Antarabangsa
Hidang daging haram dilabel ‘halal’, pihak sekolah di England akui terkhilaf
Sebuah sekolah rendah Wakefield yang majoriti muridnya beragama Islam mengakui terkhilaf bahawa pihaknya telah menyediakan makan malam yang tidak halal kepada murid-murid sekolah tersebut biarpun ia dilabel sebagai halal.

- Sebuah sekolah rendah Wakefield yang majoriti muridnya beragama Islam mengakui terkhilaf pihaknya menyediakan makan malam tidak halal kepada murid-murid sekolah tersebut biarpun ia dilabel sebagai halal.
- Dalam edaran surat kepada ibu bapa pada 4 Julai baru-baru ini, Akademi Rendah Outwood memohon maaf atas kesilapan tersebut dan menyatakan pihaknya sedang memperbetulkan proses yang sepatutnya supaya kejadian sama tidak berulang.
- Lapor sebuah portal antarabangsa yang memperoleh maklumat daripada sumber tempatan, kesilapan tersebut terbongkar susulan siasatan dalaman yang dijalankan pada 29 Jun lalu.
- Siasatan tersebut mendapati, daging dibekalkan sekolah tersebut dan dihidangkan kepada kesemua pelajar adalah tidak halal.
- Pengetua sekolah tersebut, Martin Fenton berkata, “Namun begitu, saya mendapat perhatian minggu lalu bahawa ada daging yang pernah kami hidangkan sebelum ini adalah tidak halal walaupun terdapat menu yang mengatakan ia halal.”
- “Sebaik sahaja kami menyedari perkara ini, kami segera membuat perubahan kepada proses pesanan kami supaya mulai dari itu kami telah membetulkannya dan dapat memastikan bahawa kesemua daging yang kami hidangkan adalah halal.”
YORKSHIRE, ENGLAND, 12 Julai 2023 – Sebuah sekolah rendah Wakefield yang majoriti muridnya beragama Islam mengakui terkhilaf bahawa pihaknya telah menyediakan makan malam yang tidak halal kepada murid-murid sekolah tersebut biarpun ia dilabel sebagai halal.
Dalam edaran surat kepada ibu bapa pada 4 Julai baru-baru ini, Akademi Rendah Outwood memohon maaf atas kesilapan tersebut dan menyatakan bahawa pihaknya sedang memperbetulkan proses yang sepatutnya supaya kejadian yang sama tidak berulang.
Lapor sebuah portal antarabangsa yang memperoleh maklumat daripada sumber tempatan, kesilapan tersebut terbongkar susulan siasatan dalaman yang dijalankan pada 29 Jun lalu.
Siasatan tersebut mendapati, daging yang dibekalkan oleh sekolah tersebut dan dihidangkan kepada kesemua pelajar adalah tidak halal.
Pengetua sekolah tersebut, Martin Fenton berkata, “Namun begitu, saya mendapat perhatian minggu lalu bahawa ada daging yang pernah kami hidangkan sebelum ini adalah tidak halal walaupun terdapat menu yang mengatakan ia halal.”
“Sebaik sahaja kami menyedari perkara ini, kami segera membuat perubahan kepada proses pesanan kami supaya mulai dari itu kami telah membetulkannya dan dapat memastikan bahawa kesemua daging yang kami hidangkan adalah halal.”
“Mulai 1 September, pelbagai proses akan diperkukuh di mana syarikat katering luar akan mengambil alih operasi. Mereka merupakan pakar dalam bidang dan akan memberikan jaminan penuh bahawa hidangan yang dihidangkan memenuhi keperluan penting ini,” kata beliau.
Sumber: Samudera
Antarabangsa
Mahkamah EU putuskan pejabat kerajaan boleh haramkan pemakaian simbol agama termasuk tudung
Mahkamah Keadilan Kesatuan Eropah (EU) pada Selasa memutuskan bahawa pejabat kerajaan di organisasi berkenaan boleh melarang kakitangan memakai simbol keagamaan seperti tudung walaupun mereka tidak berjumpa dengan orang ramai.

- Mahkamah Keadilan Kesatuan Eropah (EU) pada Selasa memutuskan pejabat kerajaan di organisasi berkenaan boleh melarang kakitangan memakai simbol keagamaan seperti tudung walaupun mereka tidak berjumpa dengan orang ramai.
- “Peraturan sedemikian boleh dikenakan untuk mewujudkan persekitaran pentadbiran yang neutral sepenuhnya,” kata mahkamah.
- Penghakiman itu diperoleh daripada kes dikemukakan seorang kakitangan di pejabat kerajaan tempatan Belgium.
- Kakitangan itu mencabar larangan memakai tudung dikenakan terhadapnya kerana menyifatkan ia melanggar kebebasan beragama dan berasa didiskriminasi.
- Mahkamah berpangkalan di Luxembourg berkata, larangan sebarang tanda yang mendedahkan kepercayaan falsafah atau agama tidak mendiskriminasi jika ia diguna secara umum dan sembarangan kepada semua kakitangan pentadbiran itu.
Brussels: Mahkamah Keadilan Kesatuan Eropah (EU) pada Selasa memutuskan bahawa pejabat kerajaan di organisasi berkenaan boleh melarang kakitangan memakai simbol keagamaan seperti tudung walaupun mereka tidak berjumpa dengan orang ramai.
“Peraturan sedemikian boleh dikenakan untuk mewujudkan persekitaran pentadbiran yang neutral sepenuhnya,” kata mahkamah.
Penghakiman itu diperoleh daripada kes yang dikemukakan oleh seorang kakitangan di pejabat kerajaan tempatan Belgium.
Kakitangan itu mencabar larangan memakai tudung dikenakan terhadapnya kerana menyifatkan ia melanggar kebebasan beragama dan berasa didiskriminasi.
Mahkamah yang berpangkalan di Luxembourg itu berkata, larangan sebarang tanda yang mendedahkan kepercayaan falsafah atau agama tidak mendiskriminasi jika ia digunakan secara umum dan sembarangan kepada semua kakitangan pentadbiran itu.
Lagipun, ia terhad kepada perkara yang sangat diperlukan.
Keputusan yang sah untuk pejabat sektor awam di seluruh EU menyokong penghakiman mahkamah EU sebelumnya yang mendapati larangan sedemikian sah di tempat kerja sektor swasta.
Ia berkata, mahkamah negara harus memutuskan kebolehgunaan larangan itu.
Pejabat awam juga boleh mempunyai dasar mengehadkan larangan itu kepada pekerja yang berhadapan dengan orang ramai, atau memutuskan untuk membenarkan pemakaian tanda agama atau falsafah kepercayaan boleh dilihat.
“Setiap negara anggota, dan mana-mana badan infra-negeri dalam rangka kerja kecekapannya, mempunyai margin budi bicara dalam mereka bentuk neutraliti perkhidmatan awam yang ingin dipromosikan di tempat kerja, bergantung pada konteksnya sendiri.
“Bagaimanapun, objektif itu mesti diteruskan dengan cara yang konsisten dan sistematik.
“Langkah yang diambil untuk mencapainya mesti dihadkan kepada apa yang sangat diperlukan,” katanya.
Sumber: Harian Metro
-
Terkini3 days ago
Lapan individu sehari dijangkiti HIV di Malaysia – Menteri Kesihatan
-
Terkini2 days ago
(VIDEO) Isu Aman Palestin dipolitikkan kerana ada figura politik dalam AP – KJ
-
Terkini3 days ago
Lelaki Muslim dijemput ke program hidangkan makanan tidak halal
-
Antarabangsa2 days ago
Anak perempuan saya dilayan seperti ratu, kata tebusan wanita Hamas dalam sepucuk surat tular