ketua Eksekutif NHS Providers, Julian Hartley, berkata: “Impak mogok ini terhadap pesakit dan perkhidmatan mungkin akan menjadi yang terbesar.

“NHS tidak boleh berfungsi sepenuhnya tanpa perunding,” katanya.

Pemimpin kesihatan memberi amaran bahawa penjagaan yang dirancang akan “terhenti secara maya”, dengan doktor kanan hanya menyediakan perlindungan kecemasan seperti Hari Krismas.

Ini bermakna dalam banyak kes, doktor perunding akan dalam mod “on call” sepanjang Khamis dan Jumaat.

Beribu-ribu pembedahan, prosedur dan janji temu telah dibatalkan dan sedang dijadualkan semula dalam mogok pertama doktor perunding dalam satu dekad.

Advertisement

Protes itu dibuat hanya dua hari selepas doktor junior melancarkan mogok tidak datang kerja selama lima hari, paling lama dalam sejarah NHS.

Lebih 24,000 perunding mengundi dalam undian Persatuan Perubatan Britain (BMA) untuk tindakan industri bulan lalu, dengan majoriti besar (20,741 atau 86 peratus) mengundi menyokong.

Kerajaan telah memberitahu perunding bahawa mereka akan menerima kenaikan gaji sebanyak enam peratus tetapi BMA menyifatkannya tidak memadai.

Sementara itu, semasa mogok 48 jam, orang ramai digesa untuk menghubungi 999 untuk kecemasan yang mengancam nyawa dan menghubungi NHS 111 bagi masalah kesihatan yang lain.

Perkhidmatan GP dan farmasi akan berjalan seperti biasa.

Doktor akan menyertai piket di seluruh England, manakala perhimpunan akan diadakan di ibu pejabat BMA di tengah London pada petang Khamis, dihadiri oleh pengerusi jawatankuasa perundingnya, Dr Vishal Sharma.

Advertisement

Dalam satu kenyataan, Dr Sharma berkata Setiausaha Kesihatan, Steve Barclay hanya berjumpa doktor sekali dalam tujuh bulan dan telah menolak perbincangan lanjut mengenai gaji.

Analisis menunjukkan gaji doktor perunding agak jauh ketinggalan berbanding peguam, arkitek dan penasihat kewangan, menurut BMA. 

Sumber: Buletin TV3

Author

Antarabangsa

Penyakit usus merebak dalam kalangan tentera zionis Israel

Tentera rejim zionis Israel mengalami peningkatan penyakit pencernaan, demikian lapor akhbar Ibrani “Yedioth Ahronoth” Isnin lalu.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Tentera rejim zionis Israel mengalami peningkatan penyakit pencernaan, demikian lapor akhbar Ibrani “Yedioth Ahronoth” Isnin lalu.
  • Sejak bermulanya peperangan di Gaza, sumbangan makanan mula diterima tentera Israel dan ia menyebabkan peningkatan penyakit usus dalam kalangan tentera.
  • Keputusan ujian dijalankan ke atas tentera mendedahkan adanya bakteria yang menyebabkan disentri (keradangan dan gangguan usus), sekaligus menyebabkan cirit birit teruk dan meningkatnya suhu badan.
  • Akhbar itu juga memetik doktor merawat tentera-tentera berkenaan mendakwa sumbangan bahan makanan dengan keadaan atau cara penyimpanannya, selain faktor pengangkutan dan penyediaannya menjadi punca kepada jangkitan itu.

GAZA – Tentera rejim zionis Israel mengalami peningkatan penyakit pencernaan, demikian lapor akhbar Ibrani “Yedioth Ahronoth” Isnin lalu.

Sejak bermulanya peperangan di Gaza, sumbangan makanan mula diterima tentera Israel dan ia menyebabkan peningkatan penyakit usus dalam kalangan tentera.

Keputusan ujian dijalankan ke atas tentera mendedahkan adanya bakteria yang menyebabkan disentri (keradangan dan gangguan usus), sekaligus menyebabkan cirit birit teruk dan meningkatnya suhu badan.

Akhbar itu juga memetik doktor merawat tentera-tentera berkenaan yang mendakwa sumbangan bahan makanan dengan keadaan atau cara penyimpanannya, selain faktor pengangkutan dan penyediaannya menjadi punca kepada jangkitan itu.

Pengarah Unit Penyakit Berjangkit Hospital Assuta di Ashdod, Dr Tal Brosh menjelaskan situasi luar jangka dihadapi tentera-tentera rejim zionis itu.

“Cirit-birit merebak di kawasan-kawasan perkumpulan tentera di selatan dan kemudiannya (merebak) sesama tentera yang berperang di Gaza.

“Jangkitan dengan bakteria Shigella yang menyebabkan disenteri telah didiagnos dan ia merupakan penyakit yang sangat serius. 

Advertisement

“Penyakit itu juga merebak dalam kalangan tentera di Gaza, dan jangkitan bakteria Shigella  boleh terjadi melalui hubungan langsung sesama individu (direct contact) atau melalui makanan,” katanya dipetik Jordan News.

Sumber: Jordan News

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending